Jauh Di Sudut Hati

Hidup memang penuh dengan dugaan. Kadang-kadang datangnya bertimpa-timpa, rasa macam tak mampu nak tanggung. Dah tu nak buat apa? Kena jugak tanggung, betul tak? Kita kan ada Tuhan, cari bantuan Dia mula-mula sekali, bukan akhir sekali. Kita pulak terbalik, dah habis cari manusia dan benda hidup kat dunia ni duk mintak bantuan, dah takde jalan lain baru nak ingat kat Tuhan. Dah kenapa? Sebab kita ni manusia, memang dijadikan dengan sifat pelupa. Padahal hati kita selalu rindu akan penciptanya. Makin jauh kita lari, makin tak keruan jadinya. Makin banyak kita isi hati dengan selain penciptanya, makin sarat penderitaan yang dirasa. Maka kita akan makin jauh dan menjauh dari landasan utama. Kita sesat dalam terang. Kita bungkam dalam kelam. Pejamkan mata seketika. Menangislah semahunya. Meraung jika perlu. Kemudian, jujurlah sekali dengan hati. Kembalilah kepada Tuhan yang sangat-sangat dirinduinya. Tak ada istilah terlambat bagi Tuhan. Dia selalu lembut dengan kita, selalu dekat dengan kita. Kita je tak sedar, tak tau dan tak mau ambik tau. Manusia makin dimintak makin menjauh tapi Tuhan makin dimintak makin mendekat dengan kita. 


Kita banyak berdosa dan malu nak kembali kepada-Nya, oh betapa kita tak tau apa yang kita dah salah! Itu sifat kita, pendendam dan suka menghukum. Tuhan sifatnya Pemurah, Pengampun, Penyayang dan Pengasihani. Dah la tu buruk sangka pada Tuhan, tolong fikir bagi pihak Tuhan. Bukan kerja kita semua tu. Kita cuma perlu jujur pada hati dan kembali kepada fitrah. Berserah bulat-bulat kepada Allah. Kita datang dari mana kalau bukan dari Allah dan kembali ke mana kalau bukan kepada-Nya? Sampai bila nak berbohong pada hati sendiri? Hidup bukan menongkat langit. Sudah-sudahlah tu, carilah damai di hati. Maaf dipinta dan diberi. Ketenangan pasti akan dimiliki.

Hakikatnya, kita semua sama. Jalan yang kita pilih je berbeza. Nak menyombong pun tak guna, percuma je. Jom, kita sama-sama cuba berubah kepada kebaikan. Buruk betul bergaduh lama-lama. Bergaduh sorang-sorang apatah lagi, buang masa dan tenaga je. Baik kita jumpa kat dunia selesaikan apa yang patut. Esok tak payah susah-susah carik kat Padang Mahsyar nak betulkan apa yang salah, kan dah menambahkan azab masing-masing? 

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Orang Malaya di Osaka : Kansai Trip

Teaser : Jejak Kansai Junior

Jubah Hitam dan Tudung Bawal Satin