Posts

Showing posts from 2011

Jetlag ku sayang.

Image
As salam. Tabik spring la weh kpd semua cabin crew kat seluruh pelosok dunia nih. Tak kira la walau di mana anda berada. Atau kat airlines mana yg korang kerja. Dan tak kira la walaupun korang actually tak pernah baca pon blog rojak aku nih.. Sebabnya? Korang memang power rangers semuanya. Tahan jetlag dalam hidup korang. Kejap kat Thailand. Tak lama lagi dah kat India. Lepas tu ada pulak kat Australia. Sebelum terbang lagi ke USA. Mak ai... Macamana la korang bleh tahan? Dah la kena maintain muka manis depan penumpang. Jadinya, tahniah la kat korang, ya? Tengok la aku. Pukul 4.41 pagi duk melangut lagi tulis blog. Dah abis zikir round kat tasbih, tetap mataku tak mau lelap. Lemau abis satu badan. Lemah abis segenap urat saraf. Dimamah fenomena jetlag. Ditambah dgn aku terlelap atas sejadah lepas solat Maghrib. Dan sebelumnya, secawan capuccino di Subway masa teman mak, junior dan bibik makan sandwich masing2 kat Jusco Setiawangsa. Tapi tak relevan, kot. Sebab lps maghrib tu boleh je

Di Hujung Dunia

As salam. Sejak dua menjak tiga menjak ni payah nak tulis blog. Takut terluah banyak rahsia, boleh? Tak pun, sebab banyak yang dah tak lagi jadi rahsia. Pada dasarnya, at least. Tinggal lagi, dah lama sangat tak menulis ni jadi macam biul sikit ler, bermonolog dengan perasaan. Sampai berjalan pon terasa macam tak pijak bumi. Jadi, molek juga hamba membariskan kata-kata di hujung tinta, agar tenang jiwa dan raga. Boleh, tuan hamba? Aku ni workaholic. Semua yang rapat dengan aku tau. Perfectionist pulak tu, teruk betul kombinasinya. Kedua-duanya jadi parah setiapkali nak pergi bercuti, semasa bercuti dan selepas bercuti. Cuma lately jadi ok sikit la, Alhamdulillah. Sebab aku dah pandai relax. Konon la, kan? Sebenarnya lebih kepada berhati-hati. Sayangkan tekanan darah dan jantung, terpaksa la.. Tak pasal-pasal karang jejaskan kesihatan. Ish... Tak mau la! Lagipun, sebagai langkah utama melambatkan proses kedutan di muka. Kan? Masuk hari ni dah lebih seminggu aku di perantauan. Menimb

Forces of Nature: Lawatan Semula

Image
As salam. Korang tau, senarai aktres Hollywood yang aku minat memang pelbagai. Macam blog ni jugak ~ Rojak. Selain Angelina Jolie yang dah menakluki aku secara total dalam The Tourist (may be sebab ada Johnny Depp), Julia Roberts dan Drew Barrymore yang dah sah-sah mencuri hatiku sejak dulu kala, Sandra Bullock sentiasa menjadi pujaan hati yang penuh bunga cinta ini. Chewah.. Start dari While You Were Sleeping, aku mesti carik peluang pegi cinema kalau ada cerita baru yang Sandra Bullock berlakon. Takpun, jenguk SPEEDY bawak balik CD, tengok kat rumah. Ye la, masa tu mana ada budaya download ni semua. Dah ada pun, aku masih prefer carik DVD buat koleksi. Maklum la, dengan adanya teknologi Blu-Ray, HDMI ke amenda ntah laginya, lepak kat rumah pun bagi aku jauh lagi selesa daripada kat cinema. Kadang-kadang aku rasa nak ambik je projector yang jarang-jarang aku guna tu buat tengok wayang kat rumah. Tapi ye la, takat nak tengok sorang-sorang, sambil menemani mamat yang selalu tido je dep

Ice Ice Baby, Too Cold, Too Cold

Image
Oh, crap! Today I took more than a few sips of drinks with ice. That spells disaster. You know, after I started eh? Aku tulis dlm English lagi, ya? Dah jadi tabiat la pulak, kan?  ... Bridge ... Tadi bawak la Junior makan fav sandwich dia kat Subway, roti Parmesan Oregano 6 inci, tuna. Vegie dia salad dan timun. Dressing plak ketchup, mayo dan thousand island. Taste dia sama macam aku gak, tapi vegie aku salad dan capsicum. Ketchup ganti dgn sos cili, mayo dan thousand island sama je. Adik ipar aku, incik M pon minat tuna! Wah.. Tapi vegie dia ambik semer sekali kecuali lada jeruk, dressing sama macam aku, ditambah dengan mustard. Seronok tengok Junior makan, lama dia tak pekena fav sandwich dia tu. Lately incik M selalu dengan aku, sebab dia kerja dgn kita orang sekarang. Tolong hantar ambik Junior gi skolah, terutamanya, dan antar ambik abang dia gi court. Aku sekali la tu. Kadang-kadang nak drive sendiri nak gi dekat je pon dah takde chance, dia beriya nak menghantar. Dengan i

Ketika Duka

Image
As salam. Bila ada kematian aku tersedar. Betapa lelaki itu memang lebih perkasa dalam banyak perkara. Dari segi emosi terutamanya. Dari segi kudrat sudah tentunya. Saat itulah akan terserlah asal kejadian, fitrah mereka. Untuk melindungi. Untuk mengepalai. Sebagai nakhoda. Dan dalam masa yang sama, aku turut tersedar. Betapa lelaki itu dalam kegagahan seorang nakhoda, sebenarnya amat memerlukan sokongan wanita. Dengan kelembutan. Walau hanya sebuah senyuman. Atau sekadar dengan sorot pandangan yang penuh pengertian. Tanpa kata-kata pun tak mengapa. Akan tetap tersampai pesanan. Bahawa dirinya disayangi. Dihargai. Dicintai. Oleh pasangannya. Kerana sesungguhnya walaupun mungkin tak meratapi, walau kelihatan tidak terkesan dengan keadaan, di hati mereka sarat dengan kepiluan. Cara meluahkan saja membezakan. Wanita menangis habis-habisan, mereka juga begitu. Cuma tangisan mereka sepi di pandangan khalayak, menggila di jiwa. Dengan itu, sesungguhnya lelaki dan wanita saling lengkap-mel

Supper a.k.a Makan Carik Pasal

Image
As salam. Apa la aku malam ni kul 10.30 turun carik makan kat dapur. Ish Ish Ish...! Begini ceritanya: Petang tadi Ketua Rumahtangga itu beli ayam kampung. Ingat nak buat nasi minyak dan gulai cara Terengganu ayam tu. Tepon mak tanya, malangnya Bibik dah sangat efisyen masak nasi putih. Maka teruskan aje projek menggulai ayam tanpa nasi minyak. Singgah kat Giant beli timun, carrot dan nenas untuk buat acar. Balik rumah sedang elok lagi 5 minit nak waktu Maghrib. Jadi, dengan senang hatinya aku turun mengerjakan apa yang patut demi menu makan malam bertemakan ayam kampung sebaik aje selesai solat Maghrib. Sebelum waktu Isyak, dah tersengih untuk santapan perkara-perkara berikut: Nasi Putih Gulai Ayam Kampung (Rempah Diimport dari Pasar Chabang Tiga, Terengganu) Acar Timun + Carrot + Nenas Sambal Belacan  Owh, soooo simple! Tak pe la, banyak-banyak lauk karang membazir pulak. (Harus la, kan.. ayat orang malas.. *wink *wink) Usai pastikan Junior dan Senior duduk mengadap menu itu, aku

Belenggu Irama

Image
As salam. Macam tajuk lagu Wings pulak, Belenggu Irama. Adeh. Takpe la, kan? Terasa nak guna tajuk tu untuk entry kali ni, apa nak buat. Tapi aku tak bercadang nak cakap pasal lagu rock hari ni. Tersasar tu dari tujuan sebenar, walaupun entry aku takde destinasi khusus pun.  Sejak aku teringin nak lewati susur-galur kenangan dalam Notting Hill, aku jadi teringat pulak zaman-zaman kegilaanku pd Hugh Grant. Masa lepas zaman SPM dulu, aku terjatuh cinta kat that British hunk dalam Four Weddings And A Funeral. Ingat lagi aku lebih banyak masa pandang tempat lain (looked away, terjemahan secara langsung) tengok cerita tu, sebab mata innocent ku ini tak biasa dengan semua keterbukaan cerita tu. Still, aku rasa cerita tu sangat sweet dan hampir hari-hari TV kat United Kingdom duk buat ulasan macamana cerita tu bleh sangat berjaya kat USA walhal ia 'very British', bak kata sorang presenter dalam rancangan pagi depa ala-ala Selamat Pagi Malaysia. Aku tak paham sangat British English

Paused

Image
As salam. Korang tau, dua-tiga hari ni bilik kesayanganku kat ofis ni jadi kurang selesa. Bau tak menarik duk sambut aku setiap pagi masa bukak pintu. Makin hari makin kuat, sakit hidung aku. Jenuh carik punca, tak jumpa-jumpa. Masuk hari ni, aku dah jadi sakit hati. Nasib baik setiap Jumaat ada sorang kakak ni datang cuci ofis. Aku mengadu la kat dia pasal bau yang menyakitkan hidung dan hati aku tu. Dia pun tak jumpa gak mula-mula, sehingga la dia mintak izin nak ambik bakul sampah kat bawah meja aku. Hek Eleh.. ada sisa jagung rebus rupanya dalam tu. Kemudian aku ingat, Bibik ada kasi bekal jagung rebus baru-baru ni bawak kat ofis. Patut la duk bakar lilin aroma terapi tak jadi-jadi nak wangikan keadaan. Lepas ucapkan bye-bye kat my BFF, Puan Sue N lepas lunch tadi, aku disambut bau yang nyaman dalam bilik pujaan hatiku itu. Alhamdulillah. Kalau tak, mesti kacau kenyamanan hatiku sepanjang hari. Tak pasal-pasal jadi moody pulak, susahkan orang lain. Itu la kuasa bau terhadap Puan T

Once Upon A Dreamer

Image
When I write in English, it shows that I'm in trouble. Trouble with my own feelings. It happens all the time. I'd write, speak and even dream in English. Well, most of the time I can't even begin to make some sense. Not even to myself, let alone somebody else. As of now, I really need to go down the memory lane. And visit my Notting Hill Dreams. Let us juz relive the moments for once. I II III IV V Yes, I used to be a dreamer. But I'm not the only one. It's just that Life Is Not A Fairy Tale. And I'm Not in Notting Hill.

Romantik Yang Sengal

Image
As salam. Kalu korang pernah jenguk blog rojak milik Puan Tak Pe Je ni, mesti korang perasan ada cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Kampung. Haa... kan? Jap tadi dari mula-mula waktu rehat aku duk depan laptop, lepas kenyang sangat-sangat makan nasi kerabu. Nak termuntah aku, banyak sangat portion nye. Tak abis pun sebungkus walaupun try bersungguh-sungguh.  Entah macamana la tetiba aku terasa nak tengok Cinta Kristal versi Hantu Kak Limah. Dan of kos la, tergelak sorang-sorang dengan kuatnya. Sungguh comel babak romantik yang sengal itu..! Terbaik la, weh.. Bagi aku la, kan? Menjadi betul Awie buat stupid grin, madly in love la katakan... Yang paling tak bleh tahan, bila ada rock band kat belakang tutup tirai babak romantik sengal itu. Aku still ingat macamana aku hampir sesak nafas tergelak-gelak tak hengat punya. Owh, sungguh tak senonoh..! Tapi itu la dia, pelengkap karisma babak tersebut, ya tuan-tuan.. Bukan ke bagus kalu buat love story macam gitu? Bersahaja dan penuh makna. Al

Dilema Hantu Buku

As salam. Korang tau, aku suka lepak kat kedai-kedai buku besar. Lagi besar kedai tu, lagi lama aku akan lepak kat situ. Dulu masa Matrik UIAM masih kat Lembah Pantai, byk kali aku naik teksi ke MPH Bangsar. Jakun la aku tengok kedai buku sebesar tu, maklum la baru sampai dari Terengganu. Selama ni duk lepak kat Kedai Buku Ahmad Omar je kat depan Pasar Kedai Payang, ikut arwah ayah jenguk kitab-kitab terbaru. Mana ada kedai buku besar macam MPH kat Bangsar tu.  Masa tu rasa takjub sangat, rasa macam duk kat perpustakaan sekolah je dia punya besar! Sekali bila Mid Valley siap, rasa nak menjerit tengok MPH outlet yg kat Bangsar tu pindah ke sana. Laaaaaaaaaaaagi gedabak! Owh, suka nya aku...! Kalau aku ke Mid Valley, aku mesti lepak kat situ sesuka hati mak bapak aku je lama-lama. Tak lama lepas tu sampai lak zaman melepak di Sogo, Kinokuniya pulak ada kat situ. Berkampung la kat situ, owh sungguh divine!  Kat KLCC pun sama, bila usia makin bertambah, kemudahan awam kat KL ni pun maki

Relevan Kot

Image
As salam.  Lepas maghrib tadi aku ke KL Sentral, terkejut mak bila tengok aku turun pakai lawa-lawa. Sabtu malam pun kerja gak? Nak jumpa orang kejap, mak. Dah dia free Sabtu malam aje, nak buat macamana? Aku park kereta kat LRT, commute ke KL Sentral. Punya la jam jalan menghala ke LRT, terpaksa aku kreatif carik jalan alternatif. Pelik aku, dah takde beza malam minggu dengan malam-malam biasa. Kebanjiran kereta yang luar biasa la di pasaran.  Senario di KL Sentral apatah lagi. Dah jadi macam London Heathrow la pulak aku tengok. Semua duk berkejar turun-naik ekskalator, macam-macam kaler kulit, macam-macam pesen pakaian, macam-macam bau badan. Macam-macam ada..  Tapi bila aku dah lepasi kelam-kabut manusia tu, jalan menghala ke ERL dan kawasan sekitarnya dah bagi aku rasa privasi. Sibuk jugak, tapi terkawal. Ada yang beratur nak check in bagasi. Ada yang relax kat kerusi urut yang letak syiling ikut tempoh masa. Ada yang nampak pelan-pelan tarik beg macam tersingkir dari Akademi Fan

Tazkirah Muka Buku

Image
As salam. Korang tau, aku selalu percaya, kalau Tuhan sayangkan kita, setiapkali kita lalai dan terleka, mesti ada dihantar-Nya peringatan. Dari sudut dan dari cara yang kita tak pernah sangka. Macam jugak malam tadi, saat aku tercari-cari diri yang terasa kehilangan, tersesat dalam duka nan rawan, aku disedarkan dengan lembut dan terus ke hati. At least bukan secara dibentak-bentak oleh situasi, syukur Alhamdulillah. Malunya aku pada Tuhan, yang masih memberi kasih dan sayang saat aku makin jauh dari  landasan. Terima kasih la pada adik aku yang tag video ni dalam Facebook. Cara video ni diedit memang mainkan peranan penting. Takde halangan, berdesup menyerap ke seluruh saraf dan bertenggek di lubuk hati yang paling dalam. Demikian la nikmat sebuah ketenangan. Yang hadir dari sebuah peringatan tulus dan penyampaian yang berhikmah. Dan siapa sangka, aku terjumpa diri yang hilang di laman Muka Buku... Maha Suci Tuhan. Aku ni over-loaded aku rasa. Nasib baik dah dekat nak ambik time-

Bukan Ku Tak Cinta

Image
As salam. Jap tadi aku jumpa somebody. Cerita dia buat aku teringat kat lagu Don't Cry, Guns 'N' Roses. *Tepuk dahi sendiri. (Ada ker masa client cerita bleh teringat kat lagu rock?) Lepas dia balik, aku ambik masa rehat kejap. Ingat nak makan sandwich kat Subway tapi macam tak sempat, ada orang nak datang pukul 1.30pm. So, dengan pantasnya jari-jemariku mencari lirik lagu Don't Cry kat you.tube. Macam-macam boleh jadi dalam dunia ni. Jenuh client aku tadi bentangkan alasan nak justify niat dia carik orang lain. Aku senyum aje, dengar dan bagi respons mana yang perlu. Akhir sekali, aku cakap dia tak de buat salah apa. Yang dia nak buat sekarang, halal dari segi hukum. Cuma dia perlu betul-betul ikut hukum supaya niat dia yang elok takkan porak-perandakan hidup. Dan kena handle situasi hidup dia dengan baik. Macam benda fragile, once broken considered sold. Jangan lupa bagi ruang kat diri dia sendiri gak. Takut nanti tersepit lak dalam War of the Roses. Kalau Bed of Ro

Aku Yang Masih

Image
Pernah satu masa daerah sepi itu amat sukar kutinggalkan. Aduh, melankolik sangat bunyi tu! Kita cuba reka bentuk baru, apa kata? Macam ni la, aku dulu banyak masa nak layan perasaan jiwang karat. Berelung-relung duk bikin puisi cinta, duka dan lara. Mengelus sengsara tak ada sudahnya. Kengkononnya, terlampau seni jiwa seorang aku. Itu dulu. Bukan la bermakna aku sekarang ni dah 360 darjah berubah, takde. Masih macam biasa, blended antara brutal dan jiwang, boleh gitu? Masa mendewasakan, so tak heran la kalau banyak dah tak sama macam dulu. Aku asal kejadiannya sangat happy go lucky dan sangat la out-spoken. Banyak hati yang terluka tanpa aku sedari. Tapi bila Tuhan ambik balik hampir kesemua anugerah-Nya sekelip mata, aku berubah jadi pemendam rasa. Aku salahkan diri sendiri, may be kalau aku lebih prihatin dan jaga perasaan orang, Tuhan tak bagi aku sakit macam tu. So, aku biarkan aje walaupun banyak pihak yang seakan-akan pijak kepala, ambik kesempatan dari sikap daun semalu seora

Aroma Terapi

Image
As salam. Aku baru masuk ofis. Hari ni pagi-pagi ada matter kat Syariah Court, KL. Tak lama lagi dah tak sibuk ke kawasan KTM lama dah, sebab depa nak pindah ke Jalan Duta. Makin sesak la Duke Highway dan Jalan Duta, adeh. Kena pulak kalau orang-orang istana dah start pindah ke istana baru kat Jalan Duta nanti, laaaagi la haru. Ye la, kena la kita semua bagi laluan. Kan? Bersuka-ria la sesiapa yang ada harta kat area tu... Valuation naik naik naik dan naik la sokmo. Al-kisah, aku ambik masa nak pasangkan lilin dan wangikan bilik aku hari ni. Ada sebotol kecik Aroma Therapi (Cozy Moments) dari Cosway kat sebelah kanan. Ada sebotol kecik Teddy Scents (Lily of the Valley) dari Lovely Lace kat sebelah kiri. Yang Mana Satu Pilihan Kalbu? Kira macam aku kena buat pilihan la, tak mau guna kedua-duanya serentak. Nak lari dari bau yang lebih kurang serupa macam dalam kereta dan rumah, aku pilih yang sebelah kanan punya. Julung-julung kali aku pilih dia. Aku tinggalkan bilik dan makan nasi

Terngadah Sebelum Terantuk

Image
As salam. Korang perasan tak, biasanya orang sihat kurang pikir pasal sakit. Kan? Itu pun dah elok sket zaman sekarang, banyak pihak ambik polisi insuran. Tapi yang ambik polisi tu tetap tak kisah sangat nak jaga kesihatan. Kebanyakannya sibuk carik ubat bila dah dapat sakit. Masa tu dah takde maknanya, tak ker? Bagi yang memang diuji dengan penyakit, takde pikir menda lain. Nak sihat aje la kejanya. Macam-macam cara la nak kekalkan kesihatan. Paling tidakpun, nak kawal jangan bagi ada sakit lain pulak datang bertamu. Cukup la dgn sakit yang dah ditanggung selama ni. Jarang sangat la ada golongan pertengahan, yang memang takde sakit dan tak pernah jatuh sakit kecuali selesema lepas kena hujan lebat, sibuk jaga kesihatan. At least tak banyak golongan macam tu kat negara kita ni. Bukan takde, tapi ye la.. Jarang-Jarang, bak kata P.Ramlee. Bab-bab gini, aku memang buat muka kat hasbenku. Dia liat yang amat nak makan ubat. Kalu supplement contohnya, aku siap letakkan atas tangan dia pun