Batik Biru-Ungu, Ed Sheeran dan La La Land.

Assalamu'alaikum. Malam tadi punyalah azab aku nak tidur, entah apa nak buat, mata tak mau berkompromi. Itulah akibatnya tidur siang hari, aku penat sangat petang semalam, tidur kejap dekat sejam, dicampur tolak dengan calls in dan staff duk jenguk kat bilik. Nak kata banyak menda duk fikir, tak jugak, biasa je volume dan level permasalahan. Adeh, cari kerja betul, tak boleh tidur ni akan affect kehidupan dan rutin seharian, tau tak? Dah terbabas subuh aku, entah masa mana akhirnya aku terlelap. Astaghfirullah...!

Ikut mana pun, aku tetap pergi hantar anak ke sekolah macam biasa, cuma balik tu baru sempat mandi, takde la wangi-wangi dari selepas solat Subuh. Sebelum jam 9.30am aku dah terpacak kat ofis, maka bermulalah segala mak nenek tugas seorang lady boss yang jenis turun padang bersama-sama pekerja. Sebelah pagi belum nampak lagi muka mengantuk aku, eloklah kita selfie sedas dua dulu, kan? Ngee...


Merah mata aku hari ni, meminta bantal dan selimut. Tapi mana boleh layan, karang sambung tak boleh tidur lagi malam ni, padan muka! Maka, aku sibukkan jugak diri dengan apa yang patut dan sesuai. Hari ni aku pakai kebaya berkerawang bagai dari fabrik batik sutera Kelantan, yang usianya dah lebih 6 tahun kalau tak silap. Sempena Hari Batik Kebangsaan, aku memang dah plan awal-awal nak pakai batik hari ni, siap tergantung kat bilik malam sebelumnya. Seri warnanya bolehlah mengaburi pandangan manusia, kan... takde la nampak keadaan sebenar diriku yang macam orang mabuk ketum. Kalau dulu, aku dah minum at least dua cawan kopi nak kasi mata segar, tapi sekarang ni, relax je duk teguk air masak sampai berulang-alik ke tandas dekat sejuta kali.


Sebelah petangnya, mata memang dah separuh je bukak. Lepak kat tepi mini fountain, ambik bunyi alam semulajadi kejap, sebelum turun ambik anak kat Gombak sana. Ngantuk toksah cakap la, tapi buat bodoh je la, pasang radio dengar hot.fm kuat-kuat dan ikut menyanyi lagu-lagu yang aku tau walaupun tak kena lirik, mana awal, mana tengah, mana akhir, bedal aje ler...!


Dua keping jadilah ambik gambar mata mengantuk, asal nampak batik yang lawa ni sudah. Gitiewww...


Aku kalau ngantuk, jiwa jadi extra melankolik, membelai-belai gitu. Semenjak dua menjak ni, radio selalu pasang lagu Ed Sheeran, Perfect. Aduhai, mendayu-dayu benar lagu ni, bikin hati kucar-kacir dihambat pilu. Meh la aku share kat sini, esok-esok aku pun boleh ulang membaca dan menontonnya. Handsome nye lahai si Ryan Gosling ni, cute nya si Emma Stone dalam cerita La La Land, official video untuk lagu Perfect. Dah terjatuh hati kat hero-heroin ni la pulak... haih..!


Ni aku duk tahan je nak tidur, karang tak pasal-pasal bangun pukul 10.30pm dan jadi burung hantu sampai pagi, mati aku! Dah la, kita sambung lain kali. Terima kasih sudi baca sampai habis, jumpa lagi, ya! Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Harga Baru Perkhidmatan Pesuruhjaya Sumpah

Nasi Briyani Ayam, Ewant Pressure Cooker