Posts

Showing posts from October, 2017

Kebaya Klasik & Progres Buih Susu

Image
Assalamu’alaikum. Ambik ko, kuning kenari aku arini, berkebaya klasik, berbatik Jawa segala. Sebelah mak aku ada keturunan Bugis tau, Daeng Selili katanya, mungkin tu salah satu sebab aku suka sangat pakai baju klasik jodoh dengan kain batik lepas. Heheh ada kaitan ke? Kan dah bagitau semalam, nak pakai baju warna-warni arini, sempena bebas daripada motif hitam putih. Dah striking benar kuningnya, aku cari ler tudung yang boleh kasi redup sket suasana. Lipstik pun ambik yang warna tanah, ala-ala nude gitu. Janji bukan aku yang nude, *tetiba jekkk*. Banyak pulak shots arini, malas nak pilih, letak je la semua, tak suka abaikan aje, hokeh?  Ok last, sebelum masuk cerita lain. Macam biasa, aku terus praktis untuk dapatkan buih susu yang cukup syarat dan kombinasi, demi kempen menakluki kemahiran free pour latte art. Nampak ada peningkatan la sket, alhamdulillah... tak sia-sia berusaha penuh gigih. Kalau aritu nampak macam tapak kaki, arini much, much better... at least ada bentuk macam ra

Monochrome Monday

Image
Assalamu’alaikum. Minggu baru bermula lagi, dah nak habis bulan Oktober pun... tahun 2017 tinggal dua bulan je lagi nak berakhir. Cepat betul masa berlalu, sedetik pun tak menunggu sesiapa. Mana ada masa nak layan Monday blues bagai, ke depan aje cepat jalan!  Aku hari ni takde menda yang kaler biru, jadi Monday blues apa ke menda nya, kan? Kaler itam putih je dari pagi sampai petang, masa hantar anak bertuah ke sekolah dah siap pakai monochrome uniform, walaupun tak sempat mekap segala.  Turun awal sket arini, sebab minggu exam la katakan. Aku kali ni dah tak kuasa nak stressed pasal anak bujang tu, tau la Allah jaga dia. (*sigh) Anyhow, kena puji tahap ketenangan dia, stress free lain macam hidup, heran aku tengok. Aku dulu masuk sekolah menengah dah menggelupur nak masuk exam, terkucil entah berapa kali sebelum start subjek pertama. Aritu aku sampai buat solat hajat 41 hari untuk dia, biar ada perubahan... alih-alih, aku jadi tenang dan berlapang dada, aku somehow tau dia akan ok je

Ujian & Bantuan

Image
Assalamu’alaikum. Khamis lepas, hati rasa tak selesa, serba tak kena dan takde semangat. Nak period agaknya, biasalah perubahan hormon, kupujuk hati sendiri. Buat jugak kerja macam biasa, cuma pelik daripada biasa, takde sibuk nak ambik selfie upload kat Instagram bagai. Bukan apa, bila ambik gambar sekeping nampak sendu, sekeping lepas tu nampak syahdu, menyampah nak ambik dah... itu tandanya hati tengah celaru. Jadi, tak kuasa nak upload gambar, kan? Letakkan aje dalam galeri, sampai masa delete secara berjemaah. Jam 3.30 petang macam biasa, tayar kereta dah berpusing nak menuju Gombak, jemput anak bertuah balik sekolah. Tak sempat jauh dari rumah, aku dengar bunyi pelik dan kereta macam tak balance bila belok ke kiri simpang. Tayar pancit la ni, walaupun tak pernah jadi sebelum ni, tapi tayar depan sebelah kiri dah kurang angin awal bulan aritu, dah isi elok semula pun, kali ni nak pancit pulak, mana tau, kan? Aku berhentikan kereta, pasang hazard lights, keluar confirm kan rasa hat

Blues Hari Jumaat

Image
Assalamu’alaikum. Selamat pagi Sabtu, kawan-kawan semua. Hari ni aku julung-julung kalinya tak terpacak kat Pasar Tani, habiskan lauk mana yang ada dalam peti dulu, lagipun dua minggu lepas dah penuhkan stok daging kambing. Ikan dan ayam pun banyak lagi. Bibik pergi sorang, naik basikal gi beli susu kambing untuk bonda.  Okay la, kita cerita pasal semalam, jom. Pagi-pagi aku buat caffe latte sendiri kat rumah, dan bercinta nak habiskan dua keping roti. Biasanya sekeping je aku makan, bakar dua tu sebab standby kot2 mak mintak sekeping macam kelmarin. Masa breakfast macam biasa aku akan ajak mak join, teman dia borak-borak kosong dan bagi peluang dia nak update gossip terbaru tentang keluarga Temerloh, kawan-kawan masjid, dan apa saja la yang penting nau2 bagi dia. Toaster kat dapur tu muat 4 keping roti, sebelah aku bakar 2 keping roti putih Gardenia mak punya, sebelah lagi aku bakar sekeping (atau dua keping) roti wholemeal Masimo aku punya. Kadang2 mak akan mintak sekeping Masimo, te

Biar Patah Spek, Jangan Patah Hati...

Image
Assalamu’alaikum. Ni cerita Sabtu minggu lepas, dah dekat seminggu baru sempat nak cerita kat sini. Ada budak tu patah spek, katanya tengah lap cermin ‘tetiba je patah’. Hurmm... macam la orang tak tau selama ni macamana ‘lembut’ nya dia jaga spek. Mana ada menda jadi tetiba tanpa sejarah pahit manis di sebaliknya, semoga dia akan paham pelan-pelan nanti.  Nasib baik ler jadi hari Sabtu, kedai Alice bukak lagi, kalau Ahad memang masak ler nak menunggu sampai Isnin, nak gi sekolah macamana gamaknya tak nampak mata?  Nasib baik jugak cerminnya masih elok, tukar frame je... jimat sket, kan? Tapi anak bertuah tu nak frame kaler dan jenis yang sedebik sama dengan yang patah, boleh? Dah rezeki dia, ada lagi satu yang tinggal, apa lagi, angkat kasi ler, kan?  Mummy Shark happy je, chill je, takpeje... hurmm... dah nak buat macamana, menda dah jadi. Terbang RM150, mudah2an masuk berganda-ganda semula, fikir positif sudah ler, kan? Macam la anak ramai pun, sorang tu je yang ada...  Okay la, sel

WW ~ Empty That Bottle Now

Image
It’s summer in Malaysia! ~ Nai at Tak Pe Je.

Pesuruhjaya Sumpah Setiawangsa

Image
Assalamu’alaikum. Sesiapa yang memerlukan khidmat Pesuruhjaya Sumpah, bolehlah berkunjung ke alamat berikut (Updated): No. 25-2, Level 2, Jalan Setiawangsa 9, Taman Setiawangsa, 54200 Kuala Lumpur. Tel/WA:  +6010-659 7780 Tel: 010-659 7780 Waktu Operasi: Isnin - Jumaat, 9am - 5.30pm. Lebih selamat jika telefon terlebih dahulu sebelum datang. Harap maklum. Terima kasih.  ~ Nai at Tak Pe Je. 

5 Girls and A Boy

Image
Assalamu’alaikum. Ni cerita awal bulan Oktober, sampai tengah bulan baru nak up entry, boleh? Ida baru dapat gaji masa tu, dia ajak family keluar dinner, tapi yang lelaki ada tak sihat, tengah meeting dengan business partner depan TV kat rumah dan kononnya nak join kemudian. Hurmmm... akhirnya yang berjimba bersama-sama hanyalah 5 orang kaum Hawa dan seorang kaum Adam. Kami lepak di Teh Tarik Place, Wangsa Walk. Dah sampai situ, mestilah order teh tarik, kan? Terbaik, baq haaaang...! Walaupun aku heret sama masuk kedai botol air hijau yang gedabak tu, aku tetap komited menghabiskan segelas teh tarik sementara masih panas. Dah sejuk mana ada ‘kick’... baik order teh ais dari awal, bagi aku la. Ida syorkan kami buat aktiviti ni acara wajib, Pay Day Night Out, katanya. Eh, aku takde hal, beb, lagi seronok ada ler, bonding time dengan family mana yang punya waktu dan kesempatan. Ingat senang ke adik2 nak belanja kakak, weh? Hahahah. I loike....! Kalau semua ada dan cukup korum, lagi havoc

Mastering The Art of Patience

Image
Assalamu’alaikum. Dalam banyak-banyak perkara, sabar paling payah nak buat, cakap bolehlah, senang. Lebih-lebih lagi kalau diletakkan dalam keadaan yang sangat mencabar emosi, memang hazabedah ler nak bersabar. Tapi itulah sebenarnya ujian yang kebanyakan manusia selalu gagal big time, kita hampir pasti akan terlupa, penat, malas ataupun tak punya kuasa nak bersabar. Mungkin sebab itulah sabar ni pahalanya besar sangat di sisi Allah, dah confirm susah yang amat nak buat. Bak kata Dr. ‘Aidh Abdullah Al-Qarni dalam bukunya, “Be The Happiest Woman”, sabar itu adalah seekor kuda perang. Patience is a war horse. Maknanya, manusia yang boleh bersabar tak ubah seperti kuda perang, bukan calang-calang makhluk Allah weh kuda perang tu!  Kuda perang mana ada penakut, lemah, lembik, malas, gelojoh, gopoh, bertangguh, berlenggang kangkung, menyiput sedutkan diri bagai. Jadi, jom lah kita pakat belajar kemahiran bersabar, mudah2an semangat kuda perang akan semakin menguasai diri kita semua, hari de

Santai Hujung Minggu, Pakaian Ringkas Seorang Aku

Image
Assalamu'alaikum. Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua yang beragama Hindu dan selamat bercuti buat yang tempias sekali dapat cuti sekolah seminggu . Huntong laa.... sekolah anak aku cuti hari ni je, esok sekolah ler. Okay la, borak pasal tajuk entry ni, meh. Kalau korang selalu lepak kat blog ni, mesti pernah terbaca tentang perangai aku yang suka pakai lawa-lawa kat rumah, selalunya pakai T-Shirt HRC dengan jeans ataupun skirt. Dan bila nak keluar rumah, sarungkan cardigan je nak kasi tutup aurat. Jadi, entry kali ni kira macam repetitive la pada dasarnya.  Grab and Go: Ringkas ceritanya, begitulah...  Macam kat bawah ni pulak lagi santai, minggu lepas petang Sabtu aku pergi bawak anak bertuah gunting rambut, adik aku Ida pun ikut. Sebabnya, lepas tu kami nak ke Wangsa Walk beli kek untuk buat sambutan belated birthday bonda. Niat di hati nak cari sekali hadiah, kot la ada yang betul2 sesuai dengan keinginan hati kecil bonda. Aku ni kan jenis kalau diizinka

Berangan Itu Percuma, Online Shopping Itu Tidak

Image
Assalamu'alaikum. Dah lunch semua? Aku baru je lepas makan, lambat hari ni lunch, ambik masa baring atas tilam panas Bio-Contiago dalam sejam dua. Mandi dan solat zuhur dulu, baru turun makan nasi. Dekat seminggu dah aku tak berapa lalu makan, telan pun semua rasa payau je, sehinggalah kelmarin, aku ambik cili padi kasi pecah selera. Hari ni pun sama, aku ambik sebiji cili padi dari dalam mangkuk yang berisi ikan tongkol masak singgang Terengganu, gigit sikit-sikit buat ulam. Bijinya aku tak makan, itu pun dah macam naga mulut ni ha berasap. Tak bagus sebenarnya untuk perut gastrik macam aku ni, tapi dah tak selera makan cara lain, apa nak buat?  Entry kali ni aku nak sambung cerita tentang kain cotton pujaan hati daripada IG Calatalia, mukadimah tadi takde kaitan pun, tapi takpe je kan? Dubai Cotton ni pada pendapat peribadi aku, lebih selesa dipakai berbanding Vietnam Cotton, material pun lebih lembut dan paling penting, tak mudah berkedut. Aku ni ye la, membosankan,

Batik Biru-Ungu, Ed Sheeran dan La La Land.

Image
Assalamu'alaikum. Malam tadi punyalah azab aku nak tidur, entah apa nak buat, mata tak mau berkompromi. Itulah akibatnya tidur siang hari, aku penat sangat petang semalam, tidur kejap dekat sejam, dicampur tolak dengan calls in dan staff duk jenguk kat bilik. Nak kata banyak menda duk fikir, tak jugak, biasa je volume dan level permasalahan. Adeh, cari kerja betul, tak boleh tidur ni akan affect kehidupan dan rutin seharian, tau tak? Dah terbabas subuh aku, entah masa mana akhirnya aku terlelap. Astaghfirullah...! Ikut mana pun, aku tetap pergi hantar anak ke sekolah macam biasa, cuma balik tu baru sempat mandi, takde la wangi-wangi dari selepas solat Subuh. Sebelum jam 9.30am aku dah terpacak kat ofis, maka bermulalah segala mak nenek tugas seorang lady boss yang jenis turun padang bersama-sama pekerja. Sebelah pagi belum nampak lagi muka mengantuk aku, eloklah kita selfie sedas dua dulu, kan? Ngee... Merah mata aku hari ni, meminta bantal dan selimut. Tapi mana boleh

WW ~ Move and Scale

Image
When you say nothing at all... ~ Nai at Tak Pe Je.

Sedingin Air Di Kali

Image
Assalamu'alaikum. Aku sejenis manusia yang tak tahan sejuk, mesti nak kena berbungkus bagai, terutamanya kat tempat yang full blast aircond. Jadi, aku memang kena sediakan sweater, blazer ataupun kalau takde sangat, pashmina shawl pun boleh. Sebab tu la masa adik aku, si Ida pergi Kashmir bulan lepas, aku kirim kat dia belikan poncho. Lawa betul poncho yang dia beli kat pergunungan Shimla, sesuai dengan minat dan kecenderungan kakak dia. Aku buat pakai masa kerja, berbungkus dalam ofis, dari pagi sampailah tengahari. Lepas lunch aku dah tak sejuk sangat, tak payah pakai dah, separuh masa pertama je yang diserang rasa beku. Tapi kalau takat macam ni, takkan tahan nak pakai masa winter kat mana-mana tempat yang berkenaan, autumn mungkin boleh. Orang lain lepak je jalan-jalan pakai baju biasa awal winter kat Melbourne dan Sydney, contohnya, aku dah menggigil tergolek-golek tak tahan. Sebab tu la aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan tempat orang musim sejuk, tapi apakan d