It's a Real No, This Time. Farewell.

Assalamu'alaikum. Last night there was Notting Hill on Diva HD, but I only happened to switch on the TV when the movie was almost half way through. There, I subconsciously wrote in English. Tetiba..! Itulah dia, kadang-kadang macam tu kekdah nya, nasib baik tak pandai banyak bahasa. Kalau tak, matilanak kejap keluar bahasa Russia, kejap Bahasa Uganda, kejap lagi Bahasa Gohek Gostan, apa nak buat? 


Cerita Notting Hill ni tak pernahnya bosan aku tengok, walau berjuta-juta lemon dah tengok sekalipun. Klasik tahap dewa la lebih kurang, bagi aku. Dan tak pernahnya tak ditimpa perasaan dan terjatuh air mata, aishhh... masuk habuk je kejanya mata tiapkali tengok. Tapi kali ni aku rasa tak miserable dah macam sebelum ni, terkejut jugak kat diri sendiri. Masa tu la aku sedar, betapa aku dah sangat kertu. Dah boleh get over with old feelings, finally moving on from my own worst enemy, that is myself. 

Terima kasihlah pada sesiapa yang berkenaan, kerana memberi aku banyak sebab untuk membuka mata dan melihat dari kacamata seorang yang dewasa, matang lagi waras. Yang berlalu biarlah berlalu, luka pun dah terlalu banyak kali diperbaharui, sampai dah tak kuasa nak fikir apa-apa lagi. Manusia jarang sekali yang menghargai kasih dan sayang seperti yang kita harapkan, dan benarlah kata-kata pujangga, sandarlah harapan pada Allah, bukannya pada manusia, nescaya kita takkan pernah dikecewakan lagi dan lagi. 

Salah aku, bukan salah orang lain pun. Dah la tu, baik aku simpan bahagian kasih dan sayang aku, bagi kat orang yang lebih memerlukan, dan tahu menghargainya. Semoga kita semua berbahagia di dunia dan di akhir sana, aku akan cuba memaafkan apa adanya. Malas nak deal esok-esok kat Padang Mahsyar, kira mohon Allah lembutkan hati aku untuk menerima segala yang terjadi sebagai asam garam dalam kehidupan. Sekurang-kurangnya aku takde hutang apa-apa dengan orang, aku dah tunaikan apa yang aku janji, semampu mungkin. Selebihnya, semoga Allah menjagamu, masa silamku. 

~ Nai at Tak Pe Je.

Comments

Popular posts from this blog

Mematikan Setem Hasil Di Hadapan Pesuruhjaya Sumpah

Dress Code Peguam Muslimah

Onak, Duri & Ranjau Kehidupan