Sedingin Air Di Kali

Assalamu'alaikum. Aku sejenis manusia yang tak tahan sejuk, mesti nak kena berbungkus bagai, terutamanya kat tempat yang full blast aircond. Jadi, aku memang kena sediakan sweater, blazer ataupun kalau takde sangat, pashmina shawl pun boleh. Sebab tu la masa adik aku, si Ida pergi Kashmir bulan lepas, aku kirim kat dia belikan poncho. Lawa betul poncho yang dia beli kat pergunungan Shimla, sesuai dengan minat dan kecenderungan kakak dia. Aku buat pakai masa kerja, berbungkus dalam ofis, dari pagi sampailah tengahari. Lepas lunch aku dah tak sejuk sangat, tak payah pakai dah, separuh masa pertama je yang diserang rasa beku.


Tapi kalau takat macam ni, takkan tahan nak pakai masa winter kat mana-mana tempat yang berkenaan, autumn mungkin boleh. Orang lain lepak je jalan-jalan pakai baju biasa awal winter kat Melbourne dan Sydney, contohnya, aku dah menggigil tergolek-golek tak tahan. Sebab tu la aku sebenarnya dah tak larat nak berjalan tempat orang musim sejuk, tapi apakan daya, belum berkesempatan pergi musim panas.


Maka, mereput la sementara waktu ni kat ofis je, okay? 


Anyways, aku suka sangat pakai baju kurung cotton daripada IG Calatalia ni, selesa tahap maksimum. Langsung tak panas tau, sampai malam aku pakai, relax je takde bau peluh langsung. Boleh la beli lagi kain yang sama jenis nanti, tambahkan koleksi. 


Korea Silk Cotton nama kainnya, macam yang korang boleh tengok kat atas. Yang ni mungkin sebab kapas sutera, cepat sikit berkedut berbanding Dubai Cotton. Kalau nak bertanding tahap kesejukan kainnya mengelus kulit, memang tak terbandingkan, nak aci kena la nak banding epal dengan epal jugak, tak gitu? 


Cukup pasal kain, korang nampak mini fountain tu kan? Haa... dah lebih 5 tahun tak bernyawa kat ofis tu, terperap dah macam tukun tanpa tujuan. Petang Jumaat tu, dengan bersimpuh bagai, aku duduk bersihkannya dan keluarkan batu-batu sungai kat dalam tu, bilas apa yang patut. Dengan pertolongan dua orang staff terkasih, akhirnya kembali kedengaran bunyi air terjun kat ofis kami. Alhamdulillah... 


Sekarang ni budak aku dah siap letak ikan kat dalam kolam kecik tu, comel je terkedek-kedek berenang dalam air. Dari dalam bilik, aku boleh dengar bunyi air yang sangat mendamaikan. Dicampur dengan bau-bauan potpourri dan wangian yang dibakar di segenap tempat, aku rasa macam duduk kat spa pulak. Kerja pun lebih fokus, kan ke bagus tu? Nak tidur pun boleh sebenarnya kalau nak, tapi ish.. bila bleh siap kerja kalau asyik tidur, kan? 



Okay la, kita sambung cerita lain kali. Terima kasih sudi baca. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.



Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan