Demi Kasih

Assalamu'alaikum. Sayang selasih dilurutkan, sayang kekasih diturutkan. Aku kalau dengan orang-orang yang aku sayang, apa je yang tak sanggup aku buat? Dah pulak takat cari ganti penutup lensa kamera untuk pakwe, kecik punya hal. Cuma itulah dia, tak semudah yang disangka rupa-rupanya. Kamera pakwe aku tu banyak bertukar tangan tahun lepas, kejap ada program persatuan kat sini, kejap kat sana, kejap adik aku pinjam, kejap ke hulu, kejap pulak ke hilir. Sekali bila sampai masa nak guna, baru perasan penutup lensanya dah takde, dan semua pun tak mengaku, semua pun jawab tak tahu. Aku pulak baru selesai masalah dunia yang berlipat kali ganda lebih berat daripada kehilangan penutup lensa kamera, maka setelah lebih 12 purnama lamanya, aku pun mengalihkan perhatian kepada isu kasih-sayang terhadap kamera. Baca betul-betul, jangan tersilap buat rumusan tanpa usul-periksa, ye kawan-kawan! Heheh.

Aku keluar je dari pagar rumah, belum sempat menekan minyak, mata kanan aku ternampak kereta Ida kat tepi rumah neighbour aku, dari dalam kereta jelas aku nampak dia tengah leka dengan telefon. Kalau tak buat story kat instagram, mesti tengah borak dengan whatsapp group ofis dia, teka aku dalam hati. Malas nak bunyikan hon segala, aku call dan nak tergelak tengok reaksi dia. "Jom ikut kakak, turn around!" Berhambur gelak aku dalam kereta, cute gila tengok kejadian live macam tu. Dan buat pertama kalinya dalam jangkamasa yang terlalu lama, aku bawak kereta dan Ida duduk kat sebelah, kami pun menuju ke Wangsa Walk. Disebabkan dah dekat jam 7pm masa sampai sana, aku ke surau dulu sementara Ida lepak kat Teh Tarik Place, memandangkan dia tengah bendera merah. Hujung minggu bagai selalu, padat lain macam surau kat Wangsa Walk, pening kepala aku tengok.


Lepas habiskan segelas teh tarik, kami meneruskan misi utama, iaitu mencari galang ganti kepada penutup lensa kamera kat Photo Digital. Malangnya, takde stok kat kedai tu, tapi at least aku ikut cadangan salesman kedai kamera tu dan pasang filter, yang jauh lebih crucial demi memastikan keselamatan kamera pada tahap optimum. Aku kemudian disuruh pergi ke Sony Service Centre di KLCC pagi-pagi Isnin. Ikutkan hati, nak je aku meluru ke KLCC malam itu jugak, tapi Ida nak cari baju untuk pergi kenduri kahwin kawan-kawan dia, jadi aku tangguhkan dulu niat suci merempit ke sana.


Lama dah tak teman Ida beli baju, masing-masing sibuk dengan dunia dan kerjaya sendiri. Dia ada dua kenduri nak attend, dan takde baju yang sesuai dengan majlis. Ikutkan bajet, dia nak beli sepasang je dulu tapi aku suruh ambik dua-dua, biar aku belanja sepasang. Terharu aku tengok dia terkedu, eh, lupa ke aku ni kan generous dengan insan-insan yang aku sayang?


Dua-dua pasang baju tu lawa, boleh dibawa masuk ke majlis-majlis rasmi mahupun tak rasmi. Nak bawak pergi ofis memang tak boleh, sebab tempat dia mengajar wajib pakai serba hitam sepanjang masa! Lagipun, aku over-excited dengan perkembangan taste Ida terhadap fesyen, sesuai dengan selera dan usia aku jugak sekarang. Dulu dia jauh sangat kecenderungan dari segi berfesyen ni berbanding kakak dia.


Kan ke sejuk mata memandang, sistah! Barulah bonda tak urut dada dan istighfar panjang, bisik aku dalam hati.


Keesokannya, aku terpacak kat KLCC sebelum 11.30 pagi, frust bukan kepalang bila apa yang dicari takde stok kat Sony Service Centre, dan 3rd party brand pun takde stok jugak kat Photo Flash berhampiran dengan Starbucks, Ramlee Mall, Tingkat 3. Demi menenangkan hati, aku menapak ke Tingkat 4, mencari novel Habiburrahman El-Shirazy kat Kinokuniya. Pun takde. Tapi takpe, ada 2 buah buku lain yang memikat hati sanubari, karya Bung Hamka, "Falsafah Hidup" dan novel fiksyen karya Puteri Nor, "Neredesin?" (Awak Di Mana maksudnya dalam bahasa Turki). 


Sementara tu, aku duk tunggu kawan lama yang kerja kat Shangrila Photo bagi feedback pasal penutup lensa kamera yang aku cari, sebab tak kuasa nak berkejar ke service centre yang lain, kalau sampai-sampai sana nanti baru tau takde stok. Dalam masa tak sampai 10 minit, dia dah tolong mintak kawan dia kat Mid Valley Sony Service Centre untuk simpankan sebiji. Dia nak tolong ambikkan lagi dua hari, bila dia balik daripada bercuti di kampung isterinya. Eh, takpe, tak payah susah-susah, aku kata, aku boleh je pergi sendiri.


Dari KLCC aku menaiki lrt ke KL Sentral dan menunggu komuter ke Mid Valley, benci betul bab-bab menunggu komuter ni, lembab, macam tak zzzzabar bila internet connection merayap bak siput sedut ler, kan? Tapi it was all worth it, bila aku dapat jugak benda yang dicari dan diingini. Sebenarnya aku ada appointment jam 2.30pm, nak attend orang sign Borang Pindahmilik. Nasib sangat menyebelahi aku, dia call masa aku tengah menapak masuk ke Mid Valley Mega Mall, bagitau dia akan lambat sikit, dalam jam 3pm lebih baru boleh sampai.


Dah dapat penutup lensa kamera untuk membahagiakan pakwe, aku menyandar lega dalam kereta Nissan Almera seorang pakcik berbangsa Teong-Hua, yang aku panggil guna Grab Car service. Sedang elok aku sampai, orang yang nak jumpa aku pun sampai sekali, sungguh indah perancangan Ilahi. Aku mintak izin solat Zuhur dulu dan selesaikan tugas seperti selayaknya. Dekat jam 6pm barulah aku ada peluang untuk melepaskan lelah dan bersantai-santai dengan novel indah yang aku beli kat KLCC tu. 


Hidup membahagiakan insan-insan tersayang bagi aku sangat 'fulfilling'. Demi kasih, tiada alasan yang patut kita jadikan halangan untuk berbakti. Itulah tandanya menyayangi, bukan cuma menanam tebu di pinggir bibir, tindakan tidak melambangkan rasa. 

~ Nai at Tak Pe Je. 

















Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan