Nuffnangx

Saturday, 8 April 2017

The Cousins: Abang & Adik

Assalamu'alaikum. Anak bertuah aku sejak berumur 9 tahun duk mintak adik lelaki, dia ingat mummy boleh pergi beli kat supermarket agaknya. Tahun demi tahun kemudiannya aku ditakdirkan mengandung dan tewas di tengah jalan, dia dah paham keadaan dan menerima ketentuan Allah. Sejak Muhammad lahir ke dunia bulan November tahun lepas, dialah antara orang yang paling teruja, kira dapat adik lelaki la jugak lebih kurang. Makin lama dia makin prihatin dan beriya dukung baby M ke hulu ke hilir, comel je aku nampak.


Minggu lepas, sempat aku rakamkan video dia duk melayan baby M, buat kenang-kenangan. Balik dari latihan kawad untuk hari sukan sekolah, dia tak terus naik ke bilik, lepak kejap kat bawah dengan adik. Samalah dengan aku, kalau balik rumah pun tak terus naik ke bilik, mesti singgah melayan budak kecik yang kuat melompat tu. Memang nak kena penyek je tahap cuteness dia.


Besar sikit lagi, jenuh la adik kacau abang main game, angkut Nerf abang yang beratur kat bilik dia, baru drama swasta hari-hari. Sementara itu, kita nikmati dulu zaman melompat-lompat dan melambung-lambung bagai. 

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment