Posts

Showing posts from August, 2015

WW ~ Sabar Itu Indah.

Image
Peace... ~ Nai at Tak Pe Je.

Isnin, Nasi Kukus MokSube dan KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni Lembah Kelang disirami hujan yang sungguh lebat dari tengahari membawa ke petang. Aku dan kawan-kawan dah berjanji nak pakat berkelah di food court KLCC, makan Nasi Kukus Daun Pisang BFF kami yang meletup sedap gila secara berjema'ah. Aku memang dari sekolah menengah peminat tegar masakan mak kawan aku tu, takkan mungkin mampu lupa sekali dah rasa air tangan dia! Tak kisah la nasi ayam ke, nasi minyak ke nasi apa ke, semua menjadi pujaan hatiku. Tapi sejak kawan aku bukak Restoran Nasi Kukus Mok @ Sube ni, aku tak pernah ada peluang nak gi jenguk dan rasa. Sampailah petang tadi, bila nasi kukus tu yang datang ke pangkuanku. Alhamdulillah... Semoga bertambah-tambah murah rezeki kawan aku dan bertambah-tambah maju bisnesnya. Ameeen. Aku ngantuk sebenarnya tadi, dah pulak hujan lebat tapi demi sebuah janji, kugagahi jua... Berbaloi-baloi lawan rasa penat dan mengantuk, baq hang! Selamba badak je pakat berkelah makan nasi kukus kat food court, s

Zaman Anak-Anak La Pulak...

Image
Assalamu'alaikum. Semalam hari Ahad kan, aku perasan dah dekat zuhur ada banyak missed calls dari dua orang kawan sekolah menengah aku. Check whatsapp pun ada jugak, duk jemput aku pergi sambutan birthday anak dia. Katanya kalau aku nak pergi, kawan aku yang duk kat Gombak tu boleh datang ambik. Apa lagi nak dikata? Tinggi hajat orang tu, bersungguh-sungguh menjemput, siap ada yang sukarela datang ambik... Rasa sangat dihargai. Maka aku pun siap-siap la secepat mungkin dan capai je instant shawl nak kasi jimat masa berhias. Celak pun tak sempat nak pakai elok-elok, hahahah tak senonoh!  Sebelum bergerak ke Kelab Darul Ehsan dan sementara menunggu kawan aku sampai, sempat la aku makan pengat durian yang mak buat. Ye la, nanti buatnya aku teringat-ingat sampai tak lalu nak makan menda lain kat tempat jamuan, siapa nak tolong? Makanya haruslah aku melayan tekak Melayu fusion ni, kan?  Dah besar budak-budak ni, cepatnya masa berlalu. Kami pun dah tahun terakhir 3 s

WW ~ Playing With Apps

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Terbaik Bagimu

Image
Izinkan aku kekasih... Yang Selalu Menyayangi: ~ Nai at Tak Pe Je.

WW ~ I Forgive Myself First

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Mitsui Outlet Park KLIA Sepang

Image
Assalamu'alaikum. Aku terpisat-pisat sekejap bila dengar orang nak jumpa kat Mitsui Outlet, dah di mana gerangankah itu? Ala-ala Johor Premium Outlet katanya, lagilah aku terpana. Oh, ya? Betapa aku tak sempat nak google dan memang tak bersedia nak sambut ketersegaman shopping outlets yang dipanggil Mitsui Outlet Park KLIA Sepang itu! Selama ni aku memang tak berapa gemar konsep premium outlet sebab kalau panas, panas sangat dan kalau sejuk, sejuk sangat, maklum la open space. Tapi Mitsui Outlet Park berkonsep tertutup dalam satu shopping mall yang menempatkan segala macam outlets, berbumbung dan sudah pastinya tak terhalang dek apa jua bentuk cuaca kat luar. Itu jugak bermaksud, lagi bahaya sebab korang akan lebih fokus, khusyuk maksyuk shopping sampai lebam!  Aku selesai appointment dah dekat pukul 4.45pm, jadi tak de la banyak masa nak tawaf dan survey banyak outlet. Aku macam biasa gi cari kedai kopi dulu, carik nyawa sebab mata petang-petang kalau tak dapat kopi mem

WW ~ Sementara Itu...

Image
Label: Wordless Wednesday  Location: AEON Electrical Department, AU2 Situation: Waiting Game #latepost #latergram #ramadan #1436H ~ Nai at Tak Pe Je.

Menelah. Meneka. Merapu. Meraban.

Image
Assalamu'alaikum. Kita suka pandai-pandai meneka dalam kesamaran dan akhirnya membuat kesimpulan ikut pengamatan suam-suam kuku. Kalau simpan diam-diam ok jugak, tapi mana best kan kalau tak share dengan at least sorang kawan. Dah la belum tentu betul ke salah, kita beriya yakin dan meyakinkan orang lain tentang benda yang belum pasti. Buta-buta je buat dosa, senang-senang je bagi pahala amalan kita kat orang yang kita umpat tadi. Ye, mengumpat la tu namanya. Silap haribulan, jatuh kepada memfitnah. Lagi power dosa daripada mengumpat, maklum la darjatnya lebih tinggi daripada  membunuh.  Contoh gambar kat atas ni, sekali imbas memang tengah pegang kepala. Komen standard, sakit kepala lettew kenn? Padahal masa ambik selfie tu, buat timing 3 saat dan tetiba nampak anak tudung berkedut, cepat-cepat nak betulkan tapi tak cukup pantas tangan itu.  Gambar kedua pulak, hasil dari 'photo boost' yang merekodkan 10 gambar untuk dipilih, ada sekeping dua yang tangan

Mee Ayam Singgang Terbang Tunduk

Image
Assalamu'alaikum. Pelik benar bunyi menu kat atas, ya? Memang pun, aku baru 1st time dengar sebab aku baru je rekacipta ikut selera bedal aje (BEJE) sebelum bulan puasa aritu. Sedap sangat-sangat, tak percaya boleh cuba try test.  Bahan-Bahannya: 1) Mee 2) Isi ayam - dipotong dadu 3) Halia - ukuran sebesar ibu jari, dipotong nipis-nipis; 4) 4 ulas bawang putih - dimayang; 5) 1 biji bawang besar - dipotong dadu; 6) 2 batang serai - dititik; 7) Asam jawa & asam keping - ikut keserasian rasa; 8) 1 biji tomato - dipotong empat; 9) 3 biji cili padi atau 1 biji lada besar; dan 10)  2 sudu makan minyak masak - untuk menumis. Mee: - Boleh guna bihun, mee kuning, spaghetti, kuey teow, apa-apa je la yang ada kat dapur.  - Aritu semuanya takde kat dapur kecuali maggie, maka aku guna Mee Maggie, ambik mee nya aje dan rebus sekejap. Cara-Caranya: - Tumis bawang putih, halia dan serai sehingga kekuningan dan naik bau. - Masukkan isi ayam. Kaca