Nuffnangx

Sunday, 25 December 2016

JEJAK KANSAI : MASJID KOBE & MENARA KOBE

Assalamu'alaikum. Hari kedua di Osaka, kami bertiga sama-sama menapak ke Umeda-Namba Station untuk ambik tren ke Kobe yang memakan masa lebih kurang 25 minit dari Namba. Memandangkan kami cuma punya masa 6 hari sebelum pulang ke KL hari ke-7, maka kami memang kena pilih tempat yang betul-betul nak dikunjungi, takkan mungkin mampu nak tawaf semua tempat. Sebagaimana Junior beriya nak pergi ke Universal Studio, daddy dia pulak beriya nak solat di Masjid Kobe. Aku macam biasa, takde hal mana-mana pun, janji orang-orang yang aku sayang bahagia, aku ON aje. Pagi tu depa berdua makan roti canai segera cicah kari kepala ikan merah yang kaw tak ingat punya, aku masak sebelum Subuh. Aku tak berani makan, susah nanti berkejar cari tandas. Jadi, aku cuma minum air suam campur secamca madu dan 5 titik lemon, jamu, air milo dan bawak bekal biskut dalam handbag. Itu pun dua kali jugak masuk tandas sebelum turun, what to do? Semua pun jenis buang toxic punya minuman.


Sampai di Kobe, kami menapak pulak ke stesen bas City Loop (Hop On Hop Off) yang akan singgah di tempat-tempat tumpuan pelancong. Kami singgah di dua tempat aje, Masjid Kobe dan Menara Kobe. Cuaca masa tu boleh tahan sejuknya, mencucuk-cucuk tulang lutut. Down overcoat yang aku beli kat Universal Traveller dekat 4 tahun lepas memang sangat-sangat berjasa dalam cuaca-cuaca sedemikian, Alhamdulillah. Tak kisahlah kalau dah out-of-date pun, kan... heheh janji elok lagi dan menepati matlamat utamanya, maka takde hal punya! Junior je la selalu kena beli baru, sebab dia cepat memanjang, semua baju jadi senteng, luar dan dalam. Nasib baik la tak duduk di negara 4 musim, kalau tak, sekian terima kasih, sediakan bajet je ler nak kena beli setiap tahun!


Kobe ni dia macam kampung sikit la, takde kebaboom macam Osaka. Tapi aku suka, ye la penat aje nak bersesak dengan segala macam manusia... kat KL pun bersesak, pergi Tokyo bersesak, pergi Osaka bersesak, jadi bila kat Kobe tenang, mestilah aku suka. Tunggu bas pun rasa lepak je, takde terkejar-kejar. Berbungkus sampai ke leher tu dan siap bersarung tangan bagai tu maknanya sejuk yang amat ler tu, kawan-kawan..!


Kami tiba di perkarangan Masjid Kobe, setelah menapak dari perhentian City Loop 'Muslim Mosque' dalam 10 minit.. sedang elok nak masuk waktu Zuhur, dalam jam 11.50 pagi kalau tak silap. Ada satu rasa syahdu bila berdiri kat Masjid Kobe ni, korang... satu-satunya bangunan yang terselamat daripada bom masa Perang Dunia ke-2 dulu, ia masih tersergam indah dan dijaga dengan penuh rasa cinta oleh pihak pengurusan dan orang-orang Islam di Kobe. Masyarakat sekeliling pun amat terhutang budi dengan orang-orang Islam di situ, yang memanjangkan bantuan kepada mangsa-mangsa perang waktu itu.



Demikianlah kami bertiga bersungguh-sungguh mengabadikan gambar kenangan di situ.


Ambik wudhu' beku, beb...! Masa tu la kena paham hukum dan syarat wudhu' itu meratakan air ke seluruh anggota wudhu', jangan tetiba kita nak buat macam kat KL pulak dalam kedinginan 6 darjah celcius! Kat tempat Muslimin depa dah sediakan heater, aku kat tempat Muslimat beku, beb... dekat 45 minit jugak la aku menguatkan minda daripada tidak fokus kepada kesejukan yang menggila. Bila muazzin dah laungkan azan barulah ada sorang jema'ah perempuan Jepun datang bawak heater letak kat belakang, ye la dah tiba waktu dia nak solat, kan... tak salahkan dia pun. Kita menumpang, tak payah nak expect yang bukan-bukan.


Kami berjema'ah Zuhur dan meneruskan dengan solat jamak taqdim Asar. Masa tu la kita tau betapa solat itu lebih manis dalam keadaan yang berkelana dan bermusafir, sebab tu la kita digalakkan untuk selalu berkelana dan bermusafir di bumi Allah ni.


Perut dah lapar, kan? Sejuk-sejuk ni perut cepat lapar, beb... lebih-lebih lagi aku cuma makan biskut dari pagi. Pakwe dan junior yang makan roti canai berkeping-keping pagi tadi pun lapar, apatah lagi aku ni ha. Kami menyeberangi jalan dan menapak ke depan lagi dalam beberapa minit, menuju Naan Inn yang dikhabarkan ada menyajikan briyani kambing yang dahsyat punya sedap. Memang benar bagai dikata, korang... pergh..! Aku dah terigau-igau dah.. sampai terpanggil untuk memahirkan diri dengan briyani Pakistan lepas Junior baik daripada berkhatan nanti. Tapi disebabkan terlampau menikmati kelazatan briyani kambing, kari ayam, ayam tandoori dan naan, maka kami tak ambik gambar satu haram pun. Hahah harap maaf la ya, tuan-tuan dan puan-puan.



Dah kenyang, kami kembali semula ke pangkal jalan untuk tunggu bas City Loop ke Pelabuhan Kobe pulak. Masa tu hujan dah mulai turun malu-malu, memang terbaiklah disertai angin yang langsung tak de segan silu bertiup kencang. Nasib baik dah kenyang, kalau tak entahlah apa nak jadi, menangis kot aku terjelepuk kat jalan. Kami ambik keputusan untuk lepak di Sky Lounge Menara Kobe tu aje, memanaskan badan dengan secawan air kopi. Masa tu pakwe buat lawak, jenuh dia pusing nak cari port bagus untuk menjamu mata masa duduk-duduk, rupa-rupanya restoran tu berputar weh, adoi... tak kisahlah duduk kat mana pun, semua sudut kita akan ada peluang nampak. Heheh comel je dia, nak gelak besar karang kesian. Hahahah tolong la hamba-Mu ini Ya Allah! Jahatnya la bini jenis suka gelak besar macam aku ni!

Gambar-gambar kat atas tu aku songlap dari IG pakwe, sebab aku tak simpan.. semuanya dari henfon dia. Aku lebih sibuk menikmati panorama dan bermonolog dengan akal dan perasaanku, memahatkan setiap penjuru sudut dan lekuk kuat-kuat dalam memori.


Bila hujan dah berhenti, kami pelan-pelan turun ambik gambar kat kawasan Menara dan Pelabuhan Kobe. Bas City Loop ada dekat je dengan kawasan tu, jadi takde la kami kena menapak jauh-jauh, cuma kena alert dengan jadual perjalanan yang memang dah disediakan dalam pamphlet. Berjalan di Jepun ni tak leh leka layan kepala ting tong, sebab depa punctual yang amat, kalau tak naya ler kena tinggal dan tunggu trip seterusnya.



Winter ni siangnya pendek, jadi kejap je dah gelap dan malam awal menjengah. Nak ke tempat-tempat lain dah takde tenaga, junior pun dah sendu je muka, dia tu bukan suka sangat senario macam Kobe, dia budak lagi, nak expect lebih-lebih pun tak boleh. Maka kami pun beransur pulang ke Namba Station, masa untuk lepak kat apartment sebelum meneruskan aktiviti berjimba keesokan harinya. Ke mana kami, korang? Haa.. tunggu...!

Heheh poyo je, ok la terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa nanti, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



















No comments:

Post a Comment