Posts

Showing posts with the label RESIPI BONDA

Panggilan Solok Lada

Image
Assalamu’alaikum. Aku dari dulu kala sangat suka makan solok lada, especially jodoh dengan nasi kerabu. Biasalah, nama pun orang Pantai Timur kan, apa nak heran? Seumur hidup tak pernah la aku buat sendiri, sampai la Ramadan kali ni. Masalahnya punya la hazabedah nak cari lada solok kat kariah Masjid Setiawangsa ataupun yang sewaktu dengannya. Dua tahun lepas relax je beli kat Aeon AU2, bersepah ada jual kat bahagian sayur-sayuran. Mungkin tak berapa mendapat sambutan ataupun memang bekalannya dah tak semudah dulu, aku pun tak pasti punca sebenar sekarang dah takde jual. Sebelum puasa aritu gigih bibik kirim kat orang Kelantan yang jualan kat siar kaki, kebetulan ada kerabat balik kampung.  Datang angin hijau aku nakkan solok lada, macam tak cukup tanah aku cari kulu kilir. Cold Storage kat GE Mall pun takde, sedih rasa aku pergi dengan bibik penuh harapan. Balik tu aku google, jumpa la kat Jaya Grocer ada jual. Lepas selesai kes kat Jalan Duta esok tu, aku niat nak pergi ke KL Eas...

WW ~ The Chronicles of Nai's Marble Cake

Image
~ Nai at Tak Pe Je.

Isnin, Nasi Kukus MokSube dan KLCC

Image
Assalamu'alaikum. Hari ni Lembah Kelang disirami hujan yang sungguh lebat dari tengahari membawa ke petang. Aku dan kawan-kawan dah berjanji nak pakat berkelah di food court KLCC, makan Nasi Kukus Daun Pisang BFF kami yang meletup sedap gila secara berjema'ah. Aku memang dari sekolah menengah peminat tegar masakan mak kawan aku tu, takkan mungkin mampu lupa sekali dah rasa air tangan dia! Tak kisah la nasi ayam ke, nasi minyak ke nasi apa ke, semua menjadi pujaan hatiku. Tapi sejak kawan aku bukak Restoran Nasi Kukus Mok @ Sube ni, aku tak pernah ada peluang nak gi jenguk dan rasa. Sampailah petang tadi, bila nasi kukus tu yang datang ke pangkuanku. Alhamdulillah... Semoga bertambah-tambah murah rezeki kawan aku dan bertambah-tambah maju bisnesnya. Ameeen. Aku ngantuk sebenarnya tadi, dah pulak hujan lebat tapi demi sebuah janji, kugagahi jua... Berbaloi-baloi lawan rasa penat dan mengantuk, baq hang! Selamba badak je pakat berkelah makan nasi kukus kat food court, s...

Mee Ayam Singgang Terbang Tunduk

Image
Assalamu'alaikum. Pelik benar bunyi menu kat atas, ya? Memang pun, aku baru 1st time dengar sebab aku baru je rekacipta ikut selera bedal aje (BEJE) sebelum bulan puasa aritu. Sedap sangat-sangat, tak percaya boleh cuba try test.  Bahan-Bahannya: 1) Mee 2) Isi ayam - dipotong dadu 3) Halia - ukuran sebesar ibu jari, dipotong nipis-nipis; 4) 4 ulas bawang putih - dimayang; 5) 1 biji bawang besar - dipotong dadu; 6) 2 batang serai - dititik; 7) Asam jawa & asam keping - ikut keserasian rasa; 8) 1 biji tomato - dipotong empat; 9) 3 biji cili padi atau 1 biji lada besar; dan 10)  2 sudu makan minyak masak - untuk menumis. Mee: - Boleh guna bihun, mee kuning, spaghetti, kuey teow, apa-apa je la yang ada kat dapur.  - Aritu semuanya takde kat dapur kecuali maggie, maka aku guna Mee Maggie, ambik mee nya aje dan rebus sekejap. Cara-Caranya: - Tumis bawang putih, halia dan serai sehingga kekuningan dan naik bau. - Masukkan isi ...