Tentang Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah (Pindaan) 2018

Assalamualaikum. Dengan berkuatkuasanya Kaedah-Kaedah Pesuruhjaya Sumpah yang baru pada 1hb Mac 2018, maka Kaedah terdahulu (1993) telah secara rasminya luput dan tidak lagi terpakai. Antara perkara fizikal yang jelas berubah adalah ukuran dan maklumat yang perlu dipamerkan pada papan  nama (signboard).

Kaedah 16 (c): Signboard Nama
Saiz:  40 cm x 50 cm
Maklumat: Nama, Nombor ID, Alamat ofis & Waktu Operasi. 


Memandangkan saiz dan maklumat yang wajib ada dalam signboard baru dah berbeza daripada dulu, maka wajib jugalah semua Pesuruhjaya Sumpah menukar signboard lain. Bagi yang baru sangat lagi dilantik, memang la terasa sebab nak kena buang signboard lama dan keluar modal lagi buat yang baru. Apakan daya, dah kebetulan Kaedah ditakdirkan berubah tahun 2018. Terimalah itu sebagai suatu suratan yang tak termasuk dalam bidangkuasa kita nak merubahnya. Tinggal lagi, kot la saiz tak berubah, boleh la pakat tempah sticker je tampal atas papan sedia ada, jimat banyak tu, kan? Hurmm... takpe la, bukannya Kaedah PJS ni berubah setiap 5 tahun macam calon PRU pun, redha aje ler...



Lagi satu yang ketara perubahannya adalah Signboard Tanda Harga.

Kaedah 16 (d) : Signboard Harga Yang Dikenakan
Saiz : 75 cm x 100 cm
Maklumat : Fi yang dikenakan di bawah Kaedah 17 mengikut Borang 15 Jadual Ketiga

Dah nama pun senarai harga dah berubah, yang mana pertama kalinya sejak sebelum merdeka, maka logiklah ukuran signboard pun berbeza sama sekali. Sekarang ni, siap boleh jadi backdrop dah kat belakang kerusi Puan PJS Setiawangsa, elok jugak dibuat tempat selfie sedas dua tiga juta das tatkala kebosanan. Haa.... tepuk...!

Itulah sedikit sebanyak tentang pindaan Kaedah-Kaedah PJS buat panduan sesiapa yang berminat nak ambik exam dan sebagai bekalan interview, sekiranya lulus exam tersebut. Aku buat ni sebab masa aku dulu punyalah azab nak cari bahan rujukan, jenuh google sana sini nan hado menda nak dijadikan talian hayat. Semoga bermanfaat dunia akhirat, Insya Allah.

~ Nai at Tak Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan