Perhentian: Anugerah Terindah

Assalamu'alaikum. Misi menyempurnakan Projek Perhentian kami bermula dari awal tahun lagi.  Hasil kesungguhan budak2 mencari pakej terbaik, jerih perih dan pengorbanan tanpa mengenal erti lelah mahupun putus asa kami semua, akhirnya berangkatlah kami bersama2 dari KL seawal jam 3.30am menuju ke KLIA2. Misi ini sebenarnya hampir mustahil,  tapi perancangan Allah itu memang terbaik dan atas segala nikmat dan rezeki ini,  wajiblah disyukuri. Alhamdulillah... Segala-galanya pun terjadi dengan keizinan-Nya jua. 


Flight Air Asia delay setengah jam saja,  itu kira kejap apa?  Sempatlah kami solat Subuh dulu sebelum boarding.  Ada jugak yang solat bila dah boarding,  ala takpe je... Janji solat.  Sampai di Kota Baharu, dua buah van persiaran syarikat Do Re Mi mengangkut kami ke Bachok,  singgah makan nasi dagang pagi-pagi.  Puas hati bibik dapat nasi dagang Kelantan, mengidam dah bertahun-tahun.  Selama ni bonda masak nasi dagang versi Terengganu je sokmo. 


Mak tak berapa sihat sebenarnya, tapi aku memang dah pastikan dia tak guna kudrat langsung,  duduk je atas wheel chair dan kami pakat tolak. Awal2 lagi dia tak berapa nak ikut,  tapi dia nak tinggal dengan siapa kat rumah, kan?  Bibik berdesup cakap dia nak ikut mandi laut,  rugi kalau tak pergi.  Tak nak aku kecik hati,  mak pun ikutlah rombongan kami. Dapat tengok dia pakai shades yang beli kat Pangkor berzaman lamanya. Dia jenis nak pakai shades kalau pergi pulau je, malu kat orang pakai tempat lain, katanya. 


Sampai jugak kami ke Arwana Perhentian Resort,  tempat igauan budak2 aku.  Memang breathtaking to the max pemandangan kat situ, jauh la berbeza daripada chalet bajet yang aku duduk kat Perhentian Kecil tiga tahun lepas. Sebab utama aku pilih resort ni adalah kerana harga pakej nya dah termasuk makan-minum, boat transfer dan snorkeling trip. Kalau ambik pakej lain ada je yang lebih murah tapi makan belum kira.  Silap haribulan, kena keluar lagi lebih belanja. Maka mem pun berdikit-dikit settle kan harga pakej sampai habis. Menangis entah berapa kali PA aku,  tak percaya impian akan menjadi nyata. 


Itulah aku,  yang takkan pernah berjanji hanya untuk memungkiri.  Melihat kegembiraan mereka, segala penat dan lelah seolah-olah terbang dibawa angin lalu,  bersama ombak yang memuput lembut di persisiran pantai.


Percutian ini adalah tanda terima kasih aku kepada kesetiaan mereka menunggu dan terus menunggu,  bersama menyelamatkan bahtera yang hampir tenggelam. Sebagai nakhoda,  takkan kubiarkan mereka terkapai-kapai tanpa pedoman.  Berkat kesepakatan kami bersama,  dapatlah sinar mentari di bawah langit yang sama itu dikongsi apa adanya. 


Banyak sangat gambar cantik nak letak kat sini,  tapi agak-agak la kan?  Kira ambik mana yang logik akal je la nak kongsi,  karang jadi isu dan kontroversi pulak. Mem dengan staff kepala masuk air,  elok sangat la pakat bergambar 24 jam. Resort tu pulak semua tempat pun cantik nak diabadikan. Maka dengan itu,  bergambar ler sampai lebam! 


Cik abang pun happy jugak,  malas la nak cerita lebih-lebih pasal dia.  Kita cerita pasal budak-budak la banyak sikit, nama pun hadiah untuk dorang, kan? 


Eh,  layan gambar je la,  ya. . Penat pulak nak menaip. 


Boomerang lagi dan lagi. .. 


Bercanda Di Pasiran Pantai... 


Kalau aku nak cerita semua kat sini,  sampai  esok pun tak habis.  Baik berhenti kat sini dulu,  bab-bab aktiviti air bagai,  kita cover entry lain.  Naya je penuhkan segala menda dalam satu entry!  Sampai jumpa,  Assalamualaikum. 

.
~ Nai at Tak  Pe Je. 

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan