Kisah Hujung Syawal Di Masjid Muaz Bin Jabbal

Assalamu'alaikum. Ni cerita lama ni, masa hujung2 Syawal, lama terperap kat stor tak berganjak. Aku dengan adik2 mana yang ada kat rumah pakat pergi jamuan raya Masjid Muaz Bin Jabbal. Sempoi je semua, yang lelaki biasalah dengan T-shirt, kami kaum Hawa pakai jubah hitam dengan muka polos je, takde mekap2 bagai. Anak aku pergi jugak, tapi tak lepak dengan mummy.. dia pergi dengan kawan2 yang datang sleepover kat rumah, ada kerja kumpulan Geografi. Ye lah, orang dah besar kan, mana nak lepak dengan aku.


Masjid Muaz memang selalu berada dalam senarai 10 masjid terbaik di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur. Banyak betul program yang diadakan sepanjang tahun, terutamanya pada bulan Ramadan dan sambutan hari-hari istimewa dalam takwim Hijrah. Bab buat jamuan makan pun tak pernah menghampakan, rasa sangat bangga menjadi anak kariah masjid ni, sebenarnya. Tapi tak selalu aku join program diorang, sebab aku ni ambik pendekatan lain sikit daripada orang lain. Bagi aku, kaum wanita lebih bagus beribadat di rumah, lagipun zaman sekarang ni cepat sangat tercetus fitnah. Itu tak la bermakna yang aku tak galakkan kaum Hawa mengimarahkan rumah-rumah Allah, jangan salah paham. Itu cuma pendekatan peribadi aku sendiri. Anyways, berbalik pada cerita open house Masjid Muaz ni, aku memang puji tak cukup perkataan kat pihak pengurusan dan pentadbiran depa. Meriah sungguh dari segenap segi yang termungkinkan. Terasa sangat penuh barakah sepanjang berada di majlis tu, makanan yang sedap belaka, bervariasi dan disediakan penuh ikhlas. Khemah pun besar gedabak, setiap sudut dipenuhi para tamu yang riang dan bersuka-ria.


Gerai yang paling laku malam tu adalah kambing golek (of kos), rendang, lemang, roti jala, bihun sup dan aiskrim. Terbaik, baq hang! Aku jadi mem je bawah khemah tu, adik2 pakat gi Ambik makanan bawak mengadap. Hehhe takpe la weh, dah rezeki ada yang nak melayan. Bukan tak boleh gi ambik sendiri pun, tapi depa dah terbiasa macam tu kot. Ala, aku boleh jaga kerusi dan anak sedara, apa? Justifiable la tu seposen dua, kan? Bibik malam tu lepak dengan gang dia, siap ada yang book kan meja untuk dia, ambik ko... lagi dahsyat! Macam aku dengan adik2, takat lepak atas kerusi je, takde meja bagai. Nak pegi awal, segan pulak.. sebab tunggu orang sudah solat Isyak dulu. Rupa-rupanya kaum Hawa yang tak solat dah berduyun-duyun datang book meja, hurmmm... kalau bab makan free, faham-faham je ler. Heheh.


Tapi itulah dia, seronok jadi anak kariah Masjid Muaz Bin Jabbal, semoga pihak AJK Masjid tetap istiqamah dalam mengimarahkan masjid dengan pelbagai kegiatan menarik yang memberi manfaat kepada penduduk sekeliling. Aku doakan agar semua anak kariah masjid mendapat barakah dan kasih-sayang Allah di dunia dan di akhir sana. Ameeen...

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan