Nuffnangx

Monday, 7 November 2016

Pre-Convo Photoshoot

Assalamu'alaikum. Musim konvo sudah datang, sana-sini orang update gambar, happiness is in the air. Family pun turut bergumbira, sudah pasti. Kami pun macam tu jugak, sama-sama bersenang hati dengan tamatnya ijazah pertama adik bongsu tersayang. 


Adik budak yang sangat komited dan rajin sepanjang 4 tahun kuliahnya, budak skema la pendek cerita. Jauh langit dengan bumi la dengan kakak sulung dia ni, yang memang kaki pecah peraturan. Kami adik-beradik sayang gila kat dia, apple of the eyes abang-abang dan kakak-kakak. Bangga dan kagum dengan semangat, komitmen dan kecekalan hatinya, walaupun ayah pergi sebelum sempat dia ambik SPM. Kalau aku agaknya mungkin boleh ke laut results dengan kesedihan hati maha hebat, tapi dia siap boleh kutip segala kekuatan di dunia dan buktikan kasih-sayangnya terhadap ayah dengan bagi straight A's. Macam tu lah kekdahnya adik sampai la sekarang, jiwa kental seorang academician luar dan dalam.

Kami buat pre-convo photoshoot ni tak cukup korum... Apih terpaksa kensel nak join sebab Yana dah sakit nak bersalin, dan cik abang aku ada seminar kat Johor. Takpe la, mana-mana yang ada je la kami rakamkan kenangan riang-ria dalam studio, dah semangat bebenor adik pakai jubah bagai. Malam tu anak Apih & Yana selamat dilahirkan ke dunia, what a cutiepie he is! Dah tu, mak pulak demam dan batuk beriya. Macam-macam la weh drama kehidupan yang tak pernah berakhir. 

Anyways, petang ni mudah-mudahan segala urusan akan menyebelahi adik dan kami sekeluarga, Ameen. Kepada semua yang terlibat dengan majlis graduasi, Selamat Berbahagia dan Tahniah! Terima kasih sudi baca coretanku di jurnal picisan ini. Take care & Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


No comments:

Post a Comment