Posts

Showing posts from July, 2018

Melawa Pergi Kenduri

Image
 Assalamu'alaikum. Kita ni nak melawa takde hal,  biarlah kena pada tempatnya.  Yang selalu kita mungkin terlepas pandang apabila memasang badan, kadang-kadang tak ambik pusing sensitiviti keadaan sekeliling.  Aku paling bimbang kalau terlebih bergaya,  dalam bahasa glamour nya,  'overdressed'. Bukan apa,  jangan sampai lawan tauke,  kak long kawasan yang naik pelamin tu. Kesian dia tau,  terutamanya kalau kita akan naik bergambar dengan pengantin.  Kalau pergi majlis kat kampung,  janganlah pakai macam resepsi kat hotel.  Kalau majlis kat dewan,  tengok jugak dewan tu tahap mana.  Sensitiviti biar lebih takpe, itu bagus untuk kita dan orang sekeliling.  Cuma kadang-kadang mungkin ada yang baju dalam gobok dorang semuanya level retis dan hotel 5 bintang,  payah jugak nak tone down. Tapi biasanya golongan macam tu, majlis kenduri yang dorang pegi sama level la dengan hidup dan persekitaran dorang pulak.  Bagi kita yang biasa-biasa ni lain la,  kan. 

Lace & Batik ~ A Night Look

Image
Assalamualaikum.  Bagi orang macam aku,  baju tradisional tak pernah lekang dek panas dan tak juga lapuk dek hujan.  Dari zaman berzaman pun itu jugaklah yang aku duk bawak dalam penampilan fizikal diriku ini.  Tak kisahlah trending ke tidak,  in ke out,  viral ke sebaliknya,  citarasaku nampak gayanya tak terkesan langsung.  Sekarang ni,  trend terkini di Malaysia dah popular 'semula' lace dan batik, jadi kalau aku pakai macam tu,  takde la termasuk dalam kategori minoriti.  Even pergi majlis resepsi kat hotel pun,  tetiba jadi 'blend in' dengan rata-rata tetamu lain.  Malam tadi aku pergi memenuhi undangan di Hotel Flamingo dengan adik aku si Ida, yang menggantikan abang iparnya sebagai pasanganku. Dua-dua pakai lace dan batik,  seronok bergambar berdua. Jenuh jugak aku fikir nak padankan lace biru dengan kain batik yang mana,  akhirnya aku pilih yang tanah hitam dan corak dominan pink.  Shawl mula-mula tu aku nak pakai warna biru, tapi rasa tak best pulak senada

Inspirasi Fesyen : Kebaya Dress Berenda

Image
Assalamualaikum. Lepas cuti raya puasa aritu,  aku ada belikan Ida kain lace untuk dijadikan baju konvo Masters bulan Oktober nanti.  Kalau dah namanya aku,  takkan takde beli untuk diri sendiri,  kan?  Of kos la ada,  siap beli dua jenis lagi, amik ko! Salah satu daripadanya aku pergi hantar jahit ikut style yang aku ambik kat Pinterest,  kita gelarkanlah aje kebaya dress berenda.  Lace Kebaya Dress, macam gambar kat bawah ni.  Dah siap lama dah,  tapi ada isu sket yang perlu diperbetulkan semula. Sekali bangun pagi ni aku tengok dalam Instagram, Dato' CT pakai fesyen yang sama,  lace yang ada iras aku punya. Terkejut mak,  nyah!   Bezanya,  Dato' CT buat lining penuh atas sampai bawah dan pakai dengan palazo kat dalam.  Aku pulak lining sampai bawah pusat je,  dan akan pakai dengan kain batik lepas,  sesuai dengan #teambajutradisi kegemaranku. Nanti bila aku dah pakai dan ambik gambar,  aku buat entry kat blog picisan ni,  ya..   Boleh sama pulak dengan b

Remaja Purba Ceria Bersamamu

Image
Assalamu'alaikum. Bila entah ada kesempatan nak berkumpul cukup korum gang sekolah menengah aku ni, semua dah tersangat rindu sesama sendiri. Mini gathering #teamKL dan #teamKT selalu ada, cuma belum ada jodoh dan rezeki yang menggabungkan kedua-duanya setakat ni. Tak dapat nak bayangkan keadaannya nanti, jika menjadi realiti. Meletup, sudah pasti! Jadi, tiapkali ada antara kami yang jemput datang rumah sempena apa jua majlis, memang wajib hadir, seboleh-bolehnya datang awal sebelum tetamu lain datang ataupun datang lewat selepas tetamu lain balik. Sebabnya, senang nak membawang dan bergelak ketawa pecah pankreas. Macam minggu lepas, sepertimana yang dipesan dalam wassap group, aku terpacak awal-awal kat rumah Za di Ampang. Lambat sejam je daripada jadual, memang tak sempat nak monopoli tuan rumah la, dia kena layan para tetamu yang memenuhi undangan. Hurmm.. botol air itu tetap setia menemaniku ke hulu dan ke hilir, kan? Aku tak letak gambar budak-budak ni b

Tentang Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah (Pindaan) 2018

Image
Assalamualaikum. Dengan berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah yang baru pada 1hb Mac 2018, maka Kaedah terdahulu (1993) telah secara rasminya luput dan tidak lagi terpakai. Antara perkara fizikal yang jelas berubah adalah ukuran dan maklumat yang perlu dipamerkan pada papan  nama (signboard). Kaedah 16 (c): Signboard Nama Saiz:  40 cm x 50 cm Maklumat: Nama, Nombor ID, Alamat ofis & Waktu Operasi.  Memandangkan saiz dan maklumat yang wajib ada dalam signboard baru dah berbeza daripada dulu, maka wajib jugalah semua Pesuruhjaya Sumpah menukar signboard lain. Bagi yang baru sangat lagi dilantik, memang la terasa sebab nak kena buang signboard lama dan keluar modal lagi buat yang baru. Apakan daya, dah kebetulan Kaedah ditakdirkan berubah tahun 2018. Terimalah itu sebagai suatu suratan yang tak termasuk dalam bidangkuasa kita nak merubahnya. Tinggal lagi, kot la saiz tak berubah, boleh la pakat tempah sticker je tampal atas papan sedia ada, jimat banyak tu, k

WW ~ Beli Kuih Raya, Dapat Posing Dengan Retis

Image
Assalamualaikum.  Kekdahnya,  ko hado? Masa pakai baju tido dengan seluar trek dan tudung dapur ler nak jumpa retis,  adeh.. .! ~ Nai at Tak Pe Je. 

Panggilan Pulau Perhentian : Versi Kumpulan

Image
Assalamualaikum. Sejak jatuh cinta pandang pertama saat menjejakkan kaki ke Pulau Perhentian Kecil beberapa tahun lepas, aku memang dah bertekad nak berkunjung lagi dan lagi ke sana. Siapa sangka kali ni kami bukan saja bertiga, tapi bersembilan belas sekaligus, ambik ko! Dan yang pasti, ini bukanlah yang terakhir... aku nak pergi lagi, panjang umur murah rezeki. Takde maknanya nak pergi Phuket dah sejak kenal Perhentian. Aku tak minat snorkeling pun, tapi lebih kepada menikmati keindahan suasana dan kedamaian persekitarannya. Anak dan suami memang kaki snorkeling, jenuh ler nak tengok terumbu karang, ikan nemo, penyu, anak jerung bagai. Aku takde hal, dalam TV boleh je tengok... gitieww. Hahah. Tapi aku suka je berendam dalam air laut tu kat gigi-gigi, persisiran pantai sementara menunggu dorang menghitamkan kulit kat tengah laut. Pergi kali ni sebab beramai-ramai kan, takde masa nak layan jiwang dan mengarang puisi segala. Layan anak-anak staff sudah ler, kasi chance mak b

Perhentian: Anugerah Terindah

Image
Assalamu'alaikum. Misi menyempurnakan Projek Perhentian kami bermula dari awal tahun lagi.  Hasil kesungguhan budak2 mencari pakej terbaik, jerih perih dan pengorbanan tanpa mengenal erti lelah mahupun putus asa kami semua, akhirnya berangkatlah kami bersama2 dari KL seawal jam 3.30am menuju ke KLIA2. Misi ini sebenarnya hampir mustahil,  tapi perancangan Allah itu memang terbaik dan atas segala nikmat dan rezeki ini,  wajiblah disyukuri. Alhamdulillah... Segala-galanya pun terjadi dengan keizinan-Nya jua.  Flight Air Asia delay setengah jam saja,  itu kira kejap apa?  Sempatlah kami solat Subuh dulu sebelum boarding.  Ada jugak yang solat bila dah boarding,  ala takpe je... Janji solat.  Sampai di Kota Baharu, dua buah van persiaran syarikat Do Re Mi mengangkut kami ke Bachok,  singgah makan nasi dagang pagi-pagi.  Puas hati bibik dapat nasi dagang Kelantan, mengidam dah bertahun-tahun.  Selama ni bonda masak nasi dagang versi Terengganu je sokmo.  Mak tak berapa

Durian Petang Khamis

Image
Assalamu’alaikum. Petang ni aku buang tebiat, lalu depan gerai durian aku terasa nak duduk makan kat situ. Aku telefon bibik suruh datang naik basikal, bawak bekas nak isi durian, cadang nak buat pengat. Dah la aku berkebaya bagai, selamba badak je lepak borak-borak dengan abam-abam jual durian. Alah, pangkat adik aku je dorang tu, takde nak rasa segan pun.  RM8 sekilo durian datang dari Perak katanya, lepas sebiji, sebiji lagi aku tambah. Bibik makan sikit je, sibuk nak ambik gambar puan dia. Yang tak tahan tu, siap bagi sedekah amal jariah kepada kawan dia yang datang menjenguk gerai. Eh, tak mintak izin aku pun? Bisik hati kecilku ini. Takpe la, dapat pahala kat aku, apa ada hal? Aku teruskan lepak sambil menikmati durian dengan damai di hati. Sudahnya, aku dapat 2 biji durian free, yeay...! Tengok, bibik bagi seulas je kat kawan dia, tapi aku dapat 2 biji durian free!  Ok, dah selesai makan, balik ler kan, apa lagi? Hari Batik Kebangsaan hari ni, tapi dah jadi Hari Durian pulak dah