Santai Hujung Minggu, Pakaian Ringkas Seorang Aku

Assalamu'alaikum. Selamat menyambut Hari Deepavali buat semua yang beragama Hindu dan selamat bercuti buat yang tempias sekali dapat cuti sekolah seminggu . Huntong laa.... sekolah anak aku cuti hari ni je, esok sekolah ler. Okay la, borak pasal tajuk entry ni, meh. Kalau korang selalu lepak kat blog ni, mesti pernah terbaca tentang perangai aku yang suka pakai lawa-lawa kat rumah, selalunya pakai T-Shirt HRC dengan jeans ataupun skirt. Dan bila nak keluar rumah, sarungkan cardigan je nak kasi tutup aurat. Jadi, entry kali ni kira macam repetitive la pada dasarnya. 


Grab and Go: Ringkas ceritanya, begitulah... 


Macam kat bawah ni pulak lagi santai, minggu lepas petang Sabtu aku pergi bawak anak bertuah gunting rambut, adik aku Ida pun ikut. Sebabnya, lepas tu kami nak ke Wangsa Walk beli kek untuk buat sambutan belated birthday bonda. Niat di hati nak cari sekali hadiah, kot la ada yang betul2 sesuai dengan keinginan hati kecil bonda. Aku ni kan jenis kalau diizinkan Allah, akan dapat ‘hunch’ apa yang orang terdekat aku nak... jadi kali ni ada dapat ‘hunch’ mak aku nak jam tangan baru. Kebetulannya ada promotion kat Sixty Minutes Wangsa Walk, aku beli la jam kat bonda, yang sesuai dengan bajet aku la, kan? 


Yang ni macam korang boleh nampak, aku pakai t-shirt lengan pendek je pun, cuma tambah penutup lengan. Sebenarnya masa tu aku pakai sarung lengan yang berkembar dengan half moon cardigan, isshh amenda ntah nama menda alah tu, tak ingat! Lagi selesalah bagi aku pakai menda ni kalau nak keluar berlenggang kangkung sarung t-shirt bodoh aje... 


Mak suka sangat2 jam ni, Alhamdulillah... aku beli tu nak cepat balik, sampai tak sempat suruh salesgirl tu ejas tarikh jadi 14hb, terus suruh dia bungkus lawa-lawa. 



Nanti aku buat entry khusus tentang sambutan belated birthday bonda, kali ni sambil2 borak pasal pakaian santai hujung minggu je sebenarnya. Terima kasih jugak la ikut mana pun, sudi baca sampai habis. Jumpa lain kali, Assalamu’alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker

Hari Selasa Yang Melelahkan