Nuffnangx

Sunday, 4 December 2016

NU Sentral Sekali Lagi, Lembaran Yang Berbeza

Assalamu'alaikum. Seronok berhujung minggu, kawan-kawan? Masa ni la nak kemas apa yang patut kat rumah tu, kan? Yang paling tak best, bila sampai bab gosok baju kerja ataupun lipat kain baju dan masukkan dalam almari, setuju tak? Kalau aku macam tu la, rasa azab betul kadang-kadang. Anyways, sebelum aku merapu lebih panjang, baik kita teruskan dengan entry hari ni, iaitu sambungan kisah aku pergi KL Sentral minggu lepas (SINI). Hari Khamis tu aku turun lepas Zohor jugak, kali ni pakai boots hitam yang zaman dulu kala selalu aku bawak pergi kerja. Mengambil pengajaran daripada pesanan kawan-kawan senior, kasut kulit tak boleh dibiarkan tak bersentuh, maka mulai minggu lepas aku pelan-pelan pakai, ikut giliran. Sesampainya aku kat kiosk Malaysia Airlines, pegawai Customer Service membalas senyuman aku penuh mesra. Tak ramai orang masa tu, jadi aku tak payah tunggu lama-lama pun nak sampai nombor giliranku dipanggil.


Aku tampil santai jugak, macam sehari sebelumnya, masih memilih jeans, cuma blouse kali ni lebih labuh dan fabriknya daripada denim, kira fesyen hari tu 'Denim on Denim' la, memang confirm 90's lady. Satu tabiat aku dari kecik, kalau pakai baju berlengan panjang, mesti sibuk nak singsing lengan dekat-dekat dengan siku, jadi aku banyak koleksi hand socks kat rumah. Lately aku suka sangat pakai yang jenis masukkan antara telunjuk dengan ibu jari, daripada kain cotton, sangat sejuk dan selesa. Fellow blogger yang dah jadi kawan Instagram, Kak Saniah kita ingatkan tangan aku berbalut dan tengah tunggu giliran kat hospital bila aku upload gambar kat bawah ni dalam akaun instagram aku. Dah nampak macam tercedera gamaknya tangan, bila tengok sepintas lalu. Ye lah, mata kita ni kan melihat dari dimensi yang berbeza, jadi aku tak salahkan dia pun. Rasa disayangi ada la, bila orang ambik perhatian. Alhamdulillah.


Selesai urusan di kaunter MAS, aku menapak ke NU Sentral, sambung aktiviti yang tergendala. Demi memastikan aku tak terpisat-pisat mencari jalan keluar dari situ, mula-mula sekali aku buat adalah ambik gambar 'landmark' sebelum melilau ke mana-mana. Dah jenis sesat barat dan kurang upaya menakkul pelan dan dongakan mahupun peta, maka terpaksa la mengambil langkah-langkah yang patut dan perlu. Kelemahan diri ni kan kita kena akui, jangan malu-malu, tau.. nanti sesat jalan. Ye lah, boleh je buat selamba tanya orang yang bersepah kat situ, cuma tak best la setiapkali sesat nak buat gitu, bukan kita takde mekanisma pun nak membantu diri sendiri. 


Lepas ni aku dah tau dah mana nak tuju, dah tak payah ambik gambar 'landmark' bagai. Heheh. Tempat tu besar gedabak, hokeh, satu hari suntuk pun tak habis nak ukur jalan dan masuk dari satu kedai ke kedai yang lain. Tapi memandangkan aku memang dah tau mana nak pergi, maka takde melilau ke tempat lain langsung, terus je menuju ke destinasi sebenar. Tawaf la aku kat tempat tu, masuk fitting room dan bayar kat kaunter. Aku takde ambik gambar pun sepanjang kat situ, tapi takpe la, aku tetap boleh kongsikan dengan korang namanya: UNIQLO (je pun). Macam kat mana je, eh? Aku beli dua helai cardingan labuh kat situ, satu warna cokelat dan satu lagi warna hitam. Bila aku pakai esok-esok, aku ambik gambar dan try buat entry kat blog picisan aku ni.


Sweater anak aku pun ada jugak aku beli, dia suka sangat-sangat, siap nak buat tidur malam tu jugak, tapi agak-agak la kan, aku mintak dia bersabar, kita basuh dulu, nanti dah sampai waktu, pakai la sampai lebam pun takpe. Baju anak sedara belum jugak beli, tapi takpe, bila dia dah selalu jenguk rumah aku besok, senang bawak je dia shopping suruh dia pilih sendiri. Heheh, boleh kan, Muhammad? 


Aku sekarang ni agak disiplin bila sampai waktu jalan-jalan cari pasal, kagum pulak dengan diri sendiri. Selesai je kat UNIQLO, aku terus keluar dari NU Sentral dan berjalan ke stesen tren Rapid KL. Apa taknya, tengok video kat atas, masa tu 'peak hour' orang sibuk balik kerja, yang sempat aku rakam bulan lepas, kan ke jenuh nak mengulangi keadaan yang sama? Masa tu aku balik jumpa client kat KFC, dah namanya kerja, terpaksa la diharungi juga. Tapi kalau dah takde kerja, tak payah la kita sibuk-sibuk carik masalah, elakkan selagi boleh, selagi ada kesempatan dan ruang untuk membuat pilihan lain. 

Karang-karang sikit aku nak kena gi cari barang sikit, tapi dekat-dekat sini je, takde sampai ke KL Sentral dah. Itu pun kalau keadaan mengizinkan. Apa-apa pun, terima kasih sudi baca sampai habis, sayang korang! Jaga diri dan hiasi peribadi, sampai kita jumpa lagi! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment