Nuffnangx

Tuesday, 25 August 2015

Zaman Anak-Anak La Pulak...

Assalamu'alaikum. Semalam hari Ahad kan, aku perasan dah dekat zuhur ada banyak missed calls dari dua orang kawan sekolah menengah aku. Check whatsapp pun ada jugak, duk jemput aku pergi sambutan birthday anak dia. Katanya kalau aku nak pergi, kawan aku yang duk kat Gombak tu boleh datang ambik. Apa lagi nak dikata? Tinggi hajat orang tu, bersungguh-sungguh menjemput, siap ada yang sukarela datang ambik... Rasa sangat dihargai. Maka aku pun siap-siap la secepat mungkin dan capai je instant shawl nak kasi jimat masa berhias. Celak pun tak sempat nak pakai elok-elok, hahahah tak senonoh! 


Sebelum bergerak ke Kelab Darul Ehsan dan sementara menunggu kawan aku sampai, sempat la aku makan pengat durian yang mak buat. Ye la, nanti buatnya aku teringat-ingat sampai tak lalu nak makan menda lain kat tempat jamuan, siapa nak tolong? Makanya haruslah aku melayan tekak Melayu fusion ni, kan? 


Dah besar budak-budak ni, cepatnya masa berlalu. Kami pun dah tahun terakhir 3 series, tahun depan bermula angka baru dalam diari kehidupan yang penuh berliku. Sekarang ni zaman budak-budak ni la pulak, zaman kami dah tak perlu digembar-gemburkan sangat pun. Hidup kami pun kerja siang-malam pun untuk dorang jugak, bukan untuk orang lain. Mudah-mudahan segala yang terbaik, segala yang terindah akan menjadi milik dorang. 


Kami macam biasa, tetap menghargai masa ruang dan peluang yang tersedia depan mata untuk tersenyum dan berbahagia apa adanya. Iron ladies with tissue hearts. Wanita yang senantiasa muda dalam hati. 


Famous and favorite birthday cake ever, Chocolate Indulgence by Secret Recipe.


Dulu-dulu mana ada birthday party macam ni dalam hidup kami, tapi ye lah.. Kawan aku ada rezeki lebih untuk meraikan anak sulungnya sedemikian rupa, kami tumpang bahagia dan turut berbangga. 


Yang pasti, kami akan tetap vogue... Oh ya, Happy Belated Birthday, Pia...! Jadi anak yang solehah dan berbakti di dunia dan akhirat untuk ibu dan ayah, jaga adik baik-baik... Sedih pulak auntie Nai tetiba. 

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment