Posts

Showing posts from February, 2017

Isnin Nan Ungu

Image
Assalamu'alaikum. Isnin tak semestinya berwarna biru, kan? Kalau tak nak jadi biru, pakai je warna lain, purple ke, cuba? Betapa semangatnya nak pakai tudung baru, sampai tak bagi bibik basuh dan aku siap gosok sendiri malam tadi. Lembut, selesa, cantik dan mudah dibentuk kain bawal satin yang aku beli kat Jalan T.A.R hujung minggu aritu. Menyesal tak ikut cadangan Ana suruh beli 6 helai dan try mintak jadi RM50 semua sekali. Aku tengok kat pasar malam ada jugak benda yang sama, tapi malas nak berhenti membelek dan bertanya, sebab bukak je mulut, adik yang jaga gerai tu dah mulakan dengan RM15, potong betul. Aku tak suka la kalau memang dah harga RM10, sibuk je nak sebut RM15 lepas tu konon-konon turunkan jadi RM10 kalau beli banyak. Tak mau la, dik... akak takde mood nak bargain. Hari Isnin memang jadual jadi lebih padat, maklumlah permulaan hari dalam minggu yang baru. Itupun aku dah terpaksa kensel rencana nak uruskan proses pengangkatan anak sorang client kat Putrajaya

Hari Membeli Tudung Sedunia

Image
Assalamu'alaikum.  Semalam adalah hari berjimba dengan kawan macam orang bujang, sesekali apa salahnya, kan? Bulan lepas aku temankan kawan tu pergi beli shawls kat Ariani dan terjatuh hati pada koleksi bawal satin bercorak tapi keadaan tak mengizinkan aku buat apa-apa tindakan selain menyentuh dan mencuba sehelai dua yang berjaya mencuit hati. Ada lebih 4 tahun rasanya tak beli tudung Ariani, sehinggalah sekarang. Kisahnya, masa tahun 2012 ke 2013 gitu, aku pernah beli dari kedai tudung favourite aku di alam maya, Nadiahijabs dua helai printed satin shawl dan sangat menyayangi kedua-duanya. Mungkin disebabkan kurang mendapat sambutan, maka satin bercorak susah nak dijumpai di pasaran. Sedar tak sedar, sejak hujung tahun 2016 hingga kini, dah meletup-letup satin shawl bercorak pucci dan bawal satin bermacam-macam design. Orang dah ke bulan, semalam baru aku ambik port dan berkenan nak 'mencemar duli' lalu dapatkan sehelai printed satin shawl kat salah satu kiosk dalam Ae

Selamat Ulangtahun Kelahiran, Cinta.

Image
Assalamu'alaikum. Selamat berhujung minggu kepada semua pembaca budiman, semoga segala urusan dipermudahkan hendaknya. Aku semalam dah berjimba sakan ala-ala bujang dengan seorang kawan, lama sangat terpenjara dalam kesibukan tugas dan tanggungjawab tak boleh jugak. Macam terlepas kandang keadaan aku, nak tergelak kat diri sendiri. Pergi pulak ke jajahan takluk kenangan muda-mudi, Jalan Tuanku Abdul Rahman dan Jalan Masjid India. Memang menikmati panorama weekend sebenar la jawabnya, menyusuri kemeriahan pasar minggu hari Sabtu. Jakun pun ada, betul-betul terasa macam zaman dulu kala, masa mula-mula turun KL awal umur 19 tahun. Tapi hari ni aku nak cerita pasal benda lain, itu cuma introduction, pemanas jari-jemari menari zapin di keyboard.  Gambar-gambar dalam entry ni diambil masa cuti Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Aku komplot baik punya dengan anak teruna terkasih pergi cari hadiah harijadi daddy dia, mengambil kesempatan dari kesibukan manusia itu mencari rezeki. D

Cinta Dunia Akhirat

Image
Assalamu'alaikum. Lama mak sihat, kali terakhir dia masuk wad, dalam iddah Aidilfitri tahun lepas. Rekod peribadi dah tu, kawan-kawan..! Sehinggalah minggu lepas, bila doktor terpaksa tahan dia disebabkan ada sikit kuman dalam paru-parunya. Dengan rekod kesihatan mak, doktor tak mau ambik risiko dan lepaskan mak balik. At least 3 hari, doktor kata, dengan rawatan antibiotik. Kali ni mak tak seteruk biasa, berjalan ke tandas pun mudah je pergerakan dia, jadi tak la sedih sangat nak tinggalkan dia kat hospital. Kalau sebelum ni, memang bergilir-gilir sentri siang dan malam.   Mak kalau masuk wad, dia ada special menu yang dia order dari rumah, biasanya ayam goreng kunyit je pun. Kali ni sebab nak bagi cepat baik batuk, dia dengar cakap kami dan tukar menu kepada ikan bakar. Disebabkan terasa sihat dan walafiat, semangat dia pun takde la merudum macam tahun lepas, banyak berborak, siap bergossip bagai. Tapi satu yang paling ketara, dia nak aku yang datang hantar makanan dan b

WW ~ OOTD Post: Pink Against Black

Image
OOTD  ~ Nai at Tak Pe Je.

Payung, Bhaai..!

Image
Assalamu'alaikum. Aku ni penat dan mengantuk, tapi banyak pulak menda nak kena buat. Bukannya esok takde, tapi esok pun banyak lagi menda lain yang menunggu. Tapi takpe la, kena pelan-pelan tinggalkan semua kerja dan pejamkan mata kejap lagi. Sementara tu, meh kita borak-borak kosong, meh, cerita pasal payung. Sekarang kan cuaca tak menentu, kalau panas sebelah pagi, belum tentu sampai ke petang, kadang-kadang tengahari dah mulai gerimis. Ada satu hari tu, ribut kuat dan hujan lebat betul masa aku pergi ambik anak kat sekolah. Kereta dah bersimpang-siur kat mana-mana, aku terpaksa kreatifkan otak dan parking kat bahu jalan, kemudian cepat-cepat aku masuk ke perkarangan sekolah, tunggu anak. Ngam-ngam je tengah standby nak lari meredah hujan, dengan beg sekolah kat atas kepala, aku nampak dia dengan kawan baiknya, si Shafi'e. Nasib baik aku bawak sekaki payung extra, bolehlah bagi kat kawan anak aku tu, kalau tak memang lencun la dia. Aku dengan anak pun lencun jugak walaupun b