Nuffnangx

Monday, 17 October 2011

Dilema Hantu Buku

As salam. Korang tau, aku suka lepak kat kedai-kedai buku besar. Lagi besar kedai tu, lagi lama aku akan lepak kat situ. Dulu masa Matrik UIAM masih kat Lembah Pantai, byk kali aku naik teksi ke MPH Bangsar. Jakun la aku tengok kedai buku sebesar tu, maklum la baru sampai dari Terengganu. Selama ni duk lepak kat Kedai Buku Ahmad Omar je kat depan Pasar Kedai Payang, ikut arwah ayah jenguk kitab-kitab terbaru. Mana ada kedai buku besar macam MPH kat Bangsar tu. 

Masa tu rasa takjub sangat, rasa macam duk kat perpustakaan sekolah je dia punya besar! Sekali bila Mid Valley siap, rasa nak menjerit tengok MPH outlet yg kat Bangsar tu pindah ke sana. Laaaaaaaaaaaagi gedabak! Owh, suka nya aku...! Kalau aku ke Mid Valley, aku mesti lepak kat situ sesuka hati mak bapak aku je lama-lama. Tak lama lepas tu sampai lak zaman melepak di Sogo, Kinokuniya pulak ada kat situ. Berkampung la kat situ, owh sungguh divine! 

Kat KLCC pun sama, bila usia makin bertambah, kemudahan awam kat KL ni pun makin canggih, cepat je kaki melangkah menuju Kinokuniya kat KLCC. Tapi aku tetap suka MPH, terasa dekat sekali di hati. Kira macam cinta pertamaku la, kan? Sebab tu la masa kerja kat Bukit Bintang dari tahun 2005 sampai 2010, banyak masa rehat aku habis kat MPH Sungei Wang. Hilang dalam kedamaian, kata orang. Tak sedar masa berlalu. Itu la kalau dah disampuk hantu buku. 

Tak hairan la kalau dari sekolah rendah sampai habis SPM aku duk jadi librarian tak sudah-sudah. Tapi aku tak suka pon study, teruk betul. Aku suka buku, tapi tak suka study. Maknanya, aku bukan ulat buku, cuma tahap hantu buku. Boleh? Aku suka baca apa yang aku suka baca, bukan yang aku disuruh baca. Rasanya normal tuh.. 

 Minggu lepas aku ada kerja kat Jakarta. Merasa la jejakkan kaki kat kedai buku Gramedia dalam Grand Indonesia, dekat je dengan Ascott Jakarta tempat kami menginap. Aku amik la peluang beli novel Habiburrahman El-Shirazy, ada dua je kat rak. Dua-dua aku ambik. Dalam Mihrab Cinta dan Cinta Suci Zahrana. Kalau kat sini, dah diterjemah ke bahasa kita. Saja aku nak merasa baca dalam bahasa asal. 

Aku perasan, hampir semua buku dalam Bahasa Inggeris diterjemah ke dalam bahasa depa. Ada la Trilogi Cinta yang aku melonjak-lonjak nak beli, tapi takde dalam Bahasa Inggeris. Tajuknya aje kekal, tapi segala isi kandungannya dalam Bahasa Indonesia. Frust pulak rasanya. The Twentieth Wife tajuk buku tu, karya Indu Sundaresan. Kisah di sebaliknya keagungan Taj Mahal, yang difiksyenkan dalam bentuk romantika sejarah. Aku ambik, letak balik. Ambik, letak balik. Ada la tiga empat kali macam gitu. Ish, was-was mula menyerang nampaknya! Akhir sekali, aku cepat-cepat bayar novel Habiburrahman tu dan angkat kaki. Bukan senang nak kawal emosi, weh..! 

 Masa aku duk buat entry nih, azan Maghrib dah suku jam berkumandang. Aku masih dengan baju kerja dan belum bersihkan diri sebelum sembahyang. Niatnya nak ke KLCC kejap, carik buku Twentieth Wife dalam bahasa asalnya. Tapi tengok la kan, kot lepas disejukkan wudhu' jadi tukar lak rencana itu. Ala, kalau bukan kali ni, tak lari Kinokuniya dikejar. MPH pon ada kat mana-mana, kan? 

Junior pun dah nampak ciri-ciri yang sama, mesti sebab mummy dia asyik duk bawak dia masuk kedai buku sejak dalam stroller lagi. Jenuh la mengangkut buku-buku (selain dari yang wajib baca, of kos) kat kaunter. Siap untuk dibayar mak-bapak dia, kan? Aku tak de hal, dah memang aku membesar pun macam tu dengan arwah ayah dulu. Sampai sekarang pun kalau masuk kedai buku, akan terkenang saat-saat indah bersama arwah. Nanti kalau aku dah tak de pun, Junior mesti rasa menda yang sama..



No comments:

Post a Comment