Terngadah Sebelum Terantuk

As salam. Korang perasan tak, biasanya orang sihat kurang pikir pasal sakit. Kan? Itu pun dah elok sket zaman sekarang, banyak pihak ambik polisi insuran. Tapi yang ambik polisi tu tetap tak kisah sangat nak jaga kesihatan. Kebanyakannya sibuk carik ubat bila dah dapat sakit. Masa tu dah takde maknanya, tak ker?

Bagi yang memang diuji dengan penyakit, takde pikir menda lain. Nak sihat aje la kejanya. Macam-macam cara la nak kekalkan kesihatan. Paling tidakpun, nak kawal jangan bagi ada sakit lain pulak datang bertamu. Cukup la dgn sakit yang dah ditanggung selama ni.

Jarang sangat la ada golongan pertengahan, yang memang takde sakit dan tak pernah jatuh sakit kecuali selesema lepas kena hujan lebat, sibuk jaga kesihatan. At least tak banyak golongan macam tu kat negara kita ni. Bukan takde, tapi ye la.. Jarang-Jarang, bak kata P.Ramlee.

Bab-bab gini, aku memang buat muka kat hasbenku. Dia liat yang amat nak makan ubat. Kalu supplement contohnya, aku siap letakkan atas tangan dia pun tak boleh nak telan. Kalau la aku boleh tolong telankan, dah lama dah aku buat. "Kalau nak mati, makan apa pun mati jugak.." Gitu la dia selalu cakap. Aku tarik muka masam takde maknanya, jadi bahan gelak getawa dia aje. Seronok sangat tengok aku marah. Padahal aku ni panik sakan kalau dia sakit, sebab sekali dia sakit, beriya-iya. Macam hari tu, kena food-poisoning, sampai seminggu terlantar kat wad. Tak sanggup dah aku lalui menda tu.. Biar aku je yang sakit, jangan dia.

Take A Good Care...

Yang aku pulak, berderet-deret supplement dalam almari. Belum masuk jamu lagi. Kalau orang perempuan lain perabis beratus-ratus henggit sebulan untuk mekap, aku duk sibuk beli bekalan supplement dan jamu aje la. Dari zaman anak dara sampai la skarang dah jadi mak dara, Jamu Martina Martha Tilaar memang tak pernah lekang dari membarisi bekalan ubat-ubatan Cik Puan Tak Pe Je. Bangga Ibu Martha Tilaar gamaknya kalu dia tau..

Dah pulak sejak dua menjak tiga menjak dapat peluang keberapa puluh ntah untuk masih bernafas di bumi nan indah ni, lagi aku hargai kesihatan. Mak aku cakap, aku jadi macam arwah ayah, sampai ke akhir hayat penuh dengan ubat-ubatan. Tapi bagi aku, sebab tengok ayah la aku tak mau ikut pattern dia. Semua ubat tu dia sibuk ambik religiously lepas dia sakit. Aku pulak, memang religiously ambik supplement sebab nak elak penyakit hala ke tua. At least sepanjang lebih 12 tahun kebelakangan ni, sekali pun aku tak perlu masuk wad kecuali pegi melawat orang sakit. Dan atas dasar itu la akhirnya Etika Takaful luluskan jugak polisi insuran aku. Leganya hati aku, Tuhan aje yang tau.. At least kalau jadi apa-apa kat aku, takde la nak susahkan mamat tu carik duit.

Tapi itu la korang, jangan la dah terantuk baru nak terngadah.
Better kita sihat hala ke tua. Duit banyak pun tak guna kalau banyak penyakit. 
At least duit insuran tu bila dah matang besok, kita bleh buat enjoy.
Kalau tak sayang kat diri sendiri pun, try ingat kat orang yang sayang kat kita.
Especially anak-anak. Kita kena la sihat untuk depa.


Junior perlukan aku...


Sebab tu la Hadith pun ada cakap, Ingat 5 Perkara Sebelum Tiba 5 Perkara:

~ Sihat Sebelum Sakit
~ Muda Sebelum Tua
~ Kaya Sebelum Miskin
~ Lapang Sebelum Sempit
~ Hidup Sebelum Mati

Jom la kita jadi orang yang menghargai segala nikmat yang lahir dari kesihatan.
Ye, korang...




Comments

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin