Nuffnangx

Saturday, 29 October 2011

Belenggu Irama

As salam. Macam tajuk lagu Wings pulak, Belenggu Irama. Adeh. Takpe la, kan? Terasa nak guna tajuk tu untuk entry kali ni, apa nak buat. Tapi aku tak bercadang nak cakap pasal lagu rock hari ni. Tersasar tu dari tujuan sebenar, walaupun entry aku takde destinasi khusus pun. 


Sejak aku teringin nak lewati susur-galur kenangan dalam Notting Hill, aku jadi teringat pulak zaman-zaman kegilaanku pd Hugh Grant. Masa lepas zaman SPM dulu, aku terjatuh cinta kat that British hunk dalam Four Weddings And A Funeral. Ingat lagi aku lebih banyak masa pandang tempat lain (looked away, terjemahan secara langsung) tengok cerita tu, sebab mata innocent ku ini tak biasa dengan semua keterbukaan cerita tu. Still, aku rasa cerita tu sangat sweet dan hampir hari-hari TV kat United Kingdom duk buat ulasan macamana cerita tu bleh sangat berjaya kat USA walhal ia 'very British', bak kata sorang presenter dalam rancangan pagi depa ala-ala Selamat Pagi Malaysia. Aku tak paham sangat British English masa tu, tapi aku memang dah head over heals minat kat Hugh Grant. Kira macam terkejut la jugak, sebab sebelum tu duk asyik minat Johnny Depp je all my life. Kan lain tu personaliti dan penampilan dua orang aktor tu? Itu la namanya subjektif bab-bab minat ni. 


Ending cerita ni macam gak Notting Hill, teramat la memorable. Takut betul incik hero tu pada komitmen sampai cara buat proposal pun kena terbalik. Kesian pulak aku tengok.




Dan of kos, lagu Love Is All Around duk terngiang-ngiang dalam telinga aku ni bertahun-tahun lamanya. 
Itu la pun lagu Wet Wet Wet  yang paling berhantu dalam sejarah, kan? Masa tu kan zaman walk-man, so jenuh la duk sumbat ear-phone, dengar lagu tu over and over and over again. Adeh.




  Maka aku pun terbelenggu dalam irama memori silam... (Chewah...!) 
Dan melarat pula kepada lagu Fallen dalam cerita Pretty Woman. 
Sempurna la sudah sebuah Belenggu Irama untuk minggu ini, tuan-tuan.   



Still takde destinasi pun entry ni sampai ke sudah.
Tapi takpe la, janji aku boleh luahkan jugak apa saja yang aku rasa nak tulis kat sini.
Kalau orang lain tak paham, aku tak boleh nak marah. 
Sebab aku pun tak paham gak.
Adeh.





No comments:

Post a Comment