Nuffnangx

Sunday, 9 October 2011

Relevan Kot

As salam. 
Lepas maghrib tadi aku ke KL Sentral, terkejut mak bila tengok aku turun pakai lawa-lawa. Sabtu malam pun kerja gak? Nak jumpa orang kejap, mak. Dah dia free Sabtu malam aje, nak buat macamana? Aku park kereta kat LRT, commute ke KL Sentral. Punya la jam jalan menghala ke LRT, terpaksa aku kreatif carik jalan alternatif.
Pelik aku, dah takde beza malam minggu dengan malam-malam biasa.
Kebanjiran kereta yang luar biasa la di pasaran. 

Senario di KL Sentral apatah lagi.
Dah jadi macam London Heathrow la pulak aku tengok. Semua duk berkejar turun-naik ekskalator, macam-macam kaler kulit, macam-macam pesen pakaian, macam-macam bau badan. Macam-macam ada.. 

Tapi bila aku dah lepasi kelam-kabut manusia tu, jalan menghala ke ERL dan kawasan sekitarnya dah bagi aku rasa privasi. Sibuk jugak, tapi terkawal. Ada yang beratur nak check in bagasi. Ada yang relax kat kerusi urut yang letak syiling ikut tempoh masa. Ada yang nampak pelan-pelan tarik beg macam tersingkir dari Akademi Fantasia. Ada yang termenung kat kerusi menunggu apa atau siapa aku pun tak tau. Ada jugak yang terbayang seseorang kat depan kaunter MAS. *Oopss*

Sampai kat Coffee Bean sebelah Enrich Club, depa dah start pre-closing. Aku ada sejam je sebelum depa tutup kul 10 malam. Budak-budak kat situ pun dah cam aku, kami juz bertukar senyuman. Tapi kali ni aku tak order Capuccino, takut tak boleh tidur sampai ke Subuh. So, aku minum teh o aje la. Earl Grey takde, order English Breakfast pekena dengan Blueberry Muffin. Kombinasi yang ternyata menarik tertarik Da Bomb rupanya.

Client aku sampai 5 minit lepas tu. Jenuh aku dengar masalah dia, macam berat benar dari nada suara dan kerut memek mukanya. Berhenti la kejap aku makan, perati kat dia. Dah giliran aku plak cerita, dia macam tak percaya. Rupa-rupanya dia takde masalah pun. Aku draft kan cara atas sampul surat yang dia letak dokumen-dokumen permohonan kat Mahkamah, tunjuk macamana dia nak dapat 'jalan keluar' yang dia carik sejak tahun 2005.
Melopong kejap dia. Then, dia tergelak. Aku senyum aje. Bagus jugak, kejap je dah selesai meeting. Dia insist nak hantar aku sebab aku takde charge dia apa-apa. Alahai, takat tunjuk macamana nak tulis surat lafaz cerai satu mukasurat, nak charge amenda nye?
Sebab dia sangat sweet, aku pun setuju la. Lagipun, dia tu perempuan. Buat nya dia lelaki, gila apa nak bagi dia hantar aku malam-malam dah baru jumpa like 40 minutes? 
Owh, bahaya tu...

Sampai rumah entah la apasal aku teringat kat Rock Mafia.
Tak relevan langsung, kan?
Tapi apa de hal, you tube kan free access 24 jam..
So, kat sini aku letak la lagu The Big Big Bang.
Eh, kejap. Relevan la. Client tadi nye life ada kaitan la dengan lagu ni.
Dia dah tak nak bermimpi, dia nak ikut hati dan kaki dia melangkah.
Ala, kalau takde kaitan pun bukan aku rugi apa pun.
Untung pun takde gak.
Yang penting, aku dah buat apa yang patut.
Selebihnya, terpulang la kat dia.
Kalau dia tak bleh settle gak cara yang aku tunjuk, maka ke Mahkamah la kami.

Sementara tu, jom kita layan lagu ni.
Bye, korang..












No comments:

Post a Comment