Nuffnangx

Friday, 7 October 2011

Bukan Ku Tak Cinta

As salam. Jap tadi aku jumpa somebody. Cerita dia buat aku teringat kat lagu Don't Cry, Guns 'N' Roses. *Tepuk dahi sendiri. (Ada ker masa client cerita bleh teringat kat lagu rock?)
Lepas dia balik, aku ambik masa rehat kejap. Ingat nak makan sandwich kat Subway tapi macam tak sempat, ada orang nak datang pukul 1.30pm. So, dengan pantasnya jari-jemariku mencari lirik lagu Don't Cry kat you.tube.


Macam-macam boleh jadi dalam dunia ni. Jenuh client aku tadi bentangkan alasan nak justify niat dia carik orang lain. Aku senyum aje, dengar dan bagi respons mana yang perlu.
Akhir sekali, aku cakap dia tak de buat salah apa. Yang dia nak buat sekarang, halal dari segi hukum. Cuma dia perlu betul-betul ikut hukum supaya niat dia yang elok takkan porak-perandakan hidup. Dan kena handle situasi hidup dia dengan baik. Macam benda fragile, once broken considered sold. Jangan lupa bagi ruang kat diri dia sendiri gak. Takut nanti tersepit lak dalam War of the Roses. Kalau Bed of Roses tak pe la, kan?

Aku nampak dia tenang sket lepas tu.
Mudah-mudahan dipermudahkan segala urusan untuk dia dan keluarganya.
Yang takde masalah, katanya.
Bagi aku, banyak lagi yang perlu dikupas baik-baik.
Pada permukaan memang nampak jelas, jauh di sudut hati?
Sesaat aku jadi takut.
Tapi itu la hidup.
Kita merancang, Tuhan juga Merancang.
Tapi Tuhan tetap Perancang Yang Paling Agung.
Selebihnya, berserah la..




No comments:

Post a Comment