Raya 6 Syawal ~ Sehijau Daun Pisang

Assalamu’alaikum. Jumaat datang seperti biasa, tak menunggu sesiapa. Cuaca agak mendung dari pagi dan hujan turun pada sebelah petangnya, amat membantu kelancaran puasa bagi mereka yang merebut pahala puasa sunat Syawal. Aku tak terkecuali, usaha perabiskan sepanjang minggu bekerja, mulai Isnin sehingga Jumaat Untuk mencukupkan enam hari. Minggu lepas aku sempat buat sehari je, sebab hari kedua hanya mampu bertahan separuh hari, sebelum dikunjungi bendera merah pada pukul 2pm. Ko rasa?



Aku turun ke Gombak agak awal kali ni, belum pun 1.30pm dan berhenti solat Zuhur di Shell menghala ke UIAM. Itu pun terkejar-kejar, ada seorang gadis terpacul di ofis nak mintak sign surat sumpah. Nasib baik sekeping je, takde la nak menunduk kat meja sign dan stamp bagai lama-lama. Aku berkali-kali mintak maaf tak boleh borak2 sebab nak kejar masa. 



Masa sampai kat sekolah, dari jauh aku nampak anak bertuah berdiri menunggu sorang2, semua yang lain dah balik. Lambat sikit mummy kali ni, dia kena tunggu dalam 10-15 minit. Ye lah, lepas solat nak gi tandas pulak, takkan nak tahan2 pulak kan, masalah nanti kemudian hari.



Macam biasa, aku masuk ofis semula lepas hantar anak ke rumah. Banyaklah jugak kerja yang boleh diselesaikan bersama-sama, Alhamdulillah. Itu pun dibatasi ruang waktu, ada yang terpaksa ditunda penghantaran Isnin depan. Fotokopi kat ofis jap2 ini la nak habis toner, wakil Sharp lembab semacam je nak datang refill. Masa collect payment tau pulak bentak2 kita, nak cepat tapi masa refill toner duk buat siput sedut, ada yang nak kena sound satu hari dengan aku ni! 



Tinggal lagi, mood aku baik hari tu, cuaca pun sejuk je kan. Dah pulak itu genaplah 6 hari aku berpuasa sunat Syawal kali ni, dia punya lega dan puas hati tu level lain. Alhamdulillah... Sabtu pagi, aku sambut raya 6 dengan menikmati sekerongsong nasi dagang yang adik aku beli kat mana entah, katanya orang Terengganu buat. Bolehlah daripada takde.. lepas makan tu rasa nak termuntah aku, terkejut agaknya masuk makanan berat awal pagi. 

Tak ke mana2 aku seharian, berehat sungguh2, ambik peluang bermalas-malasan tahap cipan. Esok nak kena keluar kejap la, kalau tak mau beku otak ni. Tak sabar nak masuk kerja hari Isnin, aku bukannya reti rehat lama2. Ni dah dekat jam 1 pagi, bila nak penat pun tak tau, orang sebelah dah lama berdengkur lepas tengok France menang 4-2 dengan Argentina tadi. Aku je la terlebih tenaga tak reti-reti nak tidur. Hurmm... rugi la! Takpe, jap lagi layan solitaire dalam phone, habiskan daily challenge.

 Terima kasih tau sudi baca, jumpa lagi lain kali. Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan