Welcome Aboard, Dear Muhammad!

Assalamu'alaikum. Seminggu sebelum majlis gilang-gemilang Hazieq, kami pakat gi jenguk baby boy Apih & Yana kat Nilai. Yeay... dapat anak sedara baru! Muhammad namanya, cutie pie yang belum nampak ikut muka siapa, yang pasti memang hensem bila besar nanti. Standard la statement berat sebelah seorang Mak Long. Seronok, tau.. anak sedara sulung, perempuan dan anak sedara kedua, lelaki pulak. Orang yang dapat anak sedara ataupun anak sendiri bersusun tangga mungkin tak paham perasaan kami, yang kena tunggu gap bertahun-tahun nak menumpang kasih anak adik-beradik. Apa nak buat, jenis yang sibuk sambung belajar tak bosan-bosan, nikah pun umur 30 ke atas. Aku yang nikah umur 26 ni pulak takde rezeki nak ada ramai anak. Jadi, bukan main teruja lagi bila dapat berita nak menerima anak sedara, everytime, without fail.


Kami pergi satu kereta je, berhimpit-himpit la sikit kat belakang tu.. Aku wajib duk depan, kalau tak memang confirm akan mengambil majoriti ruang, atas faktor saiz badan.  Yang halus yang kudus, sila duk belakang. Masa-masa macam ni la aku selalu teringin nak ada semula MPV, jual siapa suruh? Tapi takpe la, kita 'make-do' apa yang ada, Athiyya duk atas riba aku kat depan lepas isi minyak kat Caltex Setiawangsa, Hazieq boleh la muat tak payah duduk atas riba Ida. Lagipun, sekali-sekala kena la Hazieq belajar bersesak sikit naik kereta, bukan lepas bebas belunjur kuak lentang segala sorang-sorang. 


Athiyya dah terbiasa dapat perhatian maximum sebagai baby, menggelabah betul dia bila keluar Muhammad, takut hilang kasih-sayang mak ayah, nenek, Mak Long, Ayah Long, abang, Pak Teh, Mak Teh, Tia dan Pak Su. Jenuh aku duk panggil dia baby terlebih dos daripada biasa, peluk cium segala, kasi dia tau dia tetap baby girl Mak Long. Nasib baik yang keluar tu bukan perempuan, kalau tak, aku tak tau la macamana nak deal dengan perasaan nan rapuh seorang makhluk Allah yang berumur 2 tahun 7 bulan. 


Tiga orang sepupu dalam satu gambar, inilah penyambung warisan kami. Hazieq jauh berbeza jurang umur dengan adik-adik sepupunya, tapi bila masing-masing dah besar esok, semua tu tak jadi penghalang langsung. Athiyya pun akan makin paham dan suka nak dapat adik sendiri nanti, tak sibuk dah nak mintak kakak. Sama je pesen macam Hazieq, duk sibuk mintak abang, tak nak adik, sampailah umur dia 7 tahun ke atas.  


Lepas ni mudah-mudahan giliran Ida pulak bertemu jodoh dan menimang cahayamata, Insya Allah. Aku dah berhenti berharap, rasanya tak sanggup dah nak menghadapi kemungkinan gugur lagi buat kali ke-5, umur pun dah 4 series. Tapi ye la kan, perancangan Allah ni kita tak tau. Rahsia Allah semua tu... kita tinggal berikhtiar dan berdoa. Apa pun yang berlaku, pasti ada hikmahnya. Selalulah berbaik sangka dan bersyukur atas rahmat dan nikmat yang diberikan.


Untuk Yana & Apih, tahniah dapat baby Muhammad. Terima kasih kerana menggembirakan kami dengan kehadiran baby boy untuk memeriahkan lagi keluarga. Selamat menjadi ibu dan bapa yang baik kepada Muhammad dan adik-adiknya nanti, Insya Allah.


Dan kepada Muhammad, Welcome Aboard This Cruise of Life. Semoga menjadi anak yang soleh dan berbakti kepada orang tua, keluarga, agama, nusa dan bangsa. Mak Long tak sabar nak memanjakan awak bersama-sama Abang Hazieq dan Kakak Athiyya. Semoga awak suka tengok bola macam ayah awak, so boleh la kita gaduh nak sokong Arsenal ke Manchester United. 


~ Nai at Tak Pe Je.





Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan