Aroma Terapi

As salam. Aku baru masuk ofis. Hari ni pagi-pagi ada matter kat Syariah Court, KL. Tak lama lagi dah tak sibuk ke kawasan KTM lama dah, sebab depa nak pindah ke Jalan Duta. Makin sesak la Duke Highway dan Jalan Duta, adeh. Kena pulak kalau orang-orang istana dah start pindah ke istana baru kat Jalan Duta nanti, laaaagi la haru. Ye la, kena la kita semua bagi laluan. Kan?
Bersuka-ria la sesiapa yang ada harta kat area tu...
Valuation naik naik naik dan naik la sokmo.

Al-kisah, aku ambik masa nak pasangkan lilin dan wangikan bilik aku hari ni.
Ada sebotol kecik Aroma Therapi (Cozy Moments) dari Cosway kat sebelah kanan.
Ada sebotol kecik Teddy Scents (Lily of the Valley) dari Lovely Lace kat sebelah kiri.

Yang Mana Satu Pilihan Kalbu?

Kira macam aku kena buat pilihan la, tak mau guna kedua-duanya serentak.
Nak lari dari bau yang lebih kurang serupa macam dalam kereta dan rumah, aku pilih yang sebelah kanan punya. Julung-julung kali aku pilih dia.
Aku tinggalkan bilik dan makan nasi bungkus dengan budak-budak aku kat luar.

Melangkah semula ke bilik, aku rasa terbuai.
Wangi nye la pun...!
Sikit lagi rasa nak baring je curi-curi tido kejap, tapi kutahan, Jebat!
Betul la terapi minda dan jiwa ni guna bau-bauan yang wangi.
Patut la kat spa suka letak menda-menda gitu.
Kira macam sekarang aku ala-ala tengah rehat kat spa la ni sambil rendam kaki.
Mak ai, malas pulak nak start buat kerja. Tapi apa la pilihan yang aku ada?
Lepas buat entry nih maka kembali la aku ke dunia realiti.
At least ada kerja nak dibuat, ye tak?
Syukur...

Pandangan Kasar

Kejap-kejap aku pandang meja kat belakang ni.
Tarik nafas panjang-panjang, hembus pelan-pelan, kusudahi dengan lafaz:
Selamat Teruskan Kerjamu, Tak Pe Je...!








Comments

  1. Hi Lady Tak Pe Je...come over to my site and collect your award ya....

    ReplyDelete
  2. your site? my award? wow... am i an award winning customer? :)

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin