Nuffnangx

Tuesday, 1 November 2016

Suratan Atau Kebetulan, Syukur Mesti Lebih.

Assalamu'alaikum. Minggu lepas aku balik appointment awal daripada biasa, ajaklah adik ipar dan anak buah oren itu pergi cari meja untuk dia melukis kat rumah aku, kesian duk tertunduk-tunduk atas sofa. Dah la dia jenis suka guna magic pen, meremang aje tiapkali dia tekan magic pen tu beriya sambil menggetap-getap bibir, ngeri sungguh situasi itu, sayang sofa aku, weh! Mula-mula aku boleh lagi tangguh niat nak cari meja tu, tapi ada satu hari kan, dia tekan magic pen masa melukis atas katil aku, dah tinggalkan kesan abadi dua garis kat tempat berbeza kat sarung comforter. Sayang memang la sayang kat dia, tapi takkan la nak biarkan aje rumah penuh dengan kesan magic pen, kan? Abang dah besar, dia dah ada bilik dan meja sendiri. Sekarang ni adik baru nak belajar melukis macam abang dulu, Mak Long dengan bangganya tumpang happy. Sepupu dua orang ni memang macam langit dengan bumi perangai depa, abang dari kecik walaupun melukis 24 jam, dia jenis tak geram getap-getap bibir bagai. Tapi takpe la, kalau sama semua menda, takde la warna dan warni dalam hidup ni.


Dah dapat meja dan segala mak nenek alat melukis, kami bertiga bersiap-sedia nak gi ambik abang kat sekolah pulak sebelum jam 4.30pm. Eh, jap-jap itulah kunci kereta aku nak buat hal, boleh pulak renggang sampai jatuh chip bagai. Aku ni tak tau sangat bab-bab kereta ni, pergi start enjin, makanya tak detect disebabkan chip dah jatuh. Nasib baik la adik aku ada kat kawasan berdekatan, boleh la dia bawak kunci spare, yang malangnya jugak takde chip. Gila babas nya, kan? Takpe la, kita gi ambik abang dulu, kesian dia tunggu lama, sampai kat sekolah pun dah 4.40pm. Lepas tu, kami gi jumpa uncle taiko kunci kat depan CIMB Setiawangsa tu, mintak bantuan segera. Tukar 'casing' dan chip dua bentuk kunci kereta, termasuk service uncle taiko pergi reformat amenda ntah kat kereta, terbang duit 300 henggit. Hurmm... alhamdulillah, at least insiden tu terjadi kat kawasan yang selamat, dikelilingi bantuan yang Allah dah aturkan dengan baik. Cuak bila pikir, kalaulah terjadi kat Karak masa mak balik dengan adik bongsu aku ke Temerloh, na'uzubillah...! Dah la adik aku tu panik dia tahap dewa ketujuh, mak pulak berdentum-dentum macam guruh, habislah weh...!


Cuma ye lah, plan asalnya aku nak belikan baju renang kat abang dan adik, ada sale masa tu kat Aeon. Masa abang tanya, aku explain kat dia baik-baik kenapa tak jadi, takpe la, nanti ada budget lain mummy beli. Anak aku yang baik tu boleh paham, alhamdulillah, orang dah besar, lagipun baju renang dia elok lagi. Dia lagi nak suruh beli baju tidur, macam la senang nak cari saiz dia, tergelak aku sorang-sorang, masih suka pakai baju tidur macam yang dia selalu pakai dari kecik, sepasang gambar kartun. Kalau pijama mungkin senang sket, tapi dia bukannya minat. Nantilah aku riki-riki kot ada yang sesuai dengan saiz dan minat anak bertuah tu.


Anyways, sekarang ni, tiapkali anak buah oren aku tu datang rumah, dia dah tak sibuk nak mintak ipad ataupun gadget, tapi dia akan bergembira melukis macam-macam. Itulah yang kita cari, kawan-kawan! 

YouTube Video

Bukan senang nak senang, kan? Tapi tak kisahlah macamana susah pun keadaan kita, yang paling penting adalah sentiasa bersyukur dengan segala nikmat dan rahmat Allah. Karma tak pernah salah alamat, jadi jangan sesekali kita berkira nak berbuat baik sesama insan. Musibah apa pun yang datang, mesti ada jalan penyelesaiannya. Masa tu la kita boleh perasan karma memainkan peranan. Kalau kita tak berkira dengan manusia, Allah akan sangat bermurah hati dengan kita. Sebabnya, setiap kebaikan kita kepada orang lain, akan ada terlintas doa yang baik-baik kepada kita, tak kisahlah macamana keringpun hati mereka, mesti ada punya doa yang baik-baik. Itu dah default setting hati manusia, Allah dah program elok-elok. Tinggal lagi, kita jangan lupa berterima kasih dan bersyukur sentiasa. Alhamdulillah...

~ Nai at Tak Pe Je.

No comments:

Post a Comment