Posts

Showing posts from November, 2016

WW ~ Awesome Japanese Green Tea

Image
🍵 ✅ 👍🏼 ~ Nai @ Tak Pe Je.

Permulaan Minggu Baru

Image
Assalamu'alaikum. Malam tadi aku terlelap lepas Maghrib, bangun-bangun tengok jam dah pukul 10.30 malam, maka meranalah mata nak bagi pejam sampai ke pukul 2.30 pagi. Berapa kali entah alarm Subuh aku berkokok, dan berapa kali jugak pakwe kejutkan, jenuh aku berjihad nak mengheret kaki masuk tandas, ambik wudhu' segala bagai. Aku berangan jugak nak sambung tidur semula dan bangun pukul 7.30, tapi itu semua janji dan harapan palsu semata-mata, sudahlah Nai! Disebabkan sangat mengenali diri dan kemampuan sendiri, maka aku tak berani nak ambik risiko itu, cepat-cepat aku lempang muka secara sopan dan bangun mandi. Elok je pukul 8.15 pagi aku pergi jenguk anak bujang, mentally prepared yang dia masih berselimut macam ulat gonggok, jadi aku takde la mengguruhkan suara kat dia, cukup buat gempak sikit-sikit je. Lagipun aku tau, malam tadi dia pun tertidur lepas Maghrib, macam berpakat pulak dengan aku.  Apa nak buat, lambatlah kami pagi ni sampai ke destinasi, dah kena singgah i

Burberry Prints

Image
Assalamu'alaikum. Guess what? I'm writing this post with the sound of raindrops and thunder in the background ( HERE ), how absurd is that? And true to its description, I somehow found it magical, the sound does make me half asleep in no time at all. I've been fighting not to fall asleep since this evening, and you should know by now that I'm not really into daytime sleep, for the fear of a sleepless night. I think that it's finally the time to stop fighting, now that it's passed 11 o'clock at night. Anyways, I still want to finish this entry before putting it up for 'publication' after midnight, in a scheduled 'release', to say the least. And yeah, it's in English this time, I just realized it at the end of the first paragraph, not that it matters anyways. Oh, my! The rain has taken its toll that effectively, really. It feels as if I'm sleeping in a tent at a camping site nearby a beach or a river. I should have listened to

Ada Apa Dengan UPSR?

Image
Assalamu'alaikum. Sebenarnya entry ni nak cerita pasal konvo Masters adik aku, si Apih. Kebetulan pulak minggu konvo tu result UPSR baru keluar, seluruh Malaya dilanda gempa dan tsunami kejatuhan pencapaian anak-anak terkasih, disebabkan gred permarkahan yang dinaikkan dua minggu sebelum exam bermula (dan pelajar Darjah 6 jadi bahan ujikaji silibus baru, KBAT ke apa mak neneknya lagi). Ok, ada banyak isu kat sini yang aku nak ulas, tapi lebih baik aku buat satu entry khas tentang topik ni, tak sesuai pulak dengan gambar-gambar kami sekeluarga yang tersengih macam kerang  busuk dari awal sampai akhir. Cuma satu yang aku kena tekankan, iaitu 3 orang adik aku takde UPSR pun sebab dorang ikut arwah ayah sambung belajar kat UK dari Masters sampai PHd, balik Malaysia dorang terus masuk sekolah menengah: Mi masuk Form 4, Apih Form 2 dan Ida Form 1. Adik masa tu umur 5 tahun, jadi dia tak termasuk dalam perbincangan ni. Memang dorang kena lalui saat-saat yang sangat getir dalam me

Interval Weekday - Weekend

Image
Assalamu'alaikum. Semalam adalah hari Juma'at yang produktif lagi mendamaikan, alhamdulillah. Lepas hantar anak ke sekolah, aku pelan-pelan selesaikan segala bagai tugas yang bersusun tangga menunggu sentuhan tuannya. Ada sorang client tu janji nak jumpa jam 9 pagi untuk ambik Sijil Lahir asal anak angkatnya, tapi aku dah kenal sangat perangai dia, paling awal dia boleh datang pun mesti dekat-dekat 3 jam dari waktu yang dia sebut. Semalam pun macam tu la jugak kekdahnya, jam 11.45 pagi baru dia terpacak depan pintu pagar. Jenis manusia macam tu, tak guna kita marah, lebih baik kita yang ejas masa sendiri dan manfaatkannya dengan kerja-kerja lain sementara menunggu dia betul-betul datang.  Elok je selesai dengan dia, aku makan tengahari dan sambung buat kerja apa yang patut. Memandangkan semalam adalah hari terakhir persekolahan, maka anak bujangku itu perlu dijemput pada jam 2.30 petang. Aku angkut bibik pergi sekali, senang dia memboloskan diri pergi bantu Junior angkat seg

Mutiara Kata Hari Juma'at

Image
Assalamu'alaikum. Lama dah entry ni terperap dalam draft department, jadi ada baiknya aku bebaskannya ke dunia luar, kesian berlama-lama sangat kat situ, tak baik tau! Aku tulis mutiara kata ni sebagai reaksi kepada keadaan-keadaan sekeliling yang aku nampak depan mata, secara langsung mahupun tidak. Dalam suatu perhubungan, kebanyakan masanya, mesti ada salah satu pihak yang suka sangat nak mengubah pasangan masing-masing supaya mengikut acuan yang dikehendaki, bahkan kadangkala sampai ada yang menggunakan paksaan, manipulasi emosi dan kekerasan fizikal. Kenapa harus begitu, cuba soal diri sendiri, kenapa harus begitu? Berubah ke arah kebaikan tak salah, bahkan dituntut agama kita, itu semua orang pun tahu. Tinggal lagi, diri sendiri perlulah menginginkan perkara yang sama seiring dengan peredaran masa. Maksud aku, tak kisahlah kita ni berubah kerana manusia pada awal kejadian, bukan kerana kesedaran dan kemahuan sendiri pun, janji dalam hati yang paling dalam, kita

Dari Kacamata Seorang Pencinta

Image
Assalamu'alaikum. Dah lama sangat aku tak ambik masa menikmati suasana lepas hujan, ada dekat berkurun lamanya; berkurun dalam erti kata yang sebenar, bukan setakat metafora ataupun penguat adjektif semata-mata. Suasana nyaman dan mendamaikan itu seakan-akan terpendam sekian lama dalam taman hati, lebih macam sekali kita pandai kayuh basikal, sampai bila-bila pun kita takkan lupa punya. Haa.. macam tu perumpamaannya perasaan aku terhadap suasana selepas hujan turun.  Hujung minggu lepas, aku dengan tindakan separuh sedar, duduk bersila depan pintu mengadap balkoni bilik, perasaan yang dah lama aku lupakan menerjah-nerjah tangkai hati, membawa aku ke alam persekolahan menengah rendah. Dengan jelas, aku nampak seorang aku yang berusia 15 tahun, lengkap berbaju kurung plain dari kain cotton berwarna biru lembut, bertudung separa labuh warna putih sedang duduk menunggu hujan reda di hadapan kediaman rasmi Menteri Besar Terengganu waktu itu, Dato' Seri Amar Diraja Tan Sri Haji

WW ~ Legit Teh Tarik In KL

Image
Location: Teh Tarik Place, Wangsa Walk.  ~ Nai at Tak Pe Je.

Welcome Aboard, Dear Muhammad!

Image
Assalamu'alaikum. Seminggu sebelum majlis gilang-gemilang Hazieq, kami pakat gi jenguk baby boy Apih & Yana kat Nilai. Yeay... dapat anak sedara baru! Muhammad namanya, cutie pie yang belum nampak ikut muka siapa, yang pasti memang hensem bila besar nanti. Standard la statement berat sebelah seorang Mak Long. Seronok, tau.. anak sedara sulung, perempuan dan anak sedara kedua, lelaki pulak. Orang yang dapat anak sedara ataupun anak sendiri bersusun tangga mungkin tak paham perasaan kami, yang kena tunggu gap bertahun-tahun nak menumpang kasih anak adik-beradik. Apa nak buat, jenis yang sibuk sambung belajar tak bosan-bosan, nikah pun umur 30 ke atas. Aku yang nikah umur 26 ni pulak takde rezeki nak ada ramai anak. Jadi, bukan main teruja lagi bila dapat berita nak menerima anak sedara, everytime, without fail. Kami pergi satu kereta je, berhimpit-himpit la sikit kat belakang tu.. Aku wajib duk depan, kalau tak memang confirm akan mengambil majoriti ruang, atas faktor sa

WW ~ Ke Pasar Kita

Image
#pasartani  ~ Nai at Tak Pe Je

Tamatlah Sudah Episod Sekolah Rendah

Image
Assalamu'alaikum. Hari Ahad baru-baru ni sekolah anak bujang ada buat majlis meraikan para pelajar Tahun 6, yang dinamakan 'Recognition Day'. Bertema 'Glamorous' dan bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur, majlis keraian itu berlangsung gilang-gemilang. Masa dapat surat jemputan hampir 3 minggu sudah, aku dah berat hati nak bagitau dia yang daddy ada program tahunan kat Timur Tengah dan masih belum berada dalam kawasan pada 13hb. November, 2016. Mungkin sebab dah terlampau biasa dengan keadaan yang sebegitu rupa, dia takde nampak frust pun bila dapat tau. "Pergi dengan mummy je, okay, baby?" pujuk Daddy, dia angguk cuma. Aku tak sanggup nak tengok, tapi kena jugak tunjuk muka selamba lagi bersahaja. Selang beberapa hari kemudian, cikgu kelas dia whatsapp nak double confirm berapa orang ahli keluarga nak datang, sebab Junior tulis 2 orang dewasa, sedangkan bayaran untuk seorang je. Aku telan air liur, paham benar anak aku nak sur

Dream BIG, darling!

Image
Assalamu'alaikum. I've always been a dreamer and obviously not the only one, just like Lennon said. And when I dream, I dream BIG! Bagi sesetengah orang mimpi tak lebih daripada angan-angan, impian kosong yang tak perlu diambil berat. Bagi aku, mimpi adalah harapan yang membangkitkan semangat untuk terus berjuang dalam sebuah kehidupan. Tanpa mimpi dan harapan untuk menikmati cahaya indah di hujung terowong, mungkin aku sudah lama mati. Aku pernah hidup dengan menyambut setiap pagi, menarik nafas panjang-panjang dan bersyukur kepada Tuhan kerana masih meminjamkan aku jasad dan nikmat untuk bernafas di bumi-Nya. Setiap hari, bertahun-tahun lamanya aku begitu; melewati hari-hari seperti tiada esok yang menanti. Aku punya banyak harapan kerana mimpi-mimpi yang berentak tari di hadapan mataku kala terjaga, dan kerana kebiasaannya mimpi tiada dalam lenaku. Seorang Dekan Fakulti Undang-Undang sempat bertanya, apa yang menyebabkan aku begitu kental? Jawabku, aku punya banyak se