Nuffnangx

Saturday, 12 September 2015

Susunatur Handbag: Edisi Oroton Rambu-Ramba

Assalamu'alaikum. Organisation freak? Obsessive Compulsive Disorder (OCD)? Bukan sebenarnya, itu adalah pilihan hidup kita, at least pada pendapat aku la. Sesetengah orang rasa pilihan macam tu menyusahkan, tapi bagi aku tidak. Macam aku selalu kata, kita semua sama cuma pilihan kita mungkin berbeza. Kajian kes: Cara Menyusun Atur Barang-Barang Dalam Handbag. Kali ni, aku guna Sling Bag Oroton yang berambu ramba, dah lama aku kelek ke hulu ke hilir dan berjasa kepadaku sampai sekarang. Meh kita jenguk apa ke menda mak nenek aku letak kat dalam. Benda-benda yang memang wajib ada kat dalam handbag masa pergi kerja, of course. Tukar la handbag mana pun, mak nenek ni semua kena ada. Wajib dengung hukumnya. 


Nak mengelakkan daripada berterabur dan demi memastikan keselamatan tahap paling menyamankan akal, maka aku guna organiser dan DIY taruk extension sana sini. Paku sana paku sini, janji aku rasa selamat dan dah minimum kan risiko kehilangan akibat manusia panjang tangan. Sejadah tu tak bleh la nak dipaku, maka ia tenang dan damai je tanpa ikatan. Payung pun sama, aku tak ikat. Lagi satu yang tak diikat adalah bekas spek hitam. Itu yang aku simpan dalam organiser berzip. Purse pun dalam tempat yang sama jugak tapi tetap diikat. 


Kemudian aku susun je la kesemua benda tu kat dalam handbag, biar kemas dan teratur. Takde susah pun, sistem bila dah elok kita tinggal ikut dan selia je. Ada orang yang aku sayang pernah cakap, sistem ni ibarat rutin. Teratur dan perlu dikemaskini. Tak kisahlah masa tu dia tengah cakap pasal sistem lain, yang penting sifirnya tetap sama. Aku nampak kesinambungannya dengan cara aku approach sistem susun atur barang, dalam konteks ni: dalam handbag. 


Tu amenda pulak yang kaler purple tu, korang mungkin tanya. Kalau perasan la, kan...


Haa... Itu adalah purse yang aku letak kesemua kad ahli yang tak selalu diguna pakai tapi berguna bila nak dipakai. Contoh, "Akak ada Member Card tak?", tanya cashier kat MPH masa nak bayar buku komik Junior. "Ada, tapi tak bawak." Memang best sangat perasaan setiapkali senario itu terjadi. Ha'ah, Member Card memang direkacipta untuk ditinggalkan kat rumah. Begitu...



Sediakan payung sebelum hujan la sangat kan? Memang betul, payung memang dah selalu sangat disediakan sebelum hujan cuma bila hujan turun payung takde di kawasan yang boleh dikesan oleh radar. Sama je konsepnya dengan Member Card itu tadi. Jadi, apa pelan dan tindakan kita? Takde apa-apa pun. Tak Pe Je. Tapi bagi aku, tak boleh. Aku tak nak macam tu. Tinggal lagi, itu pilihan aku. Maka akulah yang kena selia. Susah dulu takpe, biar senang kemudian.


Dah tutup pintu, semua nampak kemas. Tadi masa bongkar, berselirat dawai sini sana. Tapi dawai tu semua ada fungsi dan faedah yang tersendiri, diselia dan ditadbir dengan rapi. Kita yang buat dia, bukan dia yang buat kita. 


Anda mampu mengubahnya. 

~ Nai at Tak Pe Je.



No comments:

Post a Comment