Nuffnangx

Saturday, 26 November 2016

Interval Weekday - Weekend

Assalamu'alaikum. Semalam adalah hari Juma'at yang produktif lagi mendamaikan, alhamdulillah. Lepas hantar anak ke sekolah, aku pelan-pelan selesaikan segala bagai tugas yang bersusun tangga menunggu sentuhan tuannya. Ada sorang client tu janji nak jumpa jam 9 pagi untuk ambik Sijil Lahir asal anak angkatnya, tapi aku dah kenal sangat perangai dia, paling awal dia boleh datang pun mesti dekat-dekat 3 jam dari waktu yang dia sebut. Semalam pun macam tu la jugak kekdahnya, jam 11.45 pagi baru dia terpacak depan pintu pagar. Jenis manusia macam tu, tak guna kita marah, lebih baik kita yang ejas masa sendiri dan manfaatkannya dengan kerja-kerja lain sementara menunggu dia betul-betul datang. 
Elok je selesai dengan dia, aku makan tengahari dan sambung buat kerja apa yang patut. Memandangkan semalam adalah hari terakhir persekolahan, maka anak bujangku itu perlu dijemput pada jam 2.30 petang. Aku angkut bibik pergi sekali, senang dia memboloskan diri pergi bantu Junior angkat segala bagai buku dari loker sementara aku bersiput sedut dalam kereta, bumper to bumper hingga ke pagar sekolah.


Aku ambik masa rehat kejap sambil membalas email dan wassap ataupun telegram clients dan kawan-kawan. Ikutkan badan nan lesu akibat period, nak jugak aku baring tapi tak boleh, nanti lemau badan kot-kot la terlelap pulak. Lemau badan satu hal, yang lagi dahsyat kalau tertidur siang hari ni, jenuh nak sentri malam-malam hari sampai jam 2, 3 pagi mata masih segar-bugar. Eh, naya tu!


Jam 8.30 malam aku ada 1 appointment kat Aeon Mall Setiawangsa, jadi aku ada masa nak berlibur seketika. Kan aku tak nak tidur, maka aku pergi beli tiket wayang tayangan jam 5.30 petang, cerita Dear Zindagi, gandingan pertama Shah Rukh Khan dan Alia Bhatt. Sejak teaser dan trailer cerita tu keluar, aku nampak kelainan yang amat sangat, something fresh & tempting, maka sesuailah dengan hari pertama tayangannya 25/11/2016 dan masa lapang yang aku ada, aku memanjakan diri dengan menonton wayang. Rasa macam bukan tengok cerita Hindi langsung, memang lain daripada yang lain. Watak SRK pun sangat berbeza daripada filem-filemnya sebelum ni, walaupun sebagai pakar psikologi, Dr. Jehangir Khan masih tersangat handsome dan mempesona. Alia Bhatt pulak perghh... pandainya berlakon, jenuh la meletup-letup budak umur 23 tahun tu..! Anyways, sedang elok cerita tu habis dalam 8.15 malam lebih kurang, aku keluar dari panggung menuju ke Starbucks, tempat appointment yang dijanjikan. 




Pagi ni aku bangun tidur, basuh muka dan gosok gigi, turun minum jamu dan jus delima fresh, pakai shawl hitam semalam punya, heret bibik pergi pasar tani kat depan Aeon Mall Setiawangsa. Kalau minggu-minggu sebelum ni turun lepas solat subuh, dah mem period, maka lambat ler sampai ke pasar, jam 9.30 pagi gitu. Daging dah banyak yang habis, tapi memang niat nak beli daging cincang je pun, selebihnya beli ayam, ikan dan sotong. Cukuplah buat stok dua minggu kat rumah aku ni, beli banyak-banyak sangat karang masalah storage pulak. Hari ni menu kampung habis, ikan tongkol singgang, ikan sardin goreng dan salad. Itu je, kejap lagi makan macam tak cukup pinggan ler... bertambah-tambah! Habis macamana perut tak membesar bagai juara joran? Heheh. Nak pulak, cicah dengan budu, pergh...! Ish, ok lah aku gi mandi dulu sebelum makan. Terima kasih la sudi melayan pot-pet aku sampai habis. Selamat berhujung minggu! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.






No comments:

Post a Comment