Nuffnangx

Sunday, 30 October 2011

Supper a.k.a Makan Carik Pasal

As salam. Apa la aku malam ni kul 10.30 turun carik makan kat dapur. Ish Ish Ish...!
Begini ceritanya:

Petang tadi Ketua Rumahtangga itu beli ayam kampung. Ingat nak buat nasi minyak dan gulai cara Terengganu ayam tu. Tepon mak tanya, malangnya Bibik dah sangat efisyen masak nasi putih. Maka teruskan aje projek menggulai ayam tanpa nasi minyak. Singgah kat Giant beli timun, carrot dan nenas untuk buat acar. Balik rumah sedang elok lagi 5 minit nak waktu Maghrib. Jadi, dengan senang hatinya aku turun mengerjakan apa yang patut demi menu makan malam bertemakan ayam kampung sebaik aje selesai solat Maghrib. Sebelum waktu Isyak, dah tersengih untuk santapan perkara-perkara berikut:

Nasi Putih
Gulai Ayam Kampung (Rempah Diimport dari Pasar Chabang Tiga, Terengganu)
Acar Timun + Carrot + Nenas
Sambal Belacan 

Owh, soooo simple! Tak pe la, banyak-banyak lauk karang membazir pulak. (Harus la, kan.. ayat orang malas.. *wink *wink)

Usai pastikan Junior dan Senior duduk mengadap menu itu, aku naik wangikan diri dan solat Isyak. Tak rasa pun nak makan time tu. Ding Dong Ding Dong, kul 10.30 perutku menjerit-jerit kelaparan. Lalu kuturutkan la... Sendukkan nasi secukup rasa, letakkan seketul ayam dan sedikit kuah, sudukan sedikit acar dan sambal belacan.. Makan la aku sendirian.
Sedapnya pulak, hehehe. Teringat tetiba ayat klise mak masa dulu-dulu kalau dia approve masakan aku: "Haa... boleh la kawen". Cheh. Asal menjadi je masakan, cakap pasal kahwin.
Tak abis-abis la mak nih! Demikian la bunyi nye dialog susulan daripada aku masa tu. Agaknya mak pun teringat dialog tu, kot.. Sebab tadi adik aku cakap mak makan banyak lepas balik dari masjid. (Nak cakap aku masak sedap la ni, kan? Ish Ish Ish.. sudah terang lagi bersuluh..)

Anyways, aku rasa tak bagus sangat makan nasi malam-malam gitu. Sesekali tak pe la, kan. Tapi jangan diamalkan. Carik pasal namanya tu. Cuma itu la.. Orang Pantai Timur memang kuat makan nasi. Kalau kaum-kerabatku kat Temerloh sana, pagi petang siang malam makan nasi. Dah terbiasa macam gitu. Keluarga aku pulak lepas arwah ayah kena diabetes, makan nasi sekali je sehari. Malam ganti dengan mee atau roti. Ada la exception nye sekali sekala, tapi.. Jadi, aku tak kisah la kalau orang komplen aku ni ibu rumah tangga yang evil sebab mencatu nasi. Yang penting, aku buat tu ada sebab yang konkrit. Demi kesejahteraan kita bersama, everybody..!

Amat la tak presentable cara aku amik lauk letak dalam pinggan, kan? Tapi takpe la, beb.. Yang penting, kenyang. Burp.. Alhamdulillah.. Lagi satu peringatan penting, lepas makan try postpone minum air barang setengah jam. Demi pinggang yang berskala dan berdiameter indah. Chewah.. Tapi kan, aku cukup tak suka cara Bibik sagat carrot dan nenas tu, macam nak buat bubur aje aku tengok. Tak mesra alam betul dengan saiz timun tu. Aku tegur la dia, harap2nya lepas ni dia paham macamana nak buat..


Makan Apa Adanya, Love...


Dah kenyang macam ni, kena la ambik masa lepak dulu. Apa lagi nak dibuat, entah. Blog dah abis satu entry. Tengok la kot bleh buat satu lagi entry, ngehehe. Apa-apa pun, hingga kita jumpa lagi dalam episod yang lain, sayonara...!




No comments:

Post a Comment