Durian Petang Khamis

Assalamu’alaikum. Petang ni aku buang tebiat, lalu depan gerai durian aku terasa nak duduk makan kat situ. Aku telefon bibik suruh datang naik basikal, bawak bekas nak isi durian, cadang nak buat pengat. Dah la aku berkebaya bagai, selamba badak je lepak borak-borak dengan abam-abam jual durian. Alah, pangkat adik aku je dorang tu, takde nak rasa segan pun. 



RM8 sekilo durian datang dari Perak katanya, lepas sebiji, sebiji lagi aku tambah. Bibik makan sikit je, sibuk nak ambik gambar puan dia. Yang tak tahan tu, siap bagi sedekah amal jariah kepada kawan dia yang datang menjenguk gerai. Eh, tak mintak izin aku pun? Bisik hati kecilku ini. Takpe la, dapat pahala kat aku, apa ada hal? Aku teruskan lepak sambil menikmati durian dengan damai di hati.



Sudahnya, aku dapat 2 biji durian free, yeay...! Tengok, bibik bagi seulas je kat kawan dia, tapi aku dapat 2 biji durian free! 



Ok, dah selesai makan, balik ler kan, apa lagi? Hari Batik Kebangsaan hari ni, tapi dah jadi Hari Durian pulak dah! 



Bukan selalu nak buat keja lepak makan durian dengan berkebaya kain lepas macam ni, kira bonus la kan? Layan...

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan