Posts

Showing posts from November, 2011

Forces of Nature: Lawatan Semula

Image
As salam. Korang tau, senarai aktres Hollywood yang aku minat memang pelbagai. Macam blog ni jugak ~ Rojak. Selain Angelina Jolie yang dah menakluki aku secara total dalam The Tourist (may be sebab ada Johnny Depp), Julia Roberts dan Drew Barrymore yang dah sah-sah mencuri hatiku sejak dulu kala, Sandra Bullock sentiasa menjadi pujaan hati yang penuh bunga cinta ini. Chewah.. Start dari While You Were Sleeping, aku mesti carik peluang pegi cinema kalau ada cerita baru yang Sandra Bullock berlakon. Takpun, jenguk SPEEDY bawak balik CD, tengok kat rumah. Ye la, masa tu mana ada budaya download ni semua. Dah ada pun, aku masih prefer carik DVD buat koleksi. Maklum la, dengan adanya teknologi Blu-Ray, HDMI ke amenda ntah laginya, lepak kat rumah pun bagi aku jauh lagi selesa daripada kat cinema. Kadang-kadang aku rasa nak ambik je projector yang jarang-jarang aku guna tu buat tengok wayang kat rumah. Tapi ye la, takat nak tengok sorang-sorang, sambil menemani mamat yang selalu tido je dep

Ice Ice Baby, Too Cold, Too Cold

Image
Oh, crap! Today I took more than a few sips of drinks with ice. That spells disaster. You know, after I started eh? Aku tulis dlm English lagi, ya? Dah jadi tabiat la pulak, kan?  ... Bridge ... Tadi bawak la Junior makan fav sandwich dia kat Subway, roti Parmesan Oregano 6 inci, tuna. Vegie dia salad dan timun. Dressing plak ketchup, mayo dan thousand island. Taste dia sama macam aku gak, tapi vegie aku salad dan capsicum. Ketchup ganti dgn sos cili, mayo dan thousand island sama je. Adik ipar aku, incik M pon minat tuna! Wah.. Tapi vegie dia ambik semer sekali kecuali lada jeruk, dressing sama macam aku, ditambah dengan mustard. Seronok tengok Junior makan, lama dia tak pekena fav sandwich dia tu. Lately incik M selalu dengan aku, sebab dia kerja dgn kita orang sekarang. Tolong hantar ambik Junior gi skolah, terutamanya, dan antar ambik abang dia gi court. Aku sekali la tu. Kadang-kadang nak drive sendiri nak gi dekat je pon dah takde chance, dia beriya nak menghantar. Dengan i

Ketika Duka

Image
As salam. Bila ada kematian aku tersedar. Betapa lelaki itu memang lebih perkasa dalam banyak perkara. Dari segi emosi terutamanya. Dari segi kudrat sudah tentunya. Saat itulah akan terserlah asal kejadian, fitrah mereka. Untuk melindungi. Untuk mengepalai. Sebagai nakhoda. Dan dalam masa yang sama, aku turut tersedar. Betapa lelaki itu dalam kegagahan seorang nakhoda, sebenarnya amat memerlukan sokongan wanita. Dengan kelembutan. Walau hanya sebuah senyuman. Atau sekadar dengan sorot pandangan yang penuh pengertian. Tanpa kata-kata pun tak mengapa. Akan tetap tersampai pesanan. Bahawa dirinya disayangi. Dihargai. Dicintai. Oleh pasangannya. Kerana sesungguhnya walaupun mungkin tak meratapi, walau kelihatan tidak terkesan dengan keadaan, di hati mereka sarat dengan kepiluan. Cara meluahkan saja membezakan. Wanita menangis habis-habisan, mereka juga begitu. Cuma tangisan mereka sepi di pandangan khalayak, menggila di jiwa. Dengan itu, sesungguhnya lelaki dan wanita saling lengkap-mel