Posts

Showing posts from 2016

WW ~ When I Hold You With My Gaze

Image
Can't you see?

~ Nai at Tak Pe Je.

Sos Pasta Kari Laksa Pastamate (Mee Kari Di Bumi Osaka)

Image
Assalamu'alaikum. Pergi berjalan kali ni aku yang in charge menu dari rumah lagi, dan aku bawak siap-siap Ready to Cook Material, RTCM, chewaaah... nama glamour macam Ready to Wear Collections, pergh..! Aku dah plan awal-awal, akan ada satu hari yang aku nak masak laksa kari, jadi aku dengan gigihnya bekalkan perencah, santan dan mee. Balik kerja, aku ronda-ronda Aeon Mall dan masukkan dalam troli sos pasta jenama Pastamate, ikut gerak hati semata-mata, walaupun ada je jenama lain yang aku dah biasa dengar, macam Nyonya contohnya. Aku ambik jugak santan dalam kotak jenama Harmuni dan Vit's Ramen, untuk disandingkan bersama-sama nanti kat Osaka. 


Santan ni selalu aku guna masa mula-mula nikah 13 tahun lepas, mungkin disebabkan masa sangat terhad dan pergerakan pun terbatas untuk mencari santan fresh, ataupun sebab aku terlebih nak mencari jalan singkat dalam banyak perkara. Apa-apa pun, aku selalunya akan kembali kepadanya setiapkali nak berjalan jauh, senang nak main masak-masa…

JEJAK KANSAI : MASJID KOBE & MENARA KOBE

Image
Assalamu'alaikum. Hari kedua di Osaka, kami bertiga sama-sama menapak ke Umeda-Namba Station untuk ambik tren ke Kobe yang memakan masa lebih kurang 25 minit dari Namba. Memandangkan kami cuma punya masa 6 hari sebelum pulang ke KL hari ke-7, maka kami memang kena pilih tempat yang betul-betul nak dikunjungi, takkan mungkin mampu nak tawaf semua tempat. Sebagaimana Junior beriya nak pergi ke Universal Studio, daddy dia pulak beriya nak solat di Masjid Kobe. Aku macam biasa, takde hal mana-mana pun, janji orang-orang yang aku sayang bahagia, aku ON aje. Pagi tu depa berdua makan roti canai segera cicah kari kepala ikan merah yang kaw tak ingat punya, aku masak sebelum Subuh. Aku tak berani makan, susah nanti berkejar cari tandas. Jadi, aku cuma minum air suam campur secamca madu dan 5 titik lemon, jamu, air milo dan bawak bekal biskut dalam handbag. Itu pun dua kali jugak masuk tandas sebelum turun, what to do? Semua pun jenis buang toxic punya minuman.

Sampai di Kobe, kami menapak …

WW ~ Today Will Be A Good Day

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Image
Assalamu'alaikum. Kami bertiga melangut kat KLIA sampai pukul 1.30 pagi, MAS ada buat penyelenggaraan pesawat ke apa ntah, dari waktu penerbangan asal pukul 11.50 malam, terpaksa ditunda lebih sejam. Naya la sesiapa yang ada connecting flight kat mana-mana negara, memang confirm burn tiket selamba badak punya. Aku dah ngantuk sangat-sangat, dalam pukul 2 pagi aku tarik selimut dan tidur sungguh-sungguh, bila bangun tu rasa sangat fresh, padahal dua jam setengah je bila aku jeling jam tangan, pukul 4.30 pagi. Lepas tu aku tak ngantuk dah, tergerak hati nak layan cerita Harry Potter, the Secret Chamber. Itulah kali pertama aku pernah tengok cerita yang gila babas glamour tu, percaya tak?

Sampai kat Kansai International Airport pukul 7.50 pagi waktu tempatan, Q kat Imigresen pun tak panjang dan kejap je dah boleh pergi tunggu luggage. Aku dah siap-siap pakai long john dari sebelum boarding, sebab darah aku ni bangsa tak tahan langsung sejuk, especially kalau terbang tinggi ke tempat-t…

Teaser : Jejak Kansai Junior

Image
Assalamu'alaikum. Dah setahun lebih kami plan nak ke Kansai area di Jepun, daddy Ajieq duk kumpul Enrich points dan tunggu masa yang sesuai aje. Ingat tak yang aku ada cerita pasal pergi KL Sentral aritu? Haa... aku pergi jadi wakil pakwe untuk redeem tiket ke Osaka ler. Dah dapat tiket free, tinggal bayar airport tax la, kira tersangatlah berbaloi-baloi mamat tu terbang ke hulu ke hilir meninggalkan anak bini. Alhamdulillah... nikmat wajib disyukuri! 

Aku tak sempat nak cerita panjang-panjang kat sini, kira macam buat teaser la lebih kurang, letak gambar-gambar kenangan budak bertuah si Junior ni haa, layankan aje. Banyak jugak tempat yang kami pergi, tapi memandangkan musim winter siangnya pendek, banyak jugak yang kami skip.

Gambar-gambar ni pun aku tak perincikan nama tempat, sebab nanti akan ada cerita susulan, tak payah nak ulang-tayang bagai, kan?

Berjalan musim-musim berbungkus nangka sangatlah mencabar, lebih-lebih lagi di Jepun, sebab pergerakan segala menda haruslah tangkas…

Dia Di Mataku, Belahan Jiwa..

Image
Assalamu'alaikum. Last week, masa aku gigih mencari travel adapters yang hilang bersimpan, aku terbelek album mini lama, gambar zaman Junior kecik lagi. Tersengih aku sorang-sorang, bila teringat saat-saat indah kami di Bukit Tinggi. Chubby je dia masa kecik, bam-bam bersemangat waja punya, sampailah dia kena tukar minum susu formula berasaskan soya. 

Dulu aku tak pernah rasa dia ikut muka aku, kecuali kening dan bibir, sebab feature muka dia lebih mirip daddy dia, mungkin sebab dahi yang agak luas. Tapi bila aku tengok gambar kat atas ni, betapa masa tu aku tak perasan, ada je iras mummy! 

Dah besar anak mummy, suara pun dah nak pecah, tak lama lagi dah sibuk nak bermakwe bagai, habislah mummy! 
Always be my baby, though! 
~ Nai at Tak Pe Je.

Deep Conversation

Image
Andai hatimu terkesan dengan apa yang kutulis, itu hatiku yang berkata-kata. Getar yang kau rasa, adalah jiwaku yang merintih.  Andai bagimu aku kau kenali, fikir sekali lagi.  Itu cuma yang aku izinkan sirna. 
Hakikatnya, aku juga masih mencari siapa diri ini.  Di sisimu, di sisi dunia, dan yang paling rumit, di sisi-Nya, Tuhan Yang Esa. 
Aku adalah insan tersisih, dalam zaman yang perih.  Saat fitnah menjajar menjadi koran buruk, yang didendangkan dengan nada sumbang, aku bungkam.  Benarlah kalam Allah, berbondong-bondong manusia sepelosok alam, persimpangannya nanti cuma ada dua.  Mahu ke kiri atau ke kanan, pilihannya di tangan kita. Terpulanglah...
Namun, andai kanan destinasi pilihan, ikhtiarnya bermula kini.  Di sini, hari ini, tika dan saat ini.  Masa mengejar dan takkan pernah menunggu sesiapa. Aku, kamu, dia dan mereka, kita di hujung waktu.
Ayuh, bangkitlah dari lena yang panjang! 
~ Nai at Tak Pe Je.

Demi Kasih

Image
Assalamu'alaikum. Sayang selasih dilurutkan, sayang kekasih diturutkan. Aku kalau dengan orang-orang yang aku sayang, apa je yang tak sanggup aku buat? Dah pulak takat cari ganti penutup lensa kamera untuk pakwe, kecik punya hal. Cuma itulah dia, tak semudah yang disangka rupa-rupanya. Kamera pakwe aku tu banyak bertukar tangan tahun lepas, kejap ada program persatuan kat sini, kejap kat sana, kejap adik aku pinjam, kejap ke hulu, kejap pulak ke hilir. Sekali bila sampai masa nak guna, baru perasan penutup lensanya dah takde, dan semua pun tak mengaku, semua pun jawab tak tahu. Aku pulak baru selesai masalah dunia yang berlipat kali ganda lebih berat daripada kehilangan penutup lensa kamera, maka setelah lebih 12 purnama lamanya, aku pun mengalihkan perhatian kepada isu kasih-sayang terhadap kamera. Baca betul-betul, jangan tersilap buat rumusan tanpa usul-periksa, ye kawan-kawan! Heheh.
Aku keluar je dari pagar rumah, belum sempat menekan minyak, mata kanan aku ternampak kereta Id…

NU Sentral Sekali Lagi, Lembaran Yang Berbeza

Image
Assalamu'alaikum. Seronok berhujung minggu, kawan-kawan? Masa ni la nak kemas apa yang patut kat rumah tu, kan? Yang paling tak best, bila sampai bab gosok baju kerja ataupun lipat kain baju dan masukkan dalam almari, setuju tak? Kalau aku macam tu la, rasa azab betul kadang-kadang. Anyways, sebelum aku merapu lebih panjang, baik kita teruskan dengan entry hari ni, iaitu sambungan kisah aku pergi KL Sentral minggu lepas (SINI). Hari Khamis tu aku turun lepas Zohor jugak, kali ni pakai boots hitam yang zaman dulu kala selalu aku bawak pergi kerja. Mengambil pengajaran daripada pesanan kawan-kawan senior, kasut kulit tak boleh dibiarkan tak bersentuh, maka mulai minggu lepas aku pelan-pelan pakai, ikut giliran. Sesampainya aku kat kiosk Malaysia Airlines, pegawai Customer Service membalas senyuman aku penuh mesra. Tak ramai orang masa tu, jadi aku tak payah tunggu lama-lama pun nak sampai nombor giliranku dipanggil.

Aku tampil santai jugak, macam sehari sebelumnya, masih memilih jean…

Dasar Kaki Mulut Buaya

Image
Assalamu'alaikum. Salam Juma'at semua, semoga penghulu segala hari ini membuatkan korang tersenyum, maklumlah dah nak weekend. Aku tengah berkira-kira nak pergi satu tempat, tapi memandangkan hari ni confirm akan terlebih padat jalanraya seluruh Lembah Kelang, maka besarlah kemungkinannya terpaksa tangguhkan dulu pelan dan tindakan. Jadi, meh la pakat baca cerita pasal pelapik kaki yang suka nau buat unpleasant surprise kat aku, meh. Hari Rabu (2 hari lepas) aku ada jumpa orang kat Restoran Asam Pedas lepas solat Zuhur. Dalam banyak-banyak kasut, aku terasa nak pakai sepasang ankle boots yang dah berzaman aku tak pakai, selalunya terperap tak bersentuh dalam almari. Dah park kereta dekat dengan stesen LRT, aku jalan tak sampai 2 minit menuju ke Restoran Asam Pedas yang sungguh nostalgik itu. Sebelum tu, selfie dulu seketika sambil betulkan tudung, manalah tau kot senget-benget nak cepat tadi, lagipun cuaca yang cantik dan cahaya yang bagus, memang elok untuk aktiviti selfie-me…