Nuffnangx

Friday, 7 October 2011

Aku Yang Masih

Pernah satu masa daerah sepi itu amat sukar kutinggalkan. Aduh, melankolik sangat bunyi tu! Kita cuba reka bentuk baru, apa kata? Macam ni la, aku dulu banyak masa nak layan perasaan jiwang karat. Berelung-relung duk bikin puisi cinta, duka dan lara. Mengelus sengsara tak ada sudahnya. Kengkononnya, terlampau seni jiwa seorang aku. Itu dulu.

Bukan la bermakna aku sekarang ni dah 360 darjah berubah, takde. Masih macam biasa, blended antara brutal dan jiwang, boleh gitu? Masa mendewasakan, so tak heran la kalau banyak dah tak sama macam dulu. Aku asal kejadiannya sangat happy go lucky dan sangat la out-spoken. Banyak hati yang terluka tanpa aku sedari. Tapi bila Tuhan ambik balik hampir kesemua anugerah-Nya sekelip mata, aku berubah jadi pemendam rasa. Aku salahkan diri sendiri, may be kalau aku lebih prihatin dan jaga perasaan orang, Tuhan tak bagi aku sakit macam tu. So, aku biarkan aje walaupun banyak pihak yang seakan-akan pijak kepala, ambik kesempatan dari sikap daun semalu seorang aku. Mengalah bukan bererti kalah, itu yang aku pikir.

Kemudian, Tuhan bagi aku sihat semula. Pelan-pelan aku dapat balik sebahagian daripada benda-benda yang dah lama hilang. Tapi dalam masa yang sama, aku perlu berubah jadi lebih dinamik dan berani. Kerjaya aku perlukan anjakan sikap yang lebih ke depan. Bukan mudah nak keluar dari kepompong memendam rasa, bukan juga mudah nak terus jadi out-spoken macam dulu kala. Pelan-pelan jugak aku bina profile baru. Cuba jadi diri aku dengan kombinasi dulu dan kini. Sudahnya banyak kali aku konpius sendiri.

Pernah adik aku tanya, kalau boleh kembali ke zaman silam, apa yang aku nak ubah dan kenapa? Amboi.. Macam soalan masuk Miss Universe plak nye pon..! Aku jawab gaya selamba, layak la utk orang yang air basuh kaki pon takde taraf Ratu-Ratu. Takde apa yang nak aku ubah. Sebab, kalau bukan sebab ujian Tuhan tu, aku tak paham maksud kepayahan. Aku tak boleh tolerate ketidaksempurnaan. Aku tak mungkin dapat selami kesulitan hidup. Dan aku takkan pernah paham apa itu penderitaan, apatah lagi kesakitan bangkit dari kegagalan.

Pendek kata, aku bersyukur atas segala-galanya. Semua tu jadi lembaran menarik dalam diari kehidupanku. Bila tengok balik playback kisah hidup aku, rasa macam tak percaya. Kesedihan dulu dah boleh dijadikan bahan gelak ketawa sekarang. At least, ketawakan ironisnya. Bak kata kawan aku Stella (owh, dia ratu cantik, by the way) dalam wall post FB nya, "What doesn't kill only makes you stronger" . 

Lately aku lebih lepas-bebas bergembira dan bagi ruang untuk bergelak ketawa. Mungkin tak seteruk dulu menyakat orang dan flirt (in a good way, ok?) sini-sana, tapi dah menghala pelan-pelan ke situ. Ketawa itu kan ada kuasa menjemput kegembiraan orang sekeliling? Berjangkit bagaikan virus. Cuma virus ni tak membahayakan, ala-ala bakteria baik dalam badan. Tak percaya, try la.. 

Teringat pulak zaman ketawa pecah perut kat mana-mana. Betapa saat itu seakan-akan tak ada duka. Dan suatu ketika, saat hanya air mata menjadi teman setia, senyum pun dah tak mampu terukir di bibir. Betapa waktu itu hidup bagaikan tiada sinar mentari. Macam takde pertengahan, kan? Dua-dua pun ekstrim. Itu la hakikatnya..

Dan benarlah janji Tuhan, atas setiap dugaan, pasti ada jalan keluar. Selagi kita bersabar dan tidak berputus-asa pada rahmat-Nya, maka akan ada penyelesaiannya. Yang penting, kita tak cepat kalah dengan keadaan. Tak cepat tewas dengan perasaan. Apa pun yang terjadi, hidup perlu kita teruskan dengan penuh bermaruah. Agi Idup Agi Ngelaban. Genggam Bara Api Biar Sampai Jadi Arang. 






Yes it was my way
All the way...









No comments:

Post a Comment