Lace & Batik ~ A Night Look

Assalamualaikum.  Bagi orang macam aku,  baju tradisional tak pernah lekang dek panas dan tak juga lapuk dek hujan.  Dari zaman berzaman pun itu jugaklah yang aku duk bawak dalam penampilan fizikal diriku ini.  Tak kisahlah trending ke tidak,  in ke out,  viral ke sebaliknya,  citarasaku nampak gayanya tak terkesan langsung.  Sekarang ni,  trend terkini di Malaysia dah popular 'semula' lace dan batik, jadi kalau aku pakai macam tu,  takde la termasuk dalam kategori minoriti.  Even pergi majlis resepsi kat hotel pun,  tetiba jadi 'blend in' dengan rata-rata tetamu lain. 

Malam tadi aku pergi memenuhi undangan di Hotel Flamingo dengan adik aku si Ida, yang menggantikan abang iparnya sebagai pasanganku. Dua-dua pakai lace dan batik,  seronok bergambar berdua. Jenuh jugak aku fikir nak padankan lace biru dengan kain batik yang mana,  akhirnya aku pilih yang tanah hitam dan corak dominan pink.  Shawl mula-mula tu aku nak pakai warna biru, tapi rasa tak best pulak senada sangat dengan baju,  akhirnya aku pilih warna krim susu.  


Hasilnya adalah OOTD yang menepati tema majlis,  iaitu sopan/tradisional. Masa bergambar dengan raja dan permaisuri sehari, tak la terasa lari setempat mahupun rendang tak berbuah. 


 Ida kali ni tampil julung-julung kalinya berbusana tradisional,  takde la macam nak pergi Anugerah Skrin. Gojesnya lahai,  suka kakaknya yang berjiwa klasik ni memandang. 


Untung la Ida yang teman, boleh posing banyak-banyak. 


Girls' Power: orang mudah nak tolong ambikkan gambar. 


Flamingo kekdahnya,  haruslah banyak bangau sini dan sana,  ko rasa? 


Mak Lom kalau jumpa painting,  memang sengih penuh bahagia ler.. Dah pulak batik! 


Your-girl-next-door punya imej. 


Ini la sebenarnya inspirasi kebaya modern yang aku ambik,  cuma tak jelas dalam gambar..  Mungkin sebab material lace yang aku pilih tu berkilat. Kainnya ada warna senada,  satin biru cuma belum siap dijahit.  Tak sabar nak pakai,  aku padankan aje dengan batik jawa.  Efeknya akan berbeza kalau tampil dengan kain satin,  lebih kelihatan modern. Bagi aku la,  kan.  Tinggal lagi,  dua-dua pun cantik dalam kelas tersendiri,  tetap menaikkan seri wanita Asia. 


Baju macam ni senang sangat nak divariasikan mengikut tempat,  tema dan aktiviti.  Nak impak kasual,  boleh dipadankan dengan seluar jeans, slacks ataupun palazo. Transisi siang ke malam pun mudah,  tak payah sesakkan kepala fikir padanan yang sesuai. Manalah tau kan tak sempat nak cari baju lain dari tempat kerja, tetiba ada majlis formal sebelah malam. 

Bak kata bijakpandai,  kita yang buat dia..
 Bukan dia yang buat kita.  Takpe je kan?

 ~ Nai at Tak Pe Je. 



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan