Nuffnangx

Tuesday, 8 November 2011

Ice Ice Baby, Too Cold, Too Cold

Oh, crap! Today I took more than a few sips of drinks with ice. That spells disaster. You know, after I started eh? Aku tulis dlm English lagi, ya? Dah jadi tabiat la pulak, kan? 


... Bridge ...


Tadi bawak la Junior makan fav sandwich dia kat Subway, roti Parmesan Oregano 6 inci, tuna. Vegie dia salad dan timun. Dressing plak ketchup, mayo dan thousand island. Taste dia sama macam aku gak, tapi vegie aku salad dan capsicum. Ketchup ganti dgn sos cili, mayo dan thousand island sama je. Adik ipar aku, incik M pon minat tuna! Wah.. Tapi vegie dia ambik semer sekali kecuali lada jeruk, dressing sama macam aku, ditambah dengan mustard. Seronok tengok Junior makan, lama dia tak pekena fav sandwich dia tu.


Lately incik M selalu dengan aku, sebab dia kerja dgn kita orang sekarang. Tolong hantar ambik Junior gi skolah, terutamanya, dan antar ambik abang dia gi court. Aku sekali la tu. Kadang-kadang nak drive sendiri nak gi dekat je pon dah takde chance, dia beriya nak menghantar. Dengan incik M ni takde hal, sebab muka dia budak sangat utk digosipkan dengan aku. Aku tak cukup awet muda untuk itu. 


Kalau dengan sorang adik aku tu, dari zaman study dulu asyik jadi bahan gosip liar dan adu-domba kawan2 ex-BF aku. Sebab aku jenis jalan pegang tangan, paut lengan, peluk bahu, mesra-mesraan dengan dia. Gelak tak abis-abis, sengih tak sudah-sudah. Berapi je telinga mamat tu tak larat nak dengar orang sibuk duk mengadu. Senang je, dia describe la perwatakan dan penampilan pakwe yang dituduh berselingkuh dengan aku tu.. Melopong la kawan2 dia sebab mcmana la pulak dia boleh tau, kan? Dia cakap: "Adik dia la, bangang!". Amik, kau.. 


Depa bukan apa, sebab tak pernah tengok aku jalan mesra-mesraan macam gitu dgn ex-BF aku. Tu yang depa meroyan mengadu domba pasal hubungan intim a.k.a skandal aku dengan sorang mamat hensem pakai spek tu. Sampai tak perasan iras muka mamat tu dengan aku yang memang la tak hensem, tapi cute (chewah!) dan pakai spek gak tu! Itu la, betapa rapatnya aku dulu dengan adik lelakiku itu. 


Baru-baru ni aku sejak sekian lama, ada peluang balik kampung dengan adik-adik aku, 3 orang lelaki yang semuanya hensem dan berkaca mata. Yang bongsu tu masa beratur nak bayar makanan kat kaunter Petronas Karak, aku peluk bahu dia. Can't help it, aku memang tunjuk la kasih-sayangku kat adik-adik. Kalau awek dia besok tak paham susah jugak tu. Then, aku sempat la bergambar dengan adik yang aku cerita kat atas tu, sebab kebetulan kami sama2 pakai jersey kaler kuning. Dia punya Arsenal (Fly Emirates) dan aku punya Brazil. Beriya paut lengan dia yang berdiri tinggi kat sebelah aku yang tak cukup inci ini. Dia cakap, kalau awek dia belum kenal aku dan 'tersebar gambar tu kat internet', mengamuk sakan la minah tu..  


"Adik dia la....!"

Anyways, berbalik cerita pasal ais. Aku jarang minum ais, kecuali time panas sangat. Selalunya kalau aku sibuk carik ais tu ada 2 tanda; samada nak demam ataupun nak period. Panas dalam, kata orang. Bagi orang macam aku, sekali-sekala minum ais, badan cepat terasa penat. Especially bulan Ramadhan. Berat la badan nak perabis terawih hatta 8 raka'at. Witir mesti kena tunda ke larut malam. Macam tadi aku try nak perabis air anggur Junior kat Subway. Perit rasa tekak, maklum la cuaca sekarang ni tak menentu. La Nina, kan? 


Juara minum ais dalam rumah aku sekarang ni cik Bibik. Celik mata, ais. Tengahari, ais. Petang, ais. Malam, ais. Lemah la badan umur 30-an besok, minah oi...! Bila kita orang cakap macam tu, dia kata "Tak lemah pon!" Yeah right, tak lemah la sangat.. Belum pun 20-an umur, jalan jauh pun dah semput. Suka ati dia la, kan? Bukan badan aku pun..


Orang tua-tua pesan, orang perempuan kena jaga badan. Luar dan dalam. Aku plak pesan, orang lelaki pun sama. Sebab yang lebih penting, jaga kesihatan. Duk ikutkan sangat tekak dan selera, besok dah tua baru nak menyesal. Haa.. Kan dah macam mak nenek Puan Tak Pe Je membebel? Actually, tengah tunggu orang yang janji nak datang jumpa, tak sampai-sampai. So, daripada duk saja-saja takde apa nak buat, baik la membebel pasal ais dan ketahanan tubuh badan kita, ya, hadirin-hadirat sekalian.


Ingat tau, berpada-pada la minum ais. Especially Teh Ais malam-malam buta kat kedai-kedai mamak tu..







No comments:

Post a Comment