Posts

Showing posts from September, 2015

Teki-Teki & Hadiah Misteri

Image
Assalamu'alaikum. So aku menang teka-teki, ada ko baa? Hehehhe. Best sebenarnya perasaan menang ni, semua orang pun akan teruja: kira macam 'living the moment' punya feeling. Tak kisahlah menang teki-teki (je) pun, janji menang. Dah namanya menang, mesti dapat hadiah kan? Haaa... Itulah yang best jadi makin tambah best nya! Dan lebih-lebih lagi kalau hadiah tu kita boleh manfaatkan untuk kegunaan bersama, dapat pahala pulak kat kita dan Kat orang yang bagi. Alhamdulillah... Terima kasih sangat-sangat Elly, aku dah jadikan kain biru bling-bling tu alas meja favorite aku kat rumah. Dekat dengan beskal statik kaler merah aku. Dekat dengan hati ini pastinya.

Si Elly ni memang suka buat teka-teki, pasal bunga la, buah-buahan la, ulam-ulaman la, kira macam flora & fauna punya kategori. Aku bukan reti meneka-neki ni semua, tapi kalau sempat singgah blog dia dan kebetulan ringan jari, aku jawab la. Betul ke idok ada aku kesah? Heheheh. Yang penting, memeriahkan majlis kawan-kaw…

Jeans Mode: ON

Image
Assalamu'alaikum. Bila hari Rabu public holiday, hari Khamis terbawak-bawak imej santai macam duk kat rumah jugak. Tinggal lagi aku recycled tudung putih yang aku pakai sekejap pagi Selasa separuh masa pertama sebelum tengahari menjengah. Baju pulak aku sengaja carik yang matching dengan tudung putih dan jeans lusuh kaler hitam. Siap berkasut sport bagai, maklum la terasa begitu muda remaja tetiba. 
Hari ni aku banyak habiskan masa mengejar sesiapa yang patut dikejar sama ada budak kat ofis ataupun orang kat luar sana, bagi memastikan apa yang masih tertangguh diselesaikan sebelum cuti Hari Raya Haji bermula. Dari pagi itu la keja aku, sampai makan tengahari pun dekat kul 3 petang. Kemudian sambung balik keja sampailah Maghrib, siapa kata jadi boss senang? Orang nampak yang senang aje, yang payah sendirian berhad la kan. 
Malamnya aku gi hantar Junior mengaji dan lepak minum kopi kat Starbucks sambil sambung keja. Bukan tak boleh minum kopi dan buat keja kat rumah, tapi tekanan tu b…

Self-Help. Kita Boleh!

Image
Assalamu'alaikum. Hidup biar benar-benar hidup selagi kita belum mati. Jom kita tempuhi hari-hari sukar mahupun senang bersama-sama, tak kisahlah kita tak pernah kenal selain dari bahasa-bahasa bisu dalam blog picisan ini. Jom!

Doakan yang baik-baik saja antara kita...
~ Nai at Tak Pe Je.


WW ~ 3 Generasi Penyeri Famili

Image
Nenek, Yong & Ya.

Selamat Hari Malaysia! 
~ Nai at Tak Pe Je.

Mulakan Hari Dengan Membuat Pilihan

Image
Assalamu'alaikum. Pagi-pagi bangun tidur, kita dah ada pilihan nak kena buat, sedar dengan tak sedar je. Tak kisahlah pukul berapa pun kita bangun, tapi pilihan tu tetap kena buat. Apa dia pilihannya, korang mesti tanya. Jawapannya senang je, Kopilih aku ataupun dia. Hehehe. Acah je.
Pilihan yang kita kena buat mula-mula sekali bila bangun tidur adalah macamana nak mulakan hari: Nak mulakan dengan aura positif ke aura negatif? Contoh, kita penat sangat-sangat nak bukak mata pun tak larat sebenarnya, apatah lagi nak senyum gumbira bagai. Kita tak perasan betapa riak muka kita dah kelat semacam, jadi try selfie sekali satu round. Saksikanlah sendiri gambaran apakah yang kita akan bagi kat orang sebentar nanti.

Gambar atas tu senyum dengan tak senyum sama banyak aje. Tapi gambar kat bawah ni langsung tak senyum. Bezanya langit dengan bumi kot... Senyum sikit dengan kelat terus bukan ke 360 degree dia punya swing, kan? Kita pilih la nak keluar rumah guna ekspresi yang mana. Kesannya kep…

Susunatur Handbag: Edisi Oroton Rambu-Ramba

Image
Assalamu'alaikum. Organisation freak? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)? Bukan sebenarnya, itu adalah pilihan hidup kita, at least pada pendapat aku la. Sesetengah orang rasa pilihan macam tu menyusahkan, tapi bagi aku tidak. Macam aku selalu kata, kita semua sama cuma pilihan kita mungkin berbeza. Kajian kes: Cara Menyusun Atur Barang-Barang Dalam Handbag. Kali ni, aku guna Sling Bag Oroton yang berambu ramba, dah lama aku kelek ke hulu ke hilir dan berjasa kepadaku sampai sekarang. Meh kita jenguk apa ke menda mak nenek aku letak kat dalam. Benda-benda yang memang wajib ada kat dalam handbag masa pergi kerja, of course. Tukar la handbag mana pun, mak nenek ni semua kena ada. Wajib dengung hukumnya. 

Nak mengelakkan daripada berterabur dan demi memastikan keselamatan tahap paling menyamankan akal, maka aku guna organiser dan DIY taruk extension sana sini. Paku sana paku sini, janji aku rasa selamat dan dah minimum kan risiko kehilangan akibat manusia panjang tangan. Sejadah tu t…

Juma'at Nan Berjerebu

Image
Assalamu'alaikum. Juma'ah Barakah kawan-kawan semua.. Apa khabar hari ni? Teruk betul jerebu kat KL, pedih mata hidung segala bila keluar rumah. Bawak kereta pun sebelah tangan pegang stereng, sebelah lagi pegang napkin tutup hidung. Banyak-banyak minum air, tau korang.. Jangan sampai batuk. Musim macam ni kalau dah batuk, bercinta nak baik nanti! 

Aku bawak kereta masuk spa hari ni, kasi treatment belaian manja tarik bau segala sementara jumpa orang bincang bisnes juta-juta lemon kekdahnya. (Sila baca dengan nada paling berlagak yang termampu dek minda). Hahahah. Biasalah korang, keja macam aku ni tadah je telinga orang nak cerita apa pun. Bercakap bila perlu, menjawab apa ditanya. Selebihnya, pasang telinga. 

Oh, ya.. Pakaian hari ni pelik sikit. Baju kurung modern tapi dijodohkan dengan seluar panjang putih, kasut sport macam nak gi jogging, beg galas macam nak gi mengembara. Tema apa pun tak tau la, merapu tahap gaban. Santai aje, janji sopan dan tak mengganggu lalu-lintas.

A…

Jauh Di Sudut Hati

Image
Hidup memang penuh dengan dugaan. Kadang-kadang datangnya bertimpa-timpa, rasa macam tak mampu nak tanggung. Dah tu nak buat apa? Kena jugak tanggung, betul tak? Kita kan ada Tuhan, cari bantuan Dia mula-mula sekali, bukan akhir sekali. Kita pulak terbalik, dah habis cari manusia dan benda hidup kat dunia ni duk mintak bantuan, dah takde jalan lain baru nak ingat kat Tuhan. Dah kenapa? Sebab kita ni manusia, memang dijadikan dengan sifat pelupa. Padahal hati kita selalu rindu akan penciptanya. Makin jauh kita lari, makin tak keruan jadinya. Makin banyak kita isi hati dengan selain penciptanya, makin sarat penderitaan yang dirasa. Maka kita akan makin jauh dan menjauh dari landasan utama. Kita sesat dalam terang. Kita bungkam dalam kelam. Pejamkan mata seketika. Menangislah semahunya. Meraung jika perlu. Kemudian, jujurlah sekali dengan hati. Kembalilah kepada Tuhan yang sangat-sangat dirinduinya. Tak ada istilah terlambat bagi Tuhan. Dia selalu lembut dengan kita, selalu dekat dengan …

11 Tahun Nan Ranum, Selamat Hari Jadi Cinta...

Image
Assalamu'alaikum. 9hb September datang lagi, mewarnai hidup kami. Alhamdulillah Junior dah jadi anak teruna yang baik budi pekerti setakat ini, mudah-mudahan berkekalan hendaknya. Ditanya wishlist 3 teratas, katanya Juara Impian adalah sebuah PC, kedua selepasnya nak ganti senapang Nurf yang rosak bulan lepas. Sebab sayangkan dia, kami tak beli PC, kami explain bebaik tak nak bagi dia makin hanyut dengan dunia gaming dan internet lebih daripada keadaan yang memang tersedia gawat. Cukup dulu dengan segala bagai gadgets yang melingkungi hidupnya. Biarlah orang rasa hairan, tapi memang dia tak pernah dapat PC sejak dulu hingga kini. Anak yang baik, dia boleh terima dan tetap happy masa pergi beli Nurf tengahari tadi. Makan pun ikut apa yang dia pilih, Nasi Arab di Sri Petaling. Minuman sudah pastilah Watermelon Juice, kalau tak bukan Junior namanya.

Kek hari ni dia jugak yang pilih, aku tuliskan apa yang nak diletakkan atas kek tapi budak Secret Recipe yang blur itu tersilap eja nama …

WW ~ Gaya Bertandang Majlis Tak Rasmi

Image
Tak mau overdressed kenn...

~ Nai at Tak Pe Je.


Isnin, Gerimis dan UPSR

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni Junior start cuti 3 hari sempena budak-budak Darjah 6 nak ambik Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR). Mesti mak bapak dah tak lena tidur, bak kata sorang kenalan, parents lagi saspen daripada calon exam. Biasa la tu... Sampai giliran aku nanti baru tau langit tinggi ke rendah. Hari ni boleh la aku relax sebab Junior baru Darjah 5. 

Aku bawak dia ikut pergi ofis hari ni, siapkan homework BM yang belum habis dari malam semalam. Dia ambik alih tempat aku macam biasa, sebab bleh guna PC, sekali harung pinjam blazer hitam spare kat kerusi. Badan cekeding memang takkan tahan duduk dalam bilik air-cond. Masa meeting pun aku biarkan dia duduk kat meja, kebetulan pulak client aku tu jenis lepak dan dah jadi kawan-kawan je pun sekarang. Dia kekal kat kerusi dan meja, aku ambik tempat atas sofa dari awal sampai ke akhir rancangan. Dah siapa lagi nak ambik alih tempat tu besok pun, kan? Balik rumah tadi hujan rintik-rintik mengiringi itik pulang petang. Budak bertuah…

Blue Wave In Phuket, August 2015 (Team Biru Cik Kiyah)

Image
Assalamu'alaikum. Awal tahun aritu MAS ada buat tiket promo ke Phuket, rapat baring punya diskaun. Hasil undian kat firm kecik kami, masing-masing bersetuju nak adakan family trip ke Phuket. Pasangan masing-masing ada gak la kena keluarkan belanja apa yang patut, nak tanggung 200% nan hado boss depa kot...! Beberapa bulan kemudian, tibalah saat keberangkatan yang gemilang itu. Rombongan Cik Kiyah pun bergeraklah ke Phuket bersama-sama, kebanyakan daripada kami memandu secara car pool dari rumah masing-masing dan memarkir kereta di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya Sentral. Tempat parking kereta kat situ ada dua, satu yang berbayar dan satu lagi tak berbayar. Bezanya jalan jauh je sket. Berapa bayarannya aku tak berapa pasti, tak silapnya dalam RM3 sehari. Dari situ kami pakat beli return ticket ke KLIA dan sesiapa yang ada kad Touch N Go lagi senang tak payah beli tiket, cuma pastikan baki kredit mencukupi untuk memboloskan diri ke stesen berikutnya. Tiket sehala adalah RM6 untuk dew…