Nuffnangx

Tuesday, 15 September 2015

Mulakan Hari Dengan Membuat Pilihan

Assalamu'alaikum. Pagi-pagi bangun tidur, kita dah ada pilihan nak kena buat, sedar dengan tak sedar je. Tak kisahlah pukul berapa pun kita bangun, tapi pilihan tu tetap kena buat. Apa dia pilihannya, korang mesti tanya. Jawapannya senang je, Kopilih aku ataupun dia. Hehehe. Acah je.

Pilihan yang kita kena buat mula-mula sekali bila bangun tidur adalah macamana nak mulakan hari: Nak mulakan dengan aura positif ke aura negatif? Contoh, kita penat sangat-sangat nak bukak mata pun tak larat sebenarnya, apatah lagi nak senyum gumbira bagai. Kita tak perasan betapa riak muka kita dah kelat semacam, jadi try selfie sekali satu round. Saksikanlah sendiri gambaran apakah yang kita akan bagi kat orang sebentar nanti.


Gambar atas tu senyum dengan tak senyum sama banyak aje. Tapi gambar kat bawah ni langsung tak senyum. Bezanya langit dengan bumi kot... Senyum sikit dengan kelat terus bukan ke 360 degree dia punya swing, kan? Kita pilih la nak keluar rumah guna ekspresi yang mana. Kesannya kepada keseluruhan hari sudah pasti akan berbeza sejauh langit dengan bumi jugak. Tak caya, try la buat. Hari ni buat yang senyum sikit, esok buat yang kelat terus. Lepas tu, buatlah perbandingan sendiri.


Aku selalu percaya bahawa hidup ini sudah cukup banyak penderitaan untuk kita tambahkan lagi dengan permulaan hari yang buruk. Kita mungkin tak menderita, ya Alhamdulillah.. Tapi orang lain belum tentu bahagia. Kalau hidup kita tak best, janganlah khianat sangat nak bagi orang lain rasa makin tak best dengan hidup depa. Jadi kalaulah kita boleh sedekahkan senyuman kat orang dan dalam tak sedar ringankan rasa kesusahan depa, apa salahnya. Bukan susah pun. Free je kan?

Jadi, pilihlah untuk mulakan hari dengan senyuman walaupun hati sepahit teh herba manjakani. Mulakannya dari rumah. Sapalah pasangan kita dengan senyuman, iringilah pemergiannya ke tempat kerja dengan aura positif yang terbias dari senyuman tadi. Jangan sampai terpahat di ingatannya adalah muka kelat kita, buruk padahnya untuk hubungan jangka masa panjang. Dah pulak kalau macam tu pesennya hari-hari, darablah dengan 10 tahun perkahwinan. Masak...! 

Begitulah. Anda mampu mengubahnya. 

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment