Posts

Showing posts from September, 2017

WW ~ Dressing Up & Down With Baju Kurung

Image
Your #teambajukurung  ~ Nai at Tak Pe Je.

Bak Angin Pantai Mengelus Pipi

Image
Assalamu'alaikum. Aku jenis tidur takde nak dengar muzik ke apa, memang suka suasana sunyi. Dulu masa muda-muda lainlah, mesti ada lagu dan irama menemani sebelum lelapkan mata. Tapi sejak dua tiga menjak ni, aku duk kemaruk dengar beberapa lagu daripada Original Soundtrack drama Goblin: The Lonely and Great God. Dalam pada banyak sangat perkara berlegar-legar dalam kotak fikiran aku ni, entah macamana boleh rasa tenang lain macam bila dengar lagu2 romantik dan penuh syahdu, especially 'And I'm Here'.. mungkin sebab lagu tu dalam Bahasa Inggeris, jadi takde filter langsung, terus menusuk ke jantung dan menyelinap ke seluruh urat saraf. Baru je aku perasan menda ni, sebenarnya. Ada satu hari tu aku stress gila dengan satu kes jual-beli tanah klien kat Melaka, banyak sangat onak dan duri nak sampai ke proses pecah sempadan, pembeli duk tukar lawyer tengah2 jalan, lawyer baru kerek lain macam, mak klien aku sakit tenat perlukan duit cepat, pembeli pegi buat haji,

WW ~ Papan Tanda

Image
My new upcoming portfolio: Commissioner for Oaths. ~ Nai at Tak Pe Je.

Green, Sad Eyes, Long Hair and I

Image
Assalamu'alaikum. I'm a green person, so I love everything green, to say the least. Baju, hijab, aksesori, stationary, pendek kata semuanya hijau la senang cerita. Mata dan hati ni cepat je tertarik pada warna hijau, terasa begitu damai lagi mendamaikan. Gambar kat bawah ni menggambarkan apa yang selalu membuatkan aku tertarik: shawl, tunic, permata berwarna hijau, dan lelaki yang bermata syahdu dan berambut panjang. Apa entah yang merasuk hati ni, cepat sangat terkesan dengan kombinasi lelaki bermata syahdu dan berambut panjang.  Bila tengok drama Korea, Goblin: The Lonely and Great God, Kim Shin (Gong Yoo) sangat menepati dua kriteria fizikal yang membuatkan aku disampuk angau. Speechless beberapa ketika masa mula2 tengok cerita tu, dah la watak dan perwatakannya menepati citarasa, cukup perisa segala. Tapi tak nak la cerita pasal Goblin banyak-banyak, dikhuatiri tak lena tidur pulak, kenn? Meh kita tengok kombinasi hijab, tunic dan cincin zamrud yang lebih selamat u

WW ~ The Monochrome Group

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Kisah Hujung Syawal Di Masjid Muaz Bin Jabbal

Image
Assalamu'alaikum. Ni cerita lama ni, masa hujung2 Syawal, lama terperap kat stor tak berganjak. Aku dengan adik2 mana yang ada kat rumah pakat pergi jamuan raya Masjid Muaz Bin Jabbal. Sempoi je semua, yang lelaki biasalah dengan T-shirt, kami kaum Hawa pakai jubah hitam dengan muka polos je, takde mekap2 bagai. Anak aku pergi jugak, tapi tak lepak dengan mummy.. dia pergi dengan kawan2 yang datang sleepover kat rumah, ada kerja kumpulan Geografi. Ye lah, orang dah besar kan, mana nak lepak dengan aku. Masjid Muaz memang selalu berada dalam senarai 10 masjid terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Banyak betul program yang diadakan sepanjang tahun, terutamanya pada bulan Ramadan dan sambutan hari-hari istimewa dalam takwim Hijrah. Bab buat jamuan makan pun tak pernah menghampakan, rasa sangat bangga menjadi anak kariah masjid ni, sebenarnya. Tapi tak selalu aku join program diorang, sebab aku ni ambik pendekatan lain sikit daripada orang lain. Bagi aku, kaum wanita le

WW ~ Suri Hati Terjelepuk Di Ceruk Dapur

Image
Mak Lom penat, nak... ~ Nai at Tak Pe Je.

Setahun Beranjak Lagi, Selamat Hari Jadi...

Image
Assalamu'alaikum. Wah... seronok nampak, mentang-mentanglah hari ni masih cuti, ya? Aku tak cuti pun, baru je lepas jumpa orang ni ha, lepak kejap update blog sebelum bergerak ke tempat appointment seterusnya. Alhamdulillah... ada job tu kira syukur yang amat sangat, rezeki bulan Zulhijah. Mudah2an berterusan sampai bila2, diberkati di dunia dan di akhirnya. Ameen...  Kali ni meh kita tengok gambar-gambar sekitar bulan Ogos, birthday month Puan Nai at Tak Pe Je.  Melepasi 4 series kehidupan ni, hati makin cepat tersentuh, maklumlah makin muda, kan? Adatlah tu, nama pun manusia. Tahun ni aku dapat kek birthday 3 kali, hokeh? Macam comel sangat, terasa pelik pun ada, biasanya tak macam ni. Tapi aku tak komplen, tersengih-sengih macam kerang busuk je ler, terasa diri begitu berharga, begitu dihargai.  Birthday aku tahun ni jatuh pada hari Ahad, jadi diri tak dihambat waktu sangat. Sebelah siang tu aku masak biryani ayam kat rumah, makan bersama family mana yang ada, sebab

Raya & Korban 2017

Image
Assalamu'alaikum. Raya Haji tahun ni lama betul cuti, pelik pulak rasanya. Maklumlah, biasanya orang tak banyak yang sempat balik kampung sebab cuti sehari je, dah pulak kalau jatuh pada hari bekerja macam Selasa contohnya, manalah boleh nak ghaib seketika dari tempat kerja. Nak ambik cuti karang, dah habis guna masa raya puasa. Tapi tahun ni special, Alhamdulillah... dah la hari Khamis cuti Hari Merdeka, raya pulak hari Jumaat, bersambung lagi Sabtu dan Ahad. Sekali dapat lagi bonus cuti sempena Malaysia menang besar temasya Sukan SEA (walaupun Harimau Muda takde nasib nak dapat pingat emas). Pergh... berganda-ganda kegembiraan orang Malaysia, ya? Bagi para majikan, gigit jari ler dah cuti lama bonar, gaji jalan samo, jang!  Aku Rabu pagi-pagi lagi dah gerak ke kampung mertua kat Kuantan, jalan lengang lagi masa tu. Kali ni aku memang plan awal nak masak apa; seminggu sebelum balik kampung dah bagitahu cik abang menu hari raya. Buat biryani la senang, bawak balik pressure