Nuffnangx

Tuesday, 15 November 2016

Tamatlah Sudah Episod Sekolah Rendah

Assalamu'alaikum. Hari Ahad baru-baru ni sekolah anak bujang ada buat majlis meraikan para pelajar Tahun 6, yang dinamakan 'Recognition Day'. Bertema 'Glamorous' dan bertempat di Megaview Banquet Hall, Menara Kuala Lumpur, majlis keraian itu berlangsung gilang-gemilang. Masa dapat surat jemputan hampir 3 minggu sudah, aku dah berat hati nak bagitau dia yang daddy ada program tahunan kat Timur Tengah dan masih belum berada dalam kawasan pada 13hb. November, 2016. Mungkin sebab dah terlampau biasa dengan keadaan yang sebegitu rupa, dia takde nampak frust pun bila dapat tau. "Pergi dengan mummy je, okay, baby?" pujuk Daddy, dia angguk cuma. Aku tak sanggup nak tengok, tapi kena jugak tunjuk muka selamba lagi bersahaja.


Selang beberapa hari kemudian, cikgu kelas dia whatsapp nak double confirm berapa orang ahli keluarga nak datang, sebab Junior tulis 2 orang dewasa, sedangkan bayaran untuk seorang je. Aku telan air liur, paham benar anak aku nak suruh ajak Ida, mak sedara kesayangannya hadir sama. Walaupun dia tak nyatakan, dia sebenarnya sedih kalau mummy seorang je datang. Aku cepat-cepat balas, "Takpe, nanti saya bagi bayaran tambahan, dia nak ajak makcik dia la tu..." Disebabkan keadaan yang havoc terlebih, akhirnya aku mintak nombor akaun bank cikgu dan transfer kat dia je senang. 


Hazieq memang dah plan awal-awal nak pakai baju apa, dari masa mula-mula dapat tau tema majlis tu, dah terbiasa dengan ajaran mummy sejak kecik. Nak ke mana-mana, buat keputusan nak pakai baju apa dari awal, senang nak gosok ataupun kemas, tengok keadaan. Aku cuma rasa kaget sebab tak berapa paham maksud glamorous, sebab aku ni banyak baju bertemakan tradisional. Bila mengadu kat Ida, dia kata baju-baju tradisi aku tu semuanya level glamour, pandai ambik hati kakak! Maka aku pakailah baju macam nak pergi majlis kenduri kahwin, glamorous la tu gamaknya. Hehehe.



Ida happy gila pergi majlis riang-ria anak sedara kesayangannya, untung la... Dia sangat-sangat terharu Hazieq jemput dia, kembang semangkuk diberikan penghargaan sedemikian rupa. Kalau aku pun bangga, weh... Anak sedara tak perlu pikir panjang, terus teringatkan kita dalam banyak-banyak orang. Memang best buddies pun depa berdua, dari baby sampai toddler sampailah sekarang, speaking London berabuk, tak bunyi Melayu dah. 


Cantik betul cikgu kelas Hazieq pakai hari tu, baik sangat dia.. aku suka. Nampak sangat dia antara the hottest teachers, sebab dia ditugaskan duduk atas pentas bagi hadiah. Hazieq dapat anugerah "The Most Helpful" bagi kategori kelasnya, aku terpacak depan pentas tu dari masa dia beratur nak terima hadiah, dan ambik gambar sampai lebam, walaupun dah ada photographer rasmi pihak sekolah sediakan.


Hazieq cinonet je berbanding kawan-kawan sebaya dia. Itu pun dah kira banyak dah dia naik tinggi dalam masa setahun dua ni, kalau tak jauh ketinggalan daripada orang lain. Ni semua gang Hazieq main game online, dari kelas sebelah. Dia tak rapat sangat dengan kawan-kawan sekelas dia, sebab depa tu budak-budak bola, sedangkan dia budak mengadap game je 24 jam. Siap ada yang pakai tuxedo segala, weh... jangan marah! Yang menang the Best Dressed Student aritu pun pakai tuxedo, tinggi lampai memang macam Prom King la. Sayang betul aku tak sempat ambik gambar.


Kelas Hazieq semua lelaki, jadi aku tak sibuk nak ambik gambar budak-budak perempuan yang hadir masa majlis tu. Yang betul-betul pandai bergaya pun ramai, tapi takde la pulak dalam gambar, siap bling-bling sequins bagai, jangan tak tau! Sekolah menengah nanti jenuh jugak la Hazieq nak sesuaikan diri dengan kelas bercampur minggu-minggu pertama, tapi dia ok je tu, senang berkawan pun nature dia.


Syahdu sebenarnya masa ambik gambar ni, Tuhan aje yang tau, tapi senyum tetap kena tahap diabetes! Glamour la kononnya mummy si Hazieq tu pakai, macam tak kena je dengan dia yang pakai smart casual ala-ala K-Pop, mummy macam Puteri Jawa pulak. Nak pakai satu suit karang, dah jadi tema korporat, lagi tak masuk tema. Kira ok la tu, sebab rata-rata parents yang datang aku tengok semua pakai macam nak pergi open house raya ataupun majlis kahwin jugak.


Paling best kat majlis tu selain refreshment yang lazat berkrim, adalah photobooth. Melaram ler kami sama naik dengan budak-budak tu, alang-alang bayar mahal, takkan nak lepaskan peluang pulak untuk menikmati fasiliti yang ditawarkan, ishh tak patut!


Lawa pulak Hazieq pakai rambut Alfro, hipster tahap dewa, gitu! 


Khamis ni keputusan UPSR keluar, pergh... maka bermulalah episod seterusnya dalam kehidupan Hazieq. Aku dah pilihkan sekolah menengah untuk dia, tunggu nak pegi interview. Takde maknanya nak hantar sekolah asrama bagai, anak seketul je pun. Sila duduk bawah ketiak mummy je, takde kompromi, lainlah kalau dia dah tamat Tingkatan 3. Yang tu, cerita bila sampai waktunya, save your breath. Kepada semua ibu-bapa yang bakal mengambil keputusan UPSR, berlapang dadalah, walau apa pun hasil tangkapan anak anda. Yang cemerlang, Alhamdulillah dan tahniah. Yang kurang cemerlang, Alhamdulillah dan tahniah. Teruskanlah menyokong dan mendokong anak-anak kita untuk tetap percaya pada diri dan berusaha meningkatkan prestasi dalam kehidupan. Masih jauh perjalanan mereka, jangan sekali-kali kita pulak yang menghumbankan semangat mereka ke lembah kekeliruan yang tidak bertepi. Jumpa lagi lain kali, terima kasih sudi baca sampai habis. Assalamu'alaikum.

~ Nai at Tak Pe Je.













No comments:

Post a Comment