11 Tahun Nan Ranum, Selamat Hari Jadi Cinta...

Assalamu'alaikum. 9hb September datang lagi, mewarnai hidup kami. Alhamdulillah Junior dah jadi anak teruna yang baik budi pekerti setakat ini, mudah-mudahan berkekalan hendaknya. Ditanya wishlist 3 teratas, katanya Juara Impian adalah sebuah PC, kedua selepasnya nak ganti senapang Nurf yang rosak bulan lepas. Sebab sayangkan dia, kami tak beli PC, kami explain bebaik tak nak bagi dia makin hanyut dengan dunia gaming dan internet lebih daripada keadaan yang memang tersedia gawat. Cukup dulu dengan segala bagai gadgets yang melingkungi hidupnya. Biarlah orang rasa hairan, tapi memang dia tak pernah dapat PC sejak dulu hingga kini. Anak yang baik, dia boleh terima dan tetap happy masa pergi beli Nurf tengahari tadi. Makan pun ikut apa yang dia pilih, Nasi Arab di Sri Petaling. Minuman sudah pastilah Watermelon Juice, kalau tak bukan Junior namanya.


Kek hari ni dia jugak yang pilih, aku tuliskan apa yang nak diletakkan atas kek tapi budak Secret Recipe yang blur itu tersilap eja nama dia tapi takpe la, kecik punya hal. Chocolate Indulgence yang menjadi pujaan banyak orang, termasuklah mak aku petang tadi teramatlah laku dan dinikmati tamu cilik sepantas kilat. Terkejut kejap aku, biasanya budak-budak kat taman ni tak heran sangat dekat kek. Tak kena kek rupanya sebelum ni. Masa pergi jenguk Secret Recipe kat Wangsa Walk tadi sempat jugak Junior mintak beli DVD anime baru, cuma kali ni mahal lebih daripada biasa sebab dia ambik yang complete series. Ok la kan, namapun Birthday Boy, bukannya selalu.


Belon-belon tu Junior yang tiup dan ikat sendiri, seronok dia dapat agih-agihkan kat kawan-kawan lepas majlis tadi. Simple je kami buat, ada kek dan air sirap dengan nasi kukus yang kawan aku hantar dari Subang Jaya. Takde menda lain dah selain daripada tu, percaya tak? Hehehhe. Aku nak suruh budak-budak ni belajar makan ringkas, sesuai dengan kejatuhan Ringgit yang amat parah sekarang ni. 


Ada yang rembat dua bungkus, jangan tak tau! Junior siap sambung makan lagi lepas mengaji malam tadi, dua bungkus jugak la untuk dia. Seronok bila apa yang disediakan walaupun ringkas, mendapat sambutan yang hangat daripada target group.


Meriah apa adanya, Alhamdulillah. Lepas ni dah tau nak budget berapa bungkus nasi, kalau nak buat jamuan nasi bungkus lagi la kekdahnya. Hehhehe. Sungguh tak kreatif. Ni anak-anak dara yang makin tau erti tersenyum simpul kat bawah ni, tak lama lagi jadi mengancam sanubari ni... Manis!


Oh, sempatlah kami bergambar sebelum tauke nasi kukus pergi Chow Kit beli daun pisang. Nampak bekas biru yang aku pegang tu? Haa.. Itu adalah alasan untuk kami berjumpa lagi dalam waktu terdekat ni. Hehehhe. Kan dia kena pulangkan bekas tu berbalas pantun? Begitu... 


Selamat sudah sambutan Majlis Hari Jadi untuk Junior tahun ni. Berbaloi-baloi dia pilih kek sendiri, pergi naik basikal jemput sendiri kawan-kawan, tiup belon sendiri bagai, kebahagiaan yang dikongsi dan diperolehi adalah sungguh ohsem dan mengharukan. Alhamdulillah. Dah besar anak mummy, tahun depan dah nak ambik UPSR kot! 

Tu je la cerita kali ni, terima kasih sudi baca sampai habis. Jaga diri hiasi peribadi, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.








Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan