Teaser : Jejak Kansai Junior

Assalamu'alaikum. Dah setahun lebih kami plan nak ke Kansai area di Jepun, daddy Ajieq duk kumpul Enrich points dan tunggu masa yang sesuai aje. Ingat tak yang aku ada cerita pasal pergi KL Sentral aritu? Haa... aku pergi jadi wakil pakwe untuk redeem tiket ke Osaka ler. Dah dapat tiket free, tinggal bayar airport tax la, kira tersangatlah berbaloi-baloi mamat tu terbang ke hulu ke hilir meninggalkan anak bini. Alhamdulillah... nikmat wajib disyukuri! 


Aku tak sempat nak cerita panjang-panjang kat sini, kira macam buat teaser la lebih kurang, letak gambar-gambar kenangan budak bertuah si Junior ni haa, layankan aje.
Banyak jugak tempat yang kami pergi, tapi memandangkan musim winter siangnya pendek, banyak jugak yang kami skip.


Gambar-gambar ni pun aku tak perincikan nama tempat, sebab nanti akan ada cerita susulan, tak payah nak ulang-tayang bagai, kan?


Berjalan musim-musim berbungkus nangka sangatlah mencabar, lebih-lebih lagi di Jepun, sebab pergerakan segala menda haruslah tangkas dan separa berlari. Bagi orang-orang yang kurang biasa mengukur jalan dengan kaki, nescaya akan merasa amat membebankan kalau aktiviti-aktiviti itu dilakukan setiap hari dan pulang hanya untuk melelapkan mata.


Naik basikal pun boleh, takde hal. Lagi kena guna banyak tenaga, hokeh? Pesanan penaja, sila banyakkan berjalan sebelum bercuti ke Jepun, kecualilah korang bajet besar dan boleh naik teksi ke sana ke mari, tak pun pergi dengan travel agency dan kulu kilir naik bas persiaran. Macam kami, menapak je ler dari satu stesen ke stesen yang lain. Dah pulak pergi sana dengan bajet yang ciput, siap naik local train lagi, tau... takde ambik pakej-pakej untuk pelancong tu semua. Memang betul-betul mandiri, hehehhe.

Okay la, bila ada masa yang terluang, aku buat entry khas cerita pasal apa-apa yang patut. Permisi dulu, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin