Ujian & Bantuan

Assalamu’alaikum. Khamis lepas, hati rasa tak selesa, serba tak kena dan takde semangat. Nak period agaknya, biasalah perubahan hormon, kupujuk hati sendiri. Buat jugak kerja macam biasa, cuma pelik daripada biasa, takde sibuk nak ambik selfie upload kat Instagram bagai. Bukan apa, bila ambik gambar sekeping nampak sendu, sekeping lepas tu nampak syahdu, menyampah nak ambik dah... itu tandanya hati tengah celaru. Jadi, tak kuasa nak upload gambar, kan? Letakkan aje dalam galeri, sampai masa delete secara berjemaah.



Jam 3.30 petang macam biasa, tayar kereta dah berpusing nak menuju Gombak, jemput anak bertuah balik sekolah. Tak sempat jauh dari rumah, aku dengar bunyi pelik dan kereta macam tak balance bila belok ke kiri simpang. Tayar pancit la ni, walaupun tak pernah jadi sebelum ni, tapi tayar depan sebelah kiri dah kurang angin awal bulan aritu, dah isi elok semula pun, kali ni nak pancit pulak, mana tau, kan? Aku berhentikan kereta, pasang hazard lights, keluar confirm kan rasa hati. Hurmm... maka benarlah apa adanya, siap nak terkeluar dari rim dah bahagian bawah tayar. 

Tengok henfon ada missed call daripada pakwe, kebetulan pulak. Tau dia ada kat area mana masa tu, aku ambik keputusan nak wassap je dia, bagitau tayar pancit, dan telefon budak aku suruh datang. Nasib baik sangat2 kejadian tu dekat je dengan rumah dan ofis, masih dalam ‘bidangkuasa’ aku. Orang-orang kat kawasan ni pun baik hati, pakat berhenti nak tolong minah yang sangat obvious blur tahap gaban tak tau nak buat apa. 



Sorang brader ni tolong jadi polis trafik, sorang lagi drive kereta dari lorong kanan ke laluan teksi di lorong kiri. Elok pulak tempat kejadian tu, semua dah diatur indah, terima kasih ya Allah..! Brader-brader tu bimbang tengok aku berhenti kat lorong kanan tu, takut kena langgar kata dorang. Yang dalam gambar kat atas tu baik sangat2, walaupun aku kata takpe, budak aku kejap lagi sampai, dia tetap insist nak tolong. Gi keluarkan tayar spare dan alat2 nak bukak tayar dari dalam bonet. 



Akhirnya budak aku jadi assistant dia, sampai selesai. Brader yang jadi polis trafik mula2 tadi tu dah pergi buat kerja dia sendiri bila tengok budak aku sampai. Tak sempat aku nak ucap terima kasih kat dia, masa tu tengah uruskan siapa nak gi ambik anak kat sekolah. Budak aku pulak, nak kena join pakwe aku meeting kat Subang, dah terpaksa pergi lambat. Aku ambik gambar dia tengah tolong selesaikan pasang tayar bagi kat ofis punya wassap group, biar semua org tau. 

Lepas selesai kat situ, berbahasa bahasi terima kasih tunduk2 macam Jepun dah kat brader tu, hulur namecard kat dia, budak aku bawak gi kedai tayar kat Taman Keramat Permai. Haih... tukar sebiji je la dulu, lagi 3 biji sila tunggu bajet. 

Aku balik ofis lepas tu, hidup mesti terus. Muhasabah diri diam-diam, sila belajar ganti tayar sendiri, hokeh? Bab bertenang dan jangan panik tu boleh dipertingkatkan lagi, tahniah sebab masih boleh berfikir dan menguruskan apa yang patut apa adanya. Dan lain kali, sila tengok tayar sebelum bawak kereta. Hurmm... we fall, we learn, kata Alanis Morrisette. 

Apa2 pun, aku bersyukur yang amat atas rahmat dan kasih sayang Allah. Diberi-Nya ujian, dihantar-Nya bantuan. Alhamdulillah.... terasa diri disayangi-Nya. Of all the things I’ve done wrong, I must have done something right to deserve this. Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

~ Nai at Tak Pe Je.


Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan