Nuffnangx

Saturday, 8 October 2011

Tazkirah Muka Buku

As salam.
Korang tau, aku selalu percaya, kalau Tuhan sayangkan kita, setiapkali kita lalai dan terleka, mesti ada dihantar-Nya peringatan. Dari sudut dan dari cara yang kita tak pernah sangka. Macam jugak malam tadi, saat aku tercari-cari diri yang terasa kehilangan, tersesat dalam duka nan rawan, aku disedarkan dengan lembut dan terus ke hati. At least bukan secara dibentak-bentak oleh situasi, syukur Alhamdulillah. Malunya aku pada Tuhan, yang masih memberi kasih dan sayang saat aku makin jauh dari landasan.



Terima kasih la pada adik aku yang tag video ni dalam Facebook. Cara video ni diedit memang mainkan peranan penting. Takde halangan, berdesup menyerap ke seluruh saraf dan bertenggek di lubuk hati yang paling dalam. Demikian la nikmat sebuah ketenangan. Yang hadir dari sebuah peringatan tulus dan penyampaian yang berhikmah.
Dan siapa sangka, aku terjumpa diri yang hilang di laman Muka Buku...
Maha Suci Tuhan.

Aku ni over-loaded aku rasa. Nasib baik dah dekat nak ambik time-off.
Meantime, kena banyak check diri dan perbaiki iman la tu..

Adeh.





2 comments:

  1. Af, xpe.. awak dah cakap tu kira paham2 aje la, kan? heheh. tq for liking this entry, dear.

    ReplyDelete