Bak Angin Pantai Mengelus Pipi

Assalamu'alaikum. Aku jenis tidur takde nak dengar muzik ke apa, memang suka suasana sunyi. Dulu masa muda-muda lainlah, mesti ada lagu dan irama menemani sebelum lelapkan mata. Tapi sejak dua tiga menjak ni, aku duk kemaruk dengar beberapa lagu daripada Original Soundtrack drama Goblin: The Lonely and Great God. Dalam pada banyak sangat perkara berlegar-legar dalam kotak fikiran aku ni, entah macamana boleh rasa tenang lain macam bila dengar lagu2 romantik dan penuh syahdu, especially 'And I'm Here'.. mungkin sebab lagu tu dalam Bahasa Inggeris, jadi takde filter langsung, terus menusuk ke jantung dan menyelinap ke seluruh urat saraf.


Baru je aku perasan menda ni, sebenarnya. Ada satu hari tu aku stress gila dengan satu kes jual-beli tanah klien kat Melaka, banyak sangat onak dan duri nak sampai ke proses pecah sempadan, pembeli duk tukar lawyer tengah2 jalan, lawyer baru kerek lain macam, mak klien aku sakit tenat perlukan duit cepat, pembeli pegi buat haji, eh macam2 mak nenek lagi ler.. sampai julung2 kalinya, aku rasa tak sanggup nak tanggung dah. Kepala rasa macam nak pecah dan semangat pun rasa makin hilang.. dan aku boleh tertidur dengan lena sekali, diiringi lagu And I'm here, sambil tersandar atas kerusi. Terjaga dari tidur, lagu yang sama masih on repeat, dan aku terkebil2 tak percaya apa yang baru terjadi. Lena yang penuh kualiti walaupun tak sampai sejam. Nasib baik aku bangun tu ngam2 pukul 3pm, sempat la aku compose diri ini sebelum turun ambik Junior kat Gombak pukul 3.30pm.


Lagu ni slow yang amat, tak semua akan gemar mendengarnya, kecuali para peminat drama Goblin, of course. Macam suami aku, siap tanya lagi, "lagu apa tu macam suruh tidur?" Hurmm.. exactly my point, memang nak suruh tidur pun... heheh. Bagus benar nak bagi hantu dalam otak ni tidur, supaya senang aku bertenang dan buat kerja ikut skala, standard, KPI, SOP yang normal. Sekarang pun aku masih dengar lagu ni, nampak lambang Blootooth HBT35 tu kan? Haa.. itulah sambungan wireless earlphone aku, tak payah kacau orang sebelah nak tidur. Dah berdengkur pun dia, aku duk siapkan kerja mana yang patut lepas ajar Junior Poligon Asas dan sudut dalam segi tiga. Nak tidur jugak ni, penat dah pun, seharian menguruskan segala macam perkara. 


Aku tinggalkan korang dengan sekeping gambar yang aku snap sejurus selepas dapat keja urgent nak kena siapkan agreement pinjaman peribadi secepat kilat. Abaikanlah parut hitam atas bibir tu, lama lagi nak hilang gamaknya... Dengan itu, aku sign off dulu. Terima kasih sudi baca sampai habis. Jumpa lagi lain kali, Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Pesuruhjaya Sumpah Setiawangsa