Blue Wave In Phuket, August 2015 (Team Biru Cik Kiyah)

Assalamu'alaikum. Awal tahun aritu MAS ada buat tiket promo ke Phuket, rapat baring punya diskaun. Hasil undian kat firm kecik kami, masing-masing bersetuju nak adakan family trip ke Phuket. Pasangan masing-masing ada gak la kena keluarkan belanja apa yang patut, nak tanggung 200% nan hado boss depa kot...! Beberapa bulan kemudian, tibalah saat keberangkatan yang gemilang itu. Rombongan Cik Kiyah pun bergeraklah ke Phuket bersama-sama, kebanyakan daripada kami memandu secara car pool dari rumah masing-masing dan memarkir kereta di Stesen ERL Putrajaya/Cyberjaya Sentral. Tempat parking kereta kat situ ada dua, satu yang berbayar dan satu lagi tak berbayar. Bezanya jalan jauh je sket. Berapa bayarannya aku tak berapa pasti, tak silapnya dalam RM3 sehari. Dari situ kami pakat beli return ticket ke KLIA dan sesiapa yang ada kad Touch N Go lagi senang tak payah beli tiket, cuma pastikan baki kredit mencukupi untuk memboloskan diri ke stesen berikutnya. Tiket sehala adalah RM6 untuk dewasa dan RM3 untuk kanak-kanak di bawah 12 tahun. Baby tak kena pun, FOC sahaja. 


Flight kami petang kat KLIA berlepas ikut jadual dan tiba kat Phuket pun sama jugak, ikut jadual. Alhamdulillah. Selesai pemeriksaan imegresen dan angkut bagasi segala, bergerombolan la kami naik dua van yang dah menanti seperti dijanji. Jauh jugak nak sampai ke daerah Patong dari airport, jalan pun boleh tahan sesak nak masuk bandar. Sebelum check in hotel, kami singgah makan kat Restoran Kusuma, cawangan baru bukak dekat bebenor dengan hotel yang kami duduk. HQ nya ada kat Pantai Patong, deretan gerai makan yang korang nampak paling banyak orang Malaya bertudung bawal, Ariani, Fareeda segala bagai itulah Gerai Kusuma. Halal 100%. Makan kat situ boleh lah, semua pun takde nak merungut janji kenyang. Siap order nasi goreng untuk breakfast keesokan harinya, mintak hantar ke hotel. 


Hari pertama yang indah, dah selesai makan nasi goreng kami tunggu van datang ambik nak gi Island Cruising, pakej halal jugak pastinya: yang siap ada makan-minum atas bot. Phuket yang dalam ingatan aku jauh lebih cantik sebab kali ni musim kemarau dan cuaca teruk berjerebu. Terkilan sikit rasa jauh di sudut hati tapi takpe la, bagi yang pertama kali pergi tetap takkan terasa apa-apa perbezaan. 


Kehijauan airnya pasti menggamit korang untuk ulang mengunjungi...


Anak aku dah makin berani macam Daddy dia, baguslah tak penakut macam aku. Selamba badak je terjun dan buat katil sendiri dalam laut. Eiii.. Aku tengok gambar pun ngeri! Athiyya terkelip-kelip dari atas bot tengok Abang dia terapung penuh yakin. 


Aku rasa budak-budak zaman sekarang terlebih dos berani mati. Tengoklah budak tecik sorang tu, siap nak berendam dalam air sepanjang waktu kayak bergerak. 


Itu bukan mangsa banjir, ya kawan-kawan! 


Ni sebelum dia turun berendam. Tidur dulu kumpul tenaga.


Anak sedara aku pun tidur jugak, penat berlari dalam bot. 


Mak tersengih je sepanjang masa, Alhamdulillah.. Berbaloi-baloi dia rehat tak pergi ke mana lepas raya semata-mata nak kumpul tenaga bercuti kat Phuket. 


Eh, penat la nak cerita dah. Tengok gambar je la, meh! Buat je dialog sendiri kalau rajin. 


Jenuh jugak bergambar kat James Bond Island. Tak berapa clear sebab kan bagitau tadi cuaca berjerebu.. 


Daripada bersesak dan berpanas kat depan landmark James Bond Island tu, baik kita bergambar kat tempat teduh pulak. Hurmm... Aku memang selalu dengan bam bam Athiyya pun, sehati sejiwa la katakan..


Mak yang bahagia dengan cucu perempuan sulungnya... Ada iras, kan?


Sesungguhnya kali ni aku tak banyak gambar selfie ataupun solo. Yang pasti, abang kayak ni nampak familiar. Tak silapnya tiga tahun lepas dia jugak yang bawak kami bertiga naik kayak. 


Daripada 3 kali aktiviti berkayak kali ni, aku turun sekali je. Badan tak berapa selesa, seram sejuk dan penat sangat-sangat. Selebihnya, duk melayan anak sedara atas bot dan borak dengan mak. Junior macam biasa ada Daddy dia nak jadi pengiring. Dua-dua pun ulat air. Shot ni aku ambik dengan kamera henfon je, tapi aku bangga sebab pada pandangan aku nampak lawa gila. Hehehhe.


Kat bawah ni pulak gambar bibik kat Hutan Paya Bakau, dengan suasana yang jauh betul berbeza sebab dah jadi kawasan berpasir. Kami masuk ke situ menyusuri gua yang gelap gelita dengan diketuai abang-abang sado yang bawak kayak, menyuluhi perjalanan dengan lampu suluh. Memang adventurous habis la kan, kena hati-hati kepala kena tunduk bila disuruh tunduk, karang terhantuk batu-batan gua yang tajam kat atas. Dah elok-elok jalan becak ala-ala lepas hujan tetiba ada tempat air dalam ke paras paha/pinggang tengok ketinggian masing-masing la kan. Masa tu la nak menguji tahap kepercayaan kita kat pasangan masing-masing sebenarnya, korang. Sebab kalau kita tak yakin dia boleh jaga kita, jenuh meroyan sengsorang tetiba gi pegang abang kayak pulak haaa... Haru, weh! Dan yang paling penting, sila jangan jadi terlampau paranoid dan terlebih kreatif ataupun imaginatif duk pikir bukan-bukan style jalan cerita seram pulak dalam gua tu! Aku pesan je, sebab ye la tempat-tempat gitu memang tak lembut kan namanya pun gua. Keras. Celupar tahap mana pun mulut kat luar, masuk dalam sila bersopan santun terus jadi bisu pun takpe kenn? 


Tempat yang sama, Hutan Paya Bakau tiga tahun lepas semasa bukan musim kemarau dipenuhi air. Nak masuk ke situ kami melalui gua yang sama, cuma dengan menaiki kayak. Sampai kawasan-kawasan yang dekat dengan batu-batan yang terjang dan tajam, kami kena pakat baring atas kayak. Kira ok la, dapat merasa dua pengalaman berbeza kat situ kan? 


Ikutkan banyak lagi gambar dan cerita nak dikongsi tapi melampau dah panjangnya entry kali ni. Ambik masa lebih dua hari nak siap, sebab aku masih tak berapa sihat dan terlebih Vitamin Malas. 

Ok la, terima kasih banyak sudi baca sampai habis. Kagum aku kalau korang berjaya baca semua tanpa skip dan scroll down tengok gambo je. Jaga diri hiasi peribadi dan sampai jumpa, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.




































Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan