Nuffnangx

Thursday, 20 October 2011

Romantik Yang Sengal

As salam. Kalu korang pernah jenguk blog rojak milik Puan Tak Pe Je ni, mesti korang perasan ada cerita pasal Hantu Kak Limah Balik Kampung. Haa... kan? Jap tadi dari mula-mula waktu rehat aku duk depan laptop, lepas kenyang sangat-sangat makan nasi kerabu. Nak termuntah aku, banyak sangat portion nye. Tak abis pun sebungkus walaupun try bersungguh-sungguh. 

Entah macamana la tetiba aku terasa nak tengok Cinta Kristal versi Hantu Kak Limah. Dan of kos la, tergelak sorang-sorang dengan kuatnya. Sungguh comel babak romantik yang sengal itu..! Terbaik la, weh.. Bagi aku la, kan? Menjadi betul Awie buat stupid grin, madly in love la katakan... Yang paling tak bleh tahan, bila ada rock band kat belakang tutup tirai babak romantik sengal itu. Aku still ingat macamana aku hampir sesak nafas tergelak-gelak tak hengat punya. Owh, sungguh tak senonoh..! Tapi itu la dia, pelengkap karisma babak tersebut, ya tuan-tuan.. Bukan ke bagus kalu buat love story macam gitu? Bersahaja dan penuh makna. Ala, nama pun peminat Abang Mamat Khalid, kan? Review baguuuuuss je manjang. 

Aku memang dari awal kemunculan Rahim Maarof dengan lagu Cinta Kristal, dah terjebak total, kata orang Indon. Dan of kos la, bila Awie nyanyi lagu tu automatik bagi impak yang lain sket, aura pun tak sama. Kira dah berpaling arah la nih, kan? Well, what to do.. dah itu kenyataannya, kan? Lahirnya dari hati, takde paksaan dan takde hakmilik kekal. 

Anyways, aku letakkan la kat sini video klip sebabak Cinta Kristal yang dimaksudkan di atas..




Evergreen la nanti babak ni di hatiku...

  






No comments:

Post a Comment